
Bila stok ais krim dalam peti sejuk habis, anak-anak warga Isyraq Rest House minta mengadun ais krim lagi.
Resepi ringkas sahaja : 1 tin susu cair, 1/2 tin susu pekat, 1 sudu besar ovellet, 1 sudu teh perisa strawberry dan sebiji telor ayam.
Bahan-bahan semua sudah siap, masukkan semua dalam mixer dan putar dengan high speed selama 20 minit.

Likat dan pekat, gebu hehehe suka tengok, makin semangat untuk buat di lain hari.
Kali ini masuk sahaja ke dalam bekas yang kecil, cukup-cukup untuk anak-anak sekali makan lebih kurang 2 senduk setiap bekas.
Buat warna putih sahaja tetapi berperisa strawberry.

Yang sebelah ini, kami letak kacang yang telah dikisar, coklat rice dan coklat cip.
Untuk En. Suami, kacang tanah yang dikisar, sedikit roti yang dicarik-carik, dan 2 keping biskut oreo yang dipatah-patahkan. Memang mabelosss sangat.
No comments:
Post a Comment