Thursday, 24 May 2018

Hargai Pengorbanan Ibu

Assalamualaikumُ
selamat pagi semua
↪Semoga Allah merahmati kita memberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan....
آمِيّنْ..آمِيّنْ..آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Hargai Pengorbanan Mereka

⏰ kunci jam pukul 3
😵Tersedar pukul 2
😒Termenung sekejap. 😏Nak sambung tidur takut terlajak.
😞Ralit sekejap melayan mata..
😵Aduhai.. mengantuknya!
😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
⏰Jam bunyi kul 3
😑mata melekat macam kena gam
😴Tutup jam, dan tutup mata semula
😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar!
😰Teringat nasi belum masak.
😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah.
😅Pukul 5, siap terhidang semuanya.
😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.
😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun.
😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le
🤗Begitulah saban hari  perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.
 💁🏻Orang lain lena tidur. 😵Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
🙅🏻Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
🤗Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? 🙋🏼ramadhan masuk da ni...mari tanya diri
🤷🏻‍♀sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
😘Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang.
😍Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur.
😍Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
🤗Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
Selamat berdepan dengan detik-detik Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇

Buat ibu-ibu 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Wednesday, 23 May 2018

Rawatan Cara Islam

as-salam.

Simpan untuk peringatan kepada diri sendiri

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Monday, 21 May 2018

Kemboja Yang Hilang

as-salam.
 
Kami suka tanam bunga, sejuk hati bila tengok bunga-bunga mekar.  Salah satu faverite adalah bunga kemboja ni.  Bunganya bersusun cantik.  Tak pernah putus berbunga.

Kalu dah tanam bunga terutama dalam pasu, mesti kena siram kan, so rutin setiap petang balik keje, siram pokok-pokok dulu.

Petang semalam bila nak siram pokok ni, pokok kemboja ni tak de. HILANG. huh sedihnya.....Kembojaku Hilang. 




Warna bunga ni agak lain, sifat asal kelopak pink strip merah dan bersusun.  Cantik.

Gambar sebelah ni diambil pada 6 Mei 2018.  Ranting baru yang pertama kali berbunga mengeluarkan bunga pink (masa ni baru sekuntum kembang), kelopak tidak bersusun seperti yang asal (kat bawah tu).

Hurmm 'kecelaruan identiti".






So pada hari mengundi 9 Mei 2018 saya snap gambar bunga ni lagi sekali.  Hari ni kembang sekuntum lagi, jadi 2 kuntum.

Cantik, puas hati tanam, baja dan jaga.

Atas kelopak takde susun, bawah kelopak bersusn cantik.  Makin Unik dan Pelik !!!

Gambar bawah ni close up bunga yang baru kembang.






Ya Allah, Sesungguhnya hidayah itu MilikMu.  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Engkau kurniakanKu dan Keluarga Hidayah, juga kesabaran.  Tabahkan hati2 kami.  Redhai kami,  Ampunilah dosa2ku Ya Allah.

Ya Allah, Engkau kurniakan Hidayah kepada yang mengambil pokok ini.  Ampuni dia.  Bukakanlah pintu hatinya untuk memulangkan pokok ini.

Jika kehadiran pokok ini tidak membawa kebaikan kepada ku dan keluarga ku, Ya Allah, Engkau gantikan dengan yang lebih baik untuk ku dunia akhirat.

Ya Allah perkenankanlah doa kami, Amin.

SELAMAT BERPUASA



Wednesday, 16 May 2018

Sri Tujuh Resort

as-salam.

Sebagaimana yang dijanjikan dalam post ni kami cerita pasal tempat kami BBQ, tempat famili gathering.


Sri Tujuh Resort, Tumpat, Kelantan.  Bilik kat sini selesa dengan harga yang berpatutan.  Kos lebih kurang RM120 semalam, ada juga RM160 semalam.  Yang mahal dan mewah pon ada tapi kami ambil yang murah.



Resort ini milik Majlis Daerah Tumpat.  Anak-anak boleh mandi di kolam renang.  Bersebelahan ada kedai makan, tempat bot dan dekat dengan pantai.

Monday, 14 May 2018

12 Mei 2018 : Famili Day Kami-kami

as-salam.

 12 Mei 2018 : Famili Day Kami-kami; Kami buat BBQ sempena small gathering.

Prepare untuk BBQ, kami perap ayam guna resepi ni.  Kisar 5 biji cili kering (kalu nak pedas boleh tambah cili padi), 3 batang serai, seinci halia, 5 ulas bawang puteh, kunyit (boleh guna kunyit serbuk atau kunyit hidup).  Perasakan dengan garam.  Resepi ni untuk 2 ekor ayam.

Kalu lebih boleh simpan untuk perap ikan atau daging.

Sos beli yang dah siap kat Tok Bali, sos serba guna, emmm sedap sosnya.  Kalau ke sana lagi boleh beli buat stok.  Kami sediakan juga sebotol cili sos, kot ada yang nak cicah sos cili.


Untuk tambahan BBQ, kami beli fish ball, lokcing, sosej, isi ketam dan lelain yang seangkatan.

Buah mangga dan pisang serta kek sebagai pencuci mulut.

Air oren sunquick.  Lengkaplah set BBQ.

Nanti next episod kami cerita pasal tempat kami BBQ.  Santai dan selesa.




Saturday, 12 May 2018

Hari Sukan dan Famili Day : Sri Tujuh Resort

as-salam.

Meraikan Hari Sukan dan Hari Keluarga anak-anak tadika di Pantai Sri Tujoh Resort, Tumpat, Kelantan.

Resort ada menyediakan tapak dan dewan terbuka yang kecil untuk disewa.





Program riadah santai ini mendapat sambutan meriah dari keluarga tadika.  Semua keluarga membawa potluck atau pelbagai sumbangan untuk memeriahkan lagi majlis.









Majlis dimulakan oleh anak-anak tadika 4 tahun mengutip gula-gula.  Bukan main seronok dapat gula-gula.

Acara bagi ibu-ibu juga dipertandingkan, terima kasih kepada ibu-ibu yang sporting.

Akhir sekali acara bapa-bapa iaitu acara tarik tali.  Walaupun ada yang dah nak masuk dunia veteran, tetap semangat.






Terima kasih kepada pihak pengurusan tadika, guru-guru dan ibupada yang banyak memberi sumbangan dan sokongan bagi menjayakan program ini.

Diharap program begini dapat diteruskan bagi merapatkan silatulrahim antara pihak pengurusan, guru-guru dan ibubapa.

Tahniah.



Thursday, 10 May 2018

10 Mei 2018 : New Malaysia


as-salam.

Tun M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.  Tahniah.  Majlis angkat sumpah pada 10 Mei 2018 jam 9.30 malam.  Junjung Kasih YDPA kerana memperkenankan PM ke-7 Malaysia.