Sunday, 31 March 2019

Ke arah Kebaikan Diri Sendiri

as-salam.


Hari ini 31 Mac 2019. Hari terakhir bulan Mac tahun 2019.  3 bulan telah berlalu.  Apa perubahan atau pencapaian diri yang kita telah buat ???  Adakah masih seperti tahun lepas atau telah ada peningkatan ?? Saya tanya diri sendiri dan hanya saya yang dapat menjawabnya.

Sesungguhnya saya tidak mampu membuat perubahan yang besar untuk diri sendiri apatah lagi keluarga.  Kalau saya tidak dapat mengawal peningkatan diri sendiri bagaimana saya hendak mengawal tindakan atau perubahan orang lain.

Oleh itu yang terbaik ialah sentiasa berfikiran terbuka dan positif.  Apa sahaja yang dirancang buat satu persatu, jika kita boleh berlari, kita berlari, jika tidak mampu cukup sekadar melangkah atau merangkak sekali pun,  yang penting ialah kita sentiasa bergerak ke hadapan, memajukan diri sendiri dan keluarga.  Keluarga yang positif akan hasilkan masyarakat yang positif.  Selebihnya kita serah kepada Allah kerana Allah sebaik-baik perancang.

BE YOURSELF N SMILE







No comments:

Post a Comment