Saturday, 8 June 2019

4 Syawal : Singgang Ayam

as-salam.

Masih beraya lagikan.  Untuk raya ke 4 dan kami masak breakfast yang simple untuk keluarga kecil kami sahaja iaitu Ayam Masak Singgang....resepi reka sendiri.

Disebabkan dah bosan dengan lauk pauk raya, kami masak apa yang ada kat dapur dan sesuai dengan selera kami.

Biasanya kami masak singgang daging, hari ni kami tukar dengan ayam.  Resepinya sama je.

Bahan-bahannya :

1.  1/2 ekor ayam dibersihkan
2.  3 keping asam gelugur (asam keping)
3.  1 inci lengkuas
4.  1 inci halia
5.  5 biji bawang merah
6.  3 biji bawang putih
7.  5 biji cili kering
8.  1 sudu besar rempah
9.  1 inci nise (gula melaka)
10.  1 sudu besar budu
11. Garam secukup rasa

cara-cara memasak :

1.  Bahan no.3 hingga no. 6 dipotong mayang.
2.  Cili kering dan rempah dibersihkan dan diremdam dalam air panas hingga lembut.  Bila dah lembut kisar (blender) cili kering dan rempah hingga hancur.
3.  Masukkan ayam dan air ke dalam periuk (agak2 tenggelam ayam).  Kalau nak kuah banyak tambah air lagi.  Jerang di atas api sederhana.
4.  Masukkan bahan2 yang telah dimayang dan juga asam keping.
5.  Masukkan cili kering dan rempah yang telah dikisar.
6.  Bila telah mendidih, masukkan budu dan nise (gula melaka).  Kecilkan api.
7.  Setelah naik bau dan ayam telah empuk/masak, bolehlah tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
8.  Bila dah sejuk sedikit, boleh rasa, apa2 yang kurang boleh tambah.

selamat menjamu selera. 




No comments:

Post a Comment