Sunday, 17 March 2019

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa

as-salam.

JANGAN HIRAUKAN KATA-KATA ORANG,
KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN
DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.


Teruskanlah melangkah selama kamu di jalan yang benar. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai. Usahlah menjelaskan perihal dirimu kepada sesiapa dan yang menyukaimu tidak perlu tahu akan kebaikan yang telah kamu lakukan. Dan yang membencimu tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya.

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa.

Eratkan silaturrahim walaupun sekadar berdoa untuk seluruh ahli keluarga,jiran,sahabat dan kenalan yang mengenali dirimu...

Ketika kita menanam padi,rumput pun ikut tumbuh...
Tetapi sekiranya kita menanam rumput,tidak akan sesekali padi ikut tumbuh...

Dalam kita melakukan "kebaikan,kekadang ada juga keburukan yang turut serta"

Tetapi ketika kita melakukan "keburukan,tidak akan ada kebaikan yang akan turut serta"

Jangan bosan untuk melakukan kebaikan walaupun kekadang kita tidaklah insan yang sempurna...

Jika melawat ke hospital,kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan...

Jika melawat ke penjara,kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan...

Jika kita ke kubur,kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kehidupan...

Pesakit akan keluar wad apabila sakitnya sudah sembuh manakala banduan pula akan keluar dari penjara apabila sudah tamat akan tempoh hukumannya...


TETAPI KUBUR TIADA JALAN KELUARNYA...

Sentiasalah ingat akan kematian dan buatlah persiapan untuk kematian...sadarilah diri bahawa segala yang kita miliki termasuk diri kita sendiri adalah kepunyaan hak mutlak ALLAH SWT...

Wallahua'lam


🌹 izara anie hj haron 🌹
TQ IZARA atas perkongsian, moga nukilan yang baik ni memberi manafaat dan pahala buat IZARA.


No comments:

Post a Comment