Monday, 18 May 2015

Hutang Ketupat Sotong


As-salam.

Hutang Ketupat Sotong akhirnya dapat dijelaskan.  Hehe dah lama sangat berangan nak ulang tayang masak ketupat sotong, minggu lepas baharu berjaya dimasak.

Bahan-bahan :
1.  1 kg sotong (RM16-ikut harga pasaran)
2.  1/2 cawan beras pulut dibersihkan.
3.  Santan pekat RM2.00 (cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
4.  5 helai daun pandan.
5.  Manisan Kelantan sekeping yang saiz besar atau 2 keping gula melaka bersaiz kecil.
6.  Garam secukup rasa.


Cara-cara :
1.  Bersihkan sotong.
2.  Bersihkan beras pulut dan rendam dalam santan selama 10 minit.
3.  Masukkan beras pulut ke dalam sotong : 1/3 penuh sahaja.
4.  Sepitkan dengan lidi.
5.  Potong daun pandan dan susun didalam periuk.
6.  Susun sotong yang telah disumbat di atas daun pandan.
7.  Masukkan juga lebihan santan hingga menutupi sotong.
tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam.
8.  Apabila mula mendidih, masak dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat. 9.  Bila santan jadi separuh baru masukkan gula melaka dan garam.





Inilah hasilnya.  Setakat sekilo sotong berapa ekor sahaja yang dapa.  Sotong ni faham-faham sahaja la kan, bila kita masak dia mengecut !!!

Apa-apa pon sedap.

Terima kasih DuniaCikguWan dan DapurKakYah

No comments:

Post a Comment