Monday, 3 June 2019

Resepi Nasi Dagang Terengganu

as-salam.

ada orang share, sila buat untuk raya
-----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.. Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun.. Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol, Kuala Terengganu.. Boleh di katakan femes jugak sampai kerabat di raja turun Terengganu semata nak makan nasi dagang Tok Cik…

Saya kongsikan resepi kat sini, dan baca sehingga habis nak tahu resepi nasi dagang Terengganu turun temurun..Alhamdulillah Perkongsian daripada Norfanil..

Bahan-bahan untuk Nasi: –
•4 cawan beras Jati
•1 cawan beras pulut
•3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
•1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
•1 sudu halba
•2 ulas bawang merah
•1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
 2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
 3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap.Gaul perlahan- lahan agar beras tidak patah.. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
 4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
 5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
 6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
 7. Boleh dihidangkan….

Resepi Gulai Ikan Aya :
1.Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
2.Jangan buang air rebusan  * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang  dengan gulai telur rebus
 * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :
•1 sudu serbuk ketumbar
•1/2 sudu serbuk jintan manis
•1/2 sudu serbuk  jintan putih
•2 hiris lengkuas (dikisar)
•1 hiris halia (dikisar)
•1 biji bawang besar (dikisar)
•3 ulas bawang putih (dikisar)
•3 sudu cili mesin
•1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
•1 1/2  liter santan
•1 batang kulit kayu manis
•1 sudu kerisik
•4 keping asam keping
•1/2 buku kecil gula melaka.
•Sedikit Belacan
•10 biji cili padi
•sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak. ( letak sudu besi atau piring 
    jika tak santan akan melimpah..
 2 Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk,  rempah
   gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam
   keping, dan gula melaka
 3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai
     dengan rasa.
 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus.
     jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat
     atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Selamat mencuba...



Learn from yesterday, live for today and hope for tomorrow

            ..........wise man said

No comments:

Post a Comment