Sunday, 23 December 2012

Last Friday Simple Cooking

Salam.

Jumaat lepas, 21 12 2012 - satu tarik yang cantik kan !!  Di Pasir Mas, hujan masih mencurah-curah sepanjang hari,  hujan turun sejak seminggu yang lalu, dah ada kawasan-kawasan yang dinaiki air.  Anak-anak tak boleh bagi main kat luar, sure nak main airnya, dah la demam.

Pepagi hari bangun jam baru 6 pagi, anak-anak masih tidur (memasing lena sungguh may be sebab cuaca sejuk).  Geledah peti ais tengok apa yang ada.  Keluarkan apa yang patut : eeemm dalam hati boleh le masak nasi lemak.

Masak Nasi Lemak :
Basuh beras 3 cawan kecil, masukkan air dan santan pekat (masih beku lagi), masuk sesudu kecil (teh) garam.  Buat ringkas je, daun pandan pon takde, tak kuasa nak cari daun pandan tengah-tengah hujan nih.  On kan rice cooker, settle.

Goreng Ikan Bilis :
Panaskan minyak, goreng garing ikan bilis. Dah siap, sejuk dan masuk kan dalam bekas kedap udara. Settle.

Goreng Daging :
Potong kecil-kecil 3 ulas bawang merah dan seulas bawang besar, tumis dengan minyak sekejab.  Masukkan daging kisar 1 paket (400gm).  Goreng hingga kerimg air.  Nak bagi perasa, masukkan 1 senduk sup sos tomato dan 1/2 senduk sup sos cili.  Tambah garam (1 1/2 sudu teh) dan gula (1 sudu besar) secukup rasa.  Settle.

Timun --- tak de dalam stok.  So nasi lemak tanpa timun dan tanpa sambal.   Heheheh masak ringkas je.

Anak-anak bangun dah siap nasi lemak dan daging goreng sos (actually goreng ala-ala daging inti bagi telur bungkus tapi buat tanpa kicap dan tanpa telur).  HAHAHAH gamba pon tak snap.  Kalu snap sure korang teliuq nak makan nasi lemak panas-panas time hujan ni kan.



No comments:

Post a Comment