Tuesday, 5 May 2015

Air Detox

As-salam.

Dapat maklumat Air Detox dari pelbagai blog dan website, copy paste untuk simpanan n rujukan sendiri dan sharing. Terima kasih semua kepada penulis asal.

azlitamasammanis :

Boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.

Pilihlah beberapa biji buah-buahan sukai, seeloknya berlainan warna kerana fungsi warna membantu dalam proses detox.


khasiat buah dan herba yang tersendiri bila dibuat Air Detox :
1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman (Daun pudina untuk rasa yang lebih segar)
Cara Buat Air Detox
1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar
3) Tambahkan ais diatasnya, kemudian tambahkan air hingga penuh satu liter  (air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter tanpa ais adalah lebih baik).
4) Tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ais. (paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum)


campuran buah-buahan yang sesuai untuk keperluan yang berbeza :
Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.
1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi
3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.
4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon
5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia
Dah tahu resipi air detox, bolehlah korang cuba buat air detox homemade. Selain mudah dibuat, air detox juga sangat berkhasiat. 

Sebaiknya minum awal pagi sebelum menjamah makanan. 
Bagi yang bekerja lakukan pada hujung minggu kerana akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian.

https://juicerecipes.com/health/benefits/juicing-for-weight-loss/




No comments:

Post a Comment