Wednesday, 26 December 2012

Gi Meronda Kawasan

salam.

Sempena cuti hari krismas 25 Dis 2012, cuaca pon agak terang, so bawa anak-anak meronda tengok kawasan .... banyak juga kawsan yang dah ditenggelami air.  Bagi yang mengalami banjir kilat, bila hujan berenti je air mula surut perlahan-lahan.

Singgah sebentar rumah ayahanda, laporan nya heheheeh durian dah abis, buah-buahan lain masih ada berbaki tapi semua dah tak terliur nak makan sebab sejuk.  Buah-buah yang ada semua jenis yang menyejukkan .... buah duku, buah manggis, buah rambutan dan buah salak.  Memasing menggilingkan kepala bila disebut buah-buah tu   ..... SURENDDERRRRRRRR !!
Pastu pusing-pusing pekan Kota Bharu, line clear (jalan agak lancar, sesak sikit je kat area TESCO dan KB Mall) so kami terus ke pusat bandar, then singgah di Karnival Sains & Teknologi.  Park kereta kat basement Bazar Tok Guru RM 1.00 je per entry.  Sesampai je dalam Dewan Jubli Perak, wah kedengaran  gendang dikir barat.  Apa lagi si abang terus terpacak kat situ.  Nampaknya sambutan kurang memberansangkan samada dari segi peserta booth dan juga pengunjung.  Hanya ada beberapa booth sahaja, pengunjung plak memang asyik dengan persembahan dikir barat.  Hanya 5 pasukan dikir barat yang bertanding dari 6 pasukan selepas satu daripadanya menarik diri di saat akhir.  Pada malam tadi diadakan pertandingan peringkat akhir.
On the way balik ke IsyRaQRestHouse melalui jalan Kota Bharu - Pasir Pekan.  Kali ni baru sempat snap gambar SalamKu Cawangan Pasir Pekan yang ranap dibaham api pada pagi Isnin 24 Dis 2012.  Tentu banyak kerugian yang dialami oleh tuan punya syarikat dan pastinya ramai yang kehilangan punca pendapatan terutama pekerja tetap pasaraya tersebut.


No comments:

Post a Comment