salam.
Pagi Jumaat 14 Disember 2012, kami menjejakkan kaki sekali lagi ke Tasik atau Danau Tok Uban di Pasir Mas. Dah beberapa kali berkunjung ke tempat yang kian sepi dan terbiar. Sayang sekali kawasan yang cantik ni kekurangan pengunjung.

Bermula dari Jalan Pasir Mas - Tanah Merah, memasuki simpang ke Tok Uban, kami menyusuri jalan-jalan yang agak berliku-liku untuk sampai ke danau. Dalam perjalanan hujan turun renyai-renyai, cuaca pagi agak sejuk memandangkan malam tadi hujan turun dengan lebat.
Sampai di danau, kami melalui jalan masuk utama yang lenggang. emmm masih cantik dan nyaman tempat ni. Anak-anak excited bila tengok tasik. Kami parking di tepi tasik.
Si abang ternampak perahu terbiar di daratan, posing sekeping dua kat perahu di daratan. Anak-anak tak pernah naik perahu, suka sangat bila dapat naik "KAPAL". Kapal pun kapal le anak wehhhh.
No comments:
Post a Comment