Sunday, 16 December 2012

Cekodok Pisang

salam.

Beberapa hari lepas, dapat 2 sikat pisang, tah apa nama pisang ni tak tau la.  Time musim buah-buahan ni pisang memang tak laku.  Sedar-sedar dah lebu.  Apa plak nak buat dengan pisang ni, nak buang sayang plak.

Apa lagi, buang kulit, ambik isi, lenyek-lenyek, masukkan sedikit garam dan masuk freezer a.k.a peti ais.  Dalam hati berniat nak buat kodok pisang, dah lama juga tak makan.  Anak-anak suka kalu dapat nguyah benda ni  hehehehe.


Hari minggu lepas, pepagi dah mengadun pisang yang telah siap dilenyek.  Banyak juga dapat, maklumlah dah namanya dua sikat, bukan 2 biji !!!  Bila anak-anak dah lena boleh la mengoreng.
Korang nak resepi ke ??  Lahai buat kodok ni tak pernah menyukat adunan.  Sori le ya. Main agak-agak je.  2 Sikat Pisang yang dilenyek.  Masukkan 1/ senduk (nasi) gula, 1/2 sudu kecil (teh) garam dan 1/2 kilo gamdum.

Kalu masih lembik, tambahkan gandum (pastikan tambah gandum sikit-sikit jangan masuk terus banyak nanti keras susah nak adjust - kalu tambah air adunan akan keras, so sebaiknya tambah pisang atau telor).

Manis dan masin tu pon letak sedikit-sedikit, sesuaikan dengan selera masing-masing.

Untuk resepi ni kami tak letak telor, begitu juga sebuk penaik.  Kalu nak lagi sedap boleh tambah telor n nak lagi cantik tambah serbuk penaik.
1.00 Tengah hari : Anak-anak sedang lena tidur, Mr Hubby plak ke masjid solat jumaat.  Time mengoreng telah muncul.  heheheh Sesambil masak makanan tengah hari, gorengkan semua adunan boleh buat buah tangan berkunjung ke rumah mertua lepas asar nanti.

Bila Mr Hubby balik dari solat Jumaat ... tadaaaa Cekodok Pisang dah terhidang.  Memandangkan   anak-anak masih lena, pi solat zohor kojab sebelum makan tengah hari.

Ni le hasilnya CEKODOK PISANG.


No comments:

Post a Comment