Tuesday, 5 May 2015

Cubaan Kedua Membuat Ais Krim

guna pewarna merah dan hiasi dengan coklat rice
As-salam.

Kami buat separuh RESEPI asal AIS KRIM NEAPOLITAN dari teratakjernih sebab mangkuk mixer kecil.












Taburkan biskut oreo yang dihancurkan. Hias dengan coklat rice
Bahan-bahan

1/2 tin susu pekat manis

1 tin air masak (sukat pakai tin susu)

1 sk ovalet

1 sk esen vanilla/strawberry

1 sb tepung jagung
(tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)

Bahan pewarna :

2 sudu besar serbuk koko

pewarna merah jambu



1. Masukkan susu pekat manis dan air masak serta tepung jagung dalam periuk.

3 warna : merah hijau dan putih-warna asal, tabur coklat rice.
2. Kacau rata atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (hingga mendidih sikit).

3. Tutup api dan biarkan sejuk, (boleh masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK - 1/2 jam lebih kurang, jangan sampai BEKU ye.)

4. Setelah sejuk, masukkan adunan ke dalam mangkuk MIXER, tambahkan ovalet dan esen vanila/strawberry.

5. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,  Adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul. (Akak pukul 20 minit).  Teksturnya jadi lebih kurang adunan kek, sedikit likat.

Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut warna yang disukai.
Masukkan dalam bekas atau cawan dan masukkan dalam peti ais.
Tunggu hingga beku n ngap !!

Sekian.






No comments:

Post a Comment