Sunday, 30 December 2012

Tinjauan Banjir

salam.

Petang Khamis 27 Dis 2012, bawa anak-anak pusing kampung, ke kawasan tebing Sungai Kelantan.   Dah lama tak berkunjung ke situ, bila dah melalui jalan-jalan tersebut baru perasan sejak anak-anak dah pandai mengenal tempat tak pernah bawa diorang pusing-pusing kawasan sungai.

Sepanjang tepi Sungai Kelantan kebanyakan yang menetap disitu adalah kaum cina dan peranakan siam.  So banyak lah anjing-anjing berkeliaran.  Si abang yang biasa becok mulut tu terkunci terus --- penakut betol.

Paras air dah surut memandangkan hujan dah berkurangan sejak 2 hari lepas, matahari pon dah menyinar walaupon sedikit malap dek awan mendung.

Gambar di tepi sungai Kelantan, nun sayup-sayup kelihatan Jambatan Sultan Ismail atau Jambatan Tendong.
Ada yang mengambil peluang mencari rezeki, boleh tahan tangkapannya - ada ikan dan udang yang agak besar.

Penduduk di sekitar tebing sungai kebanyakkannya mempunyai perahu untuk kegunaan sendiri di musim banjir.

Awan di sebelah kawasan pantai nampak cerah tapi di sebelah kawasan hulu masih gelap memberi amaran bahawa hujan akan turun pada bila-bila masa.




Air yang makin surut kat dalam saliran air di satu kawasan di Jalan Kota Bharu - Pasir Pekan berhampiran Perodua Cawangan Pasir Pekan.  Gambar dirakam semasa singgah membeli putu halba.



No comments:

Post a Comment