Thursday 19 December 2013

Kurniaan Allah

salam.

Rentetan dari kehilangan purse dua hari lepas, jam tiga petang semalam kami terima panggilan telefon meminta kami mengenalpasti satu purse yang dijumpai dalam tong sampah di blok yang sama tempat kehilngan dilaporkan.

Sebaik kami membuka pintu bilik kawalan ternampak purse bewarna merah di dalam bag plastik bewarna hitam.  Kami kenal sangat dengan purse tu.  Setelah dibuka dan memeriksa barangan di dalam nya memang sah purse yang hilang.

Alhamdulillah semua dokumen penting seperti lesen kenderaan, myKid anak-anak dan kad bank masih ada di dalam purse tersebut.  Semua wang kertas lesap, yang tinggal hanya duit syiling.  Resit teksi airpot masa pegi Putrajaya Khamis lepas pon ada ~ emmm kena buat claim cepat nih, takot hilang lagi !!!
Syukur Alhamdulillah Ya Allah Yang Maha Pengasih.  Kami redha dengan ujian ini,  terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan kami yang alpa.

Pagi ni, jam 9.30 pagi kami sekali lagi menapak ke Maybank untuk membuat kad bank yang baru.  Walaupon kad telah ditemui semula kad tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana telah diBLOK.  Selagi lagi harapan tinggal harapan bila kaunter memperbaharui kad tidak dibuka kerana masalah teknikal.  Insya Allah bila ada kelapangan akan diusahakan lagi, mungkin juga terpaksa ke cawangan yang lain.

Sekali lagi  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah  Ya Allah segala puji hanya pada Mu pencipta seluruh alam.


** berbillion-billion terima kasih juga kepada semua kenalan yang bersusah payah membantu mencari purse yang hilang dan bagi suport.

Wednesday 18 December 2013

Bila Musibah Bertimpa-timpa

salam.

Lately ni kesempatan menulis agak terhad, pack dengan kerja-kerja harian.  Kejadian semalam membuatkan saya berfikir panjang.  Ia berlaku kerana keegoan, kebodohan, kelalaian dan kemarahan yang berkuasa dalam diri.  Akhirnya musibah yang menimpa.

Mengimbas kembali peristiwa di pagi hari yang sedikit kedinginan, membuatkan kami lewat bangun.  Ditambah pula dengan jam yang kekurangan bateri, jarumnya menunjukkan angka 6.40 (waktu sebenar tidak diketahui).  Kami bergegas mandi dan menyiapkan anak-anak ke rumah pengasuh.  Bila hidupkan enjin kereta, jam di situ menunjukkan angka 8:03.  Baru tersedar kami tertipu dengan jam dinding.  Niat untuk datang awal ke pejabat hanya tinggal niat.

Kami tiba di pejabat jam 8:23 pagi, punch card merah menyala.  Gagahkan diri memanjat tangga pejabat, hati hanya ingat nak ambil barang untuk persediaan mesyuarat dan terus ke bilik mesyuarat. 

Semalam sebenarnya telah dijadualkan mesyuarat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.  Sewaktu masing-masing telah bersedia untuk bermesyuarat, tetiba tuan pengerusi mengumumkan mesyuarat dibatalkan dan berlalu meninggalkan bilik mesyuarat.  Kami semua terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri. 

"Apa nak buat ni ?? Balik ke opis ke atau terus tunggu di bilik mesyuarat ??? "
Disebabkan terlalu mengikut rasa hati dan keputusan bodoh, dengan alasan tak masuk akal serta emosi budak sekolah, seorang ketua yang sepatutnya menjadi contoh kepada kakitangan bawahan membatalkan mesyuarat.

Kami keluar dari bilik mesyuarat dengan seribu satu rasa.  Bila fikiran berserabut dan hati marah, aku lalai.  Aku tertinggal purse dalam bilik mesyuarat !!! Apa lagi .... HILANG semua dokumen penting dan juga wang belanja.

Selepas berusaha ke sana ke mari mencari barang hilang, aku kembali ke bilik mesyuarat yang di sambung semula jam 3.30 petang.  Tak de ape sangat pon yg dia nak sampaikan, naper la nak emo sangat pagi tadi ~ Ya Allah jangan bagi dia terus berEMO macam tu, penat kami !!!

 Balik rumah, bila pandang jam dinding tu rasa nak baling ke laut ..... jarum jam tu dah mati !!!  Kalu dia mati camtu pagi tadi, takde lah aku lewat !!!  Astagfirullahalazim 7X eeemmm tak baik berKALAU.

"Alhamdulillah, IC duk tempat lain, tak hilang sekali, so pagi ni boleh buat ATM Card lain dan ambil duit belanja.  Urusan lain tu minggu depan boleh ambil cuti dan settle kan " ~ itu lah perancangan kami pagi tadi.

Selepas menunggu 2 jam di bank, kami dimaklumkan semua urusan tidak dapat dibuat sebab OFFLINE.  Ya Allah sabarkan hati ini dengan dugaan ini.  Dah lah pagi tadi nak basuh kain, washing machine hang !!!! sekarang bank Offline ADUSSSS !!!

Menapak balik ke opis dalam keadaan POKAI.  On pc dan tulis blog.  Ok .... sekarang hati dah kembali tenang, boleh sambung keje !!!!  TQ ALLAH kerana mengingatkan aku yang lalai, ampuni aku ya Allah, amin.




Sunday 15 December 2013

Kebanggaan Ibu

salam.

dikongsikan dari FB :

Ibnu Batoota Owsem · 12,059 followers
6 hours ago via mobile · 
  • ~Kebanggaan Ibu~

    Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat 5A UPSR...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

    Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

    Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

    "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

    Kata mereka....

    Tapi...

    Pada suatu Subuh...

    Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

    Saya bacakan surah Abasa...

    Dan sebak ketika sampai ayat:

    Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

    Wa ummihi...wa Abih....

    Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

    Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

    Saya jelaskan....

    Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

    Ibunya...

    Ayahnya....

    Isterinya...

    Anak-anaknya...

    Saya katakan...

    Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

    Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

    Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

    Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

    Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

    Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

    Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

    Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

    "Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

    Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

    Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

    Wahai hamba Allah...

    Apa sebenarnya yang kalian kejar?

    Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

    Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

    Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

    Wahai pembaca madahku ini...

    Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

    Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

    Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

    Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

    Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

    "Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

    Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

    Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

    Bahkan nak kencing berak kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

    Totally damn useless...

    "Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas...

    Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

    Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

    "Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

    Maka aku menyeru, tak kiralah korang ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

    Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

    Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

    Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

    Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

    Aku menangis untuk diriku,
    Kerana aku hidup ketika zaman itu,
    Bukan kerna aku salahkan zaman,
    Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

    Memang aku tak mampu mengubah umat...
    Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
    Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
    Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

    Selamat Tinggal Dunia . . .

Wednesday 11 December 2013

lelaki tidak boleh pakai emas

salam.

satu perkongsian yang berguna.

Kenapa dalam islam orang lelaki tidak boleh pakai emas mesti ada sebab musabab

-------------------------------------------

Something that i don't know
by @sharipaheyie

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas). Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer.

Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. 

Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson. Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas? 

Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains. 

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil. Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya.
 (HR. Bukhori & Muslim) 

Wallahua'lam." via @InstaReposts


Makam Arwah Ahmad Ammar

salam

Makam Arwah Ahmad Ammar. Setelah 37 Hari meninggal dunia. Kuburnya diwarnai bunga mekar. Subhanallah...



Thursday 5 December 2013

Bayangkan

salam.

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya...

★★★
Peminat SEPAHTU jom bergabung di page Sepahtu 

Wednesday 4 December 2013

Bonda Arwah Ammar

salam.

Akhirnya aku tewas juga. 26 hari aku memendam perasaan, kesedihan, kepiluan akan pemergian Ammar, dalam Rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis malam tadi, aku tak dapat menahan sebak dan menangis 'live' di TV! Sesuatu yang luarbiasa telah berlaku dalam diriku!





Sedang aku telah bertekad dalam diriku bahawa sesi ini akan ku gunakan untuk menyuntik semangat agar meneladani Ammar, bukan untuk ditangisi.

Namun ketika aku menyebut, "saya mengharapkan agar Ammar yang akan menyembahyangkan jenazah ku nanti," tiba-tiba aku menjadi begitu sebak dan sayu sehingga tak terkawal lagi perasaan ku ini. Airmata jatuh berderai, suaraku menjadi sayup, hampir tidak kedengaran.

Aku dapat rasakan bahawa Dewan KUIS tempat berlangsungnya Rancangan Pencetus Ummah juga merasai akan kesedihanku yang terzahir tanpa dapat ku kawal.Aku memohon ma'af kerana gagal melawan perasaanku ini. Sepatutnya, aku yang terkenal sebagai pencetus semangat perjuangan umat di kalangan ahli PKPIM, ABIM dan juga GPTD akan menampilkan suatu citra yang hebat , gagah dan tidak menunjukkan emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, tetapi kali ini aku pasrah, aku tewas!

Sebaliknya, isteriku Nur Azlina telah berjaya melakukan sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. Dia begitu bersemangat menyampaikan isi hatinya dengan begitu berkesan sekali! Inilah sesuatu yang luarbiasa yang berlaku dalam keluargaku sejak peninggalan Ammar. Kalau isteri yang kehilangan anak menangis dan sebak, itu biasa! Kalau suami nampak tenang dan bersahaja, itu juga biasa! Tetapi kalau sebaliknya berlaku, itu luarbiasa!

Jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan isteriku ini. (Kalau ada mana-mana pihak nak jemput berceramah lepas ini, jemputlah isteriku, aku malu nak menangis lagi dikhalayak ramai apalagi 'live' di television..hehe...)

Dari ibu Ammar, pakaian yang dipakai Ammar semasa kemalangan , langsung tiada setitik darah pun, memang tiada darah, cermin mata yang di pakai pun tidak pecah, baju pun tiada koyak sedikit pun, SubhanAllah kata ibu Ammar, Allah mmng perlihara Ammar.

Al-Fatihah buat arwah Ammar


SHARE kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat kepada umat Islam...

Oleh Ya Muhammad

Video perkongsian dari Ibu dan ayah Ammar,

1) Perkongsian Dari Ayah Ammar Bhg 1 : http://youtu.be/FSXxBVEo5iU
2) Ammar Syahid Dalam Perjalanan Untuk Mengajar Ilmu " Bhg 2 :http://youtu.be/eQD3KQKczPA
3) Ammar "Aku Melihat BidadariKu Di Syurga " Bhg 3 :http://youtu.be/n29-DYaBH6g
4) Perkongsian Dari Ibu Ammar " Allah Pelihara Ammar :http://youtu.be/t8x56KR6-_A

Ayahanda Arwah Ammar

salam.

Ketika Ayah Ammar ditanyakan soalan..

Bagaimana Ustaz mampu mendidik Ammar sehingga dia menjadi seperti itu, sedangkan ustaz seorang yang sibuk dengan usaha dakwah di luar dan di dalam negara.

Kata Ayah Ammar,

Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya, awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada isteri yang saya nak buat kerja dakwah, jadi saya perlukan sokongan dan bantuan dari dia.

25 tahun kami berkahwin, itulah kehidupan kami, saya sibuk dengan urusan dakwah, dan ibunya sibuk dengan urusan dakwah juga..

Tapi saya dan isteri yakin dengan Janji Allah, apabila kita menjaga urusan dengan Allah, Allah akan bantu..

Sebenarnya Ibu dan ayah sendiri harus komited* dengan Allah, dan Allah sendiri akan uruskannya..

Untuk Ammar, saya hanya bagi dia wawasan ummatik , dia sendiri akan gerak, Allah yang bantu dia..

*Begitu kuat ayah & ibu Ammar percaya dan yakin kepada Allah.

Tidak mustahil Arwah Ammar jadi seperti ini skrg, kerana tarbiah daripada kluarga sejak awal lagi dengan misi dan matlamat yang jelas untuk wawasan ummatik..

Semuanya bermula daripada kluarga, tapi skrg ni, *sesetengah mak & ayah inginkan anak mereka jadi soleh dan solehah, tapi mak & ayah itu sendiri tidak memulakan sendiri dan tidak menunjukan usaha ke arah itu..

Al-Fatihah buat arwah Ammar..

Perkongsiaan ini ditulis oleh Ya Muhammad

Disember 2013

salam.

Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.
(Jom semak kalendar...)

MasyaAllah............ betul kan ?

Dan kita satu-satunya generasi yang telah melihat ...

01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12

& akan menempuh tarikh 11/12/13 dalam masa seminggu saja lagi.......

Subhanallah, Alhamdulillah, LailahaillaAllah, AllahuAkbar !!!