Monday, 10 December 2012

Karangan Bergambar

Salam.

Bagaimana korang mengarang atau menulis blog.   Ada pelbagai kaedah yang digunakan. Antaranya :
1.  Cipta tajuk dulu, buat karangan then masukkan gambo.
2.  Buat karangan dulu, then masukkan gambo, last sekali boh tajuk.
3.  Masukkan gambo dan buat karangan ikut gambo, pastu letak tajuk.
4.  Letak tajuk, masukkan gambo then mereka / mengarang cerita.

Gitu le lebih kurang cara-cara kami mengarang blog.  So bagi entry ni kami cuba mengarang ikut gambar yang dipaparkan.

Sejak pukul 12 tengah hari tadi perut duk menyanyi minta diisi.  Disebabkan nak siapkan keje, so buat don't know je dengan 'lagu keroncong', hasilnya sekarang ni kepala dah mula rasa berdenyut-denyut.  So gagahkan kaki melangkah ke kedai makan.  Tak banyak pilihan lauk pauk kat situ, nak ke tempat lain rase dh tak tahan ... lapar sangat.  Jadi ni lah hidangan makan tengah hari : Nasi Putih + Ikan Bakar + Kacang Botol berkuahkan singgang ikan tongkol  ditambah dengan budu.   emmm ikan selar dibubuh garam kunyit dan dibakar, simple je.  Alhamdulillah, janji perut terisi sudah.  Jangan sampai terlena petang ni sudah la.   hehehehe nasib le kalu LENA.  Lagi pon TIDUR LENAKU terganggu malam tadi disebabkan anak meragam.  Pagi tadi terbabas lewat bangun.....maka punch card pon merah eii haiyo dah le dakwat punch clock tu baru, merah menyala jadinya. 

Nak sejukkan tekak, bungkus sekali TEH BENG (AIS).  Ni saje tuangkan dalam mug supaya senang nak snap gambar, kalu dalam plastik cam tak berapa cantik TEH BENG nye hehehe dalam mug tampak mengancam,  betul tak ??

Begini le kaedahnya menulis blog berdasarkan gambar.  Kita boleh tulis pelbagai bentuk cerita sama ada rekaan atau fakta atau kisah-kisah yang kite lalui sehari-hari.   So bagi yang baru nak belajar menulis blog boleh la guna kedah ni (macam AKU yang baru sebulan dua berblog ni .... main hentam je tulis apa yang terlintas kat kepala).   Tapi selepas beberapa bulan duk mengarang blog yang pendek-pendek ni, otak ni makin hari makin cekap mengeluarkan idea-idea untuk mengarang.  Betul lah kata orang kite kena selalu buat latihan, baru otak / minda cerdas.  Elok amalkan untuk diri sendiri dan anak-anak yang masih kecil.  Selamat mengarang.


No comments:

Post a Comment