salam.
Kepada yang saya terambil maklumat dan gambar, berbillion-billion terima kasih kerana maklumat berguna / gambar yang cantik yang telah dikongsikan. Harap maaf kalu terlepas pandang (terlupo) nak letak link asal. Mohon halalkan ya.
Entry ni dibuat khas sebagai entry penutup tahun 2012.
Pelbagai catatan sejarah pahit manis dugaan kehidupan yang telah dilalui sepanjang tahun 2012. Setiap apa yang ditempuhi akan dijadikan panduan dalam melayari masa mendatang terutama tahun 2013.
Sebahagian kecil catatan kehidupan ada tertulis diblog ini bermula pada May 2012 hingga Dis 2012.
Blog ini pada mulanya dibuat sebagai satu media (niat untuk belajar) pembelajaran, kemudiannya bertukar menjadi blog untuk mempromosi IsyRaQRestHouse tetapi akhirnya menjadi seperti sebuah catatan peribadi (Walaupon tak terlalu peribadi hehehe).
Bagi saya secara persenalnya, blog ini adalah satu perkongsian pengetahuan sama ada yang terlahir dari saya sendiri, rakan taulan ataupun dari laman blog/portal individu lain.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di blog kerdil ini (walaupon bukan beribu yang mengikuti blog ini setiap hari tetapi setiap hari pasti ada pembaca blog ini). So sekali lagi TERIMA KASIH mee maggi sila SINGGAH lagi (pantun ape plak ni).
Kepada yang saya terambil maklumat dan gambar, berbillion-billion terima kasih kerana maklumat berguna / gambar yang cantik yang telah dikongsikan. Harap maaf kalu terlepas pandang (terlupo) nak letak link asal. Mohon halalkan ya.
Banyak juga ilmu yang dapat dari membuat blog, sekurang-kurangnya dari hanya pembaca blog, saya dah boleh menulis blog, mengejust supaya blog makin cantik dan sebagainya. Sedikit sebanyak mengasah skit skill menulis atau mengarang. Sehingga sekarang saya masih lagi belajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh blogger. Bila dah belajar baru tau banyak yang tak tau dan banyak nak kena belajar. Betul kata orang, kalu kita tak belajar kita tak tau apa yang kita tak tau, kita rasa cam kita tau semua tapi sebenarnya kita tak tau apa-apa. (emmm dah le tu menaip bukan-bukan, kalu panjang lebar dah mula la melalut tah apa-apa, yang pastinya banyak buat silap)
Last sekali ... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013. Moga Success semua. Yeeehaaaaa Happy New Year ... Welcome 2013 ........
(erkssss sebenarnya aku masih blur dengan perancangan kerja tahun 2013 )
No comments:
Post a Comment