Thursday, 6 June 2019

2 Syawal : Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

As-salam.

Pada pagi raya ke-2, semua orang kepenatan beraya pada hari raya pertama, masing-masing tak larat nak masak.  Jadi kami pilih nasi dagang yang ditempah sebagai juadah di pagi raya ke 2 tahun ini.  Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan tongkol dan gulai ayam.

Untuk kemudahan dan rujukan kawan-kawan, nasi dagang ni lebih kurang 1 gantang atau 4 kg beras pulut, 3 ekor ikan tongkol dan seekor ayam yang agak besar harganya lebih kurang RM200.00.  Kami hanya beli seekor ayam dengan harga RM20.00,  Bahan-bahan lain disediakan dan dimasak oleh pihak pembekal.

Jadi kos keseluruhannya RM220.00 sahaja.  Berbaloikan. hihihi yang penting kami tak penat, senang hati nak beraya.


Gambar nasi dagang Kak Mah nasi Dagang Pintu 1 Putrajaya, pinjam dari thevocket.  Tak pernah cuba pula nasi dagang ni, nanti kalau berkunjung ke Putrajaya, bolehlah cuba ke kedai Kak Mah, nampak sedap.

No comments:

Post a Comment