Sunday, 24 March 2019

Bunga Bawang atau Fairy Lily

as-salam.

Rosepink Zephyrlily telah setahun bertapak di Isyraq Test House.  Kami tanam dalam pasu gantung tetapi sangat jarang berbunga, terutama tahun ni, sekali berbunga hanya dua tiga kuntum sahaja.  Nak kata tak subur. daunnya rimbun menghijau.  Apa masalah awak ni cik lily bawang.  Mari kita kenal pokok bunga Lily atau bunga bawang ni.  Lepas tu mesti kita jumpa tips atau petua untuk subur dan meriah berbunga.
 

 

Nama Biasa: Bunga bawang, rosepink rainlily
Nama Botani: zephyranthes carinata
Keluarga : Amarillydaceae

Zephyranthes grandiflora (pandai tulis je, tak pandai nak sebut) adalah sejenis tumbuhan bebawang dengan bunga yang cantik pelbagai warna berasal dari Mexico dan Guatemala. Senang tumbuh dan boleh bertahan dalam keadaan kemarau. 


Dikenali juga rain lily ( lili hujan) kerana bunganya akan kembang dengan meriahnya apabila disiram hujan setelah lama kemarau. 

Pembiakan biasa melalui bebawang dan pecahan rumpun. Ia juga boleh dibiakkan melalui biji benih

Petua supaya banyak berbunga, biarkan kering selama 2,3 hari dan siram dengan banyaknya ( drought treat)


Ada juga yang bagi petua supaya trim atau gunting daunnya selepas habis berbunga.  Tunggu lebih kurang 2/3 minggu bunga akan merimbun.  Jadi minggu lepas kami telah gunting kasi pendek dedaun bawang yang menghijau.  Siram dengan baja roti.  Kita tunggu meriah atau tidak bebunga bawang di Isyraq Rest House. 

Pagi ni nampak keluar bunga sekuntum.  Lupa pula nak biarkan kering 2,3 ari tanpa siram.  OK, mulai hari ni kita tak payah siram, selasa baharu kita siram, tengok meriah ke tak bunga-bunga bawang.

Semasa trim rambutnya ternampak ubi bawang yang tertunjul keluarJadi kami keluarkan ubi2 atau bawang2nya dan tanam dicelah-celah pokok cempaka. Pagi semalam ada sekuntum bunga mekar di di bawah pokok cempaka putih.  Oh ya, bunga cempaka putih dah kembang sekuntum 2 hari lepas.  Walaupun sekuntum wanginya manis sangat.  Sekarang kita tunggu kuntuman lain pula mengembang.

2/3 minggu lagi kita tengok betapa meriahnya cik bunga lily membawang di bawah pepohon cempaka. (Harapan yang tinggi menggunung).  Moga cik lily bawang terus membiak dan menguntum.


2 comments: