Tuesday, 12 March 2019

Bunga Burung Kecil

as-salam.

Pokok Bunga Burung Kecil - comey sungguh anak-anak burung bertenggek.  Selalu tengok gambar bunga ni dalam alam maya.  Sekali pergi nurseri di Panglima Bayu, jalan lama Rantau Panjang - Pasir Mas terjumpa pokok ni, apa lagi terus beli. Kami tanam kat celah-celah pokok cempaka. 

Kita tunggu Little Bird membiak dan bertenggek di Isyraq Rest House.Little Bunga ni mudah untuk ditanam dan dijaga, hanya perlu air yang sederhana, cahaya matahari penuh dan tanah yang kering.  Mengikut kepercayaan kaum cina, bunga ini membawa tuah.
Namun begitu pokok ini beracun, jadi hati-hati ya. Kelopak bunga dan daunnya beracun, jangan bagi sesiapa petik dan termakan kerana boleh menyebabkan kulit gatal-gatal atau alergik.
ni haaa close up gambar bunga burung-burung bertenggek. Pokok yang berasal dari Maxico ini dikenali sebagai Little bird flower.

Spesis yang hampir sama adalah Red Bird Flower, bunganya lebih kecil dan bewarna merah. Tak pasti Red Bird Flower ni ada di Malaysia ke tak.  Nanti kita cuba cari.

Rujukan : indonesianplants






No comments:

Post a Comment