Monday, 31 December 2012

Salam 31 Dis 2012

salam.

Selamat tengah hari 31 Dis 2012.  Pagi tadi asik duk ke hulu ke hilir (macam busy keje tapi habuk pon tadak) tak sempat nak menulis.  Cuba adjust masa lunch menaip sepatah dua kata (ni pon sebab hujan lebat kat luar, tak boleh nak kuar makan, kalu tak ujan sure dah lama lesap).

Bekfas pagi tadi dengan nasi belauk (lauk ayam goreng), alhamdulillah, moga dengan rezeki tersebut memberi kekuatan, tenaga dan juga semangat untuk melalui hari akhir tahun 2012.
Tengah hari ni buat penahan lapar makan je lah kueh yang dibeli pagi tadi.  Kueh lepat manis ubi kayu dan kuaci berintikan kacang hijau.  Kueh-kueh ni area kampung kami 5 biji RM1.00 je ... emmm murahkan.  Kueh-kuehnya pon sedap. 

Mengimbau sedikit ke penghujung tahun 2011, time ni duk rehat kat rumah sambil berdoa agar tidak bersalin di hujung tahun 2011.  Alhamdulillah doaku dimakbulkan Allah, akhirnya selamat bersalin pada 7 Jan 2012.  Maknanya baby kami sekarang dah nak cecah setahun tapi masih belum boleh berjalan lagi.  Aktiviti dia sekarang ni asik bertatih menyusur kerusi dan dinding.  Kekadang tu leka dengan mainannya tak kiralah sama ada sambil duduk atau meniarap.  hehehe kalu tengok dia meniarap sambil membelek buku cam la dia tau membaca !!!!  Itu lah ragam anak-anak zaman sekarang, cepat belajar.  Kecik-kecik gitu pon dah pandai swape skrin handphone or tablet.

Teringat masa memula belajar komputer, tengok MOUSE pon takut, payah batol nak seret ke sana sini.  Jauhnya berbeza dengan anak-anak sekakrang yang celik-celik mata je dah ada pelbagai gadget ICT.  Semua gadget-gadget ni bukan lagi benda yang pelik tapi telah menjadi satu budaya dan permainan harian.  Alhamdulillah kami bersyukur dengan limpahan kurniaan dari MU ya Allah yang telah memberi kami merasai segala kemudahan dan kenikmatan di dunia ciptaan MU yang indah ini.




No comments:

Post a Comment