salam.
Semalam sempat merebus ubi badak. Set kan pula dengan Kopi O Panas-panas yang KawKaw.
Sedang mengopek kulit ubi badak teringat satu kisah sorang kawan belajar mengopek ubi kayu .. tersenyum sorang-sorang - lucu pon ada, kesian pon ada.
Member ni tak pernah membuang kulit ubi kayu dan merebus. Bila balik kampung, mak bekalkan ubi kayu, so bolehlah si anak merebus ubi tersebut. Setelah dibuang kulit dan direbus ... ubi tu tak masak-masak, masih keras lagi. Disebabkan dah terlalu lama, maka ada yang datang menolong - menjenguk ke dapur. Hairan plak kenapa ubi tak empuk-empuk lagi. Setelah diperiksa rupa-rupanya kulit dibuang tak abis, kulit keras yang bewarna pink tu tidak dibuang, yang dibuang hanya lapisan kulit yang nipis bewarna coklat. Lahai patut la tak masak-masak.
Kisah ni sebagai iktibar sahaja. So petua kat sini, kalu nak membuang kulit ubi samada ubi kayu atau ubi badak atau lain-lain le, pastikan dibuang sekali kulit yang keras sehingga nampak isi / ubi yang putih melepak tu. Lepas tu cuci bersih. Masukkan dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam ubinya. Bila dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa. Bila dah betul-betul empuk, tutup api dan buangkan airnya. Jangan biarkan ubi terendam dalam air. Lepas tu boleh la hidang dan makan ...nyum nyum.
No comments:
Post a Comment