Sunday 31 December 2017

Tamatnya Tahun 2017


Assalamualaikum.

Hari ini hari terakhir tahun 2017.  Pelbagai suka duka, ujian dan cabaran yang dihapadi sepanjang 2017.  Detik 12 malam nanti tamatlah tahun 2017.

Banyak kenangan yang Allah beri untuk kita, yang mendewasakan kita bersama usia kita yang meningkat.  Menangis, ketawa, semua bersatu dalam 1 ujian yang beronak duri.

Sepanjang tahun ini kita bertemu rakan baru, terjumpa rakan lama,
kita menimba pengalaman baru, kita menambahkan pegetahuan sedia ada,
semua itu mematangkan kita.

Peredaran masa juga mengurangkan deria dengarkan, mengaburkan lagi pandangan mata namum dengan adanya pengalaman moga kita makin peka dengan persekitaran, sabar mendengar setiap keluh kesah keluarga kita, menajamkan pandangan hati.  Moga dengan itu kita mampu menjadi yang terbaik buat diri dan keluarga kita, tidak lupa juga saudara mara dan sahabat2 kita.

Maafkan jika sepanjang tahun 2017 ini ada yang terguris hati dan sebagainya.  Salah dan khilaf yang tidak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semuanya tidak dengan niat.  Begitulah lumrah kekurangan diri.  Kekadang terlepas cakap, terkasar bahasa.


Maaf sekali lagi, moga ukhwah terus terjalin.

HATI SEPERTI KACA
   Jangan bagi retak.
AKAL SEPERTI AIR
   Jangan bagi kering.
IMAN SEPERTI DEBU
   Jangan bagi hilang.
PERSAUDARAAN SEPERTI TALI
   Jangan bagi putus...
😊

          HARAP TAHUN 2018   MENJADI  LEBIH INDAH
   AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN

Mendaki Bukit Keluang


As-salam.

Pagi 30 Dis 2017, tanpa perancangan kami telah mendaki Bukit Keluang.  Sukar memang sukar bagi kami yang telah lama tidak mendaki dan membawa bersama-sama kanak-kanak dari umur 4 tahun, 6 tahun, 7 tahun dan 8 tahun.  Tapi budak-budak cukup bersemangat mendaki, itu yang menguatkan semangat kami untuk terus mendaki hingga ke puncak dan turun kembali.










Pantai Bukit Keluang


as-salam.

Pantai Bukit Keluang, kami tiba pada tengahari 29 Disember 2017.  Ombak besar, maklum sahaja musim tengkujuh di Pantai Timur belum berakhir.  Hujan lebat sepanjang perjalanan kami ke Bukit Keluang membuatkan kami rasa sedikit down.  Dalam hati "emm, tak dapatlah nak ronda-ronda pantai".   Sebaik kami tiba di Kg Raja, cuaca cerah, Alhamdulillah .  Memang reseki kami dapat menyusuri pantai yang memutih dengan buih-buih ombak.

Anak-anak terus ke playround untuk bermain.  Sementara kami membeli makanan dan minuman di gerai.  Kemudahan tandas dan bilik mandi juga disediakan sepanjang pantai.  Jadi tidak perlu risau untuk mandi dan menyalin pakaian selepas bermain air di pantai.  Peluang mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan memang sukar untuk dilepaskan. 

Ramai juga yang datang berkelah dan mendaki bukit, ada yang camping dan BBQ.







Bukit Keluang Beach Resort

As-salam.

Kami tempah penginapan ke Bukit Keluang Beach Resort -berada di Kampong Raja, 3.8 batu iaitu 6.1 km dari Kelab Golf Desa Besut dan 4.4 batu atau 7 km dari Jeti Kuala Besut. Tok Bali Beach dan Bachok Pool hanya 25 batu atau 40 km.

Hampir 30 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang, terlalu banyak perubahan.  Bukit Keluang telah membangun, Alhamdulillah.

Kenapa kami memilih Bukit Keluang Beach Resort ???

Bukit Keluang Beach Resort terletak di kaki Bukit Keluang, kita boleh berjalan kaki untuk ke pesisiran pantai atau mendaki.   

Di Bukit Keluang Beach Resort juga terdapat 4 kolam renang untuk aktiviti air bersama anak-anak dan keluarga.  

Kemudahan bilik yang luas, selesa dan cantik.

Di pinggiran pantai juga terdapat playround untuk anak-anak bermain.
 
Kedai makan dan gerai-gerai juga banyak di sepanjang pantai.

Mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan yang memukau sesiapa sahaja. 

Aktiviti riadah lain tentunya mendaki Bukit Bendera.

Bukit Keluang Beach Resort memang pilihan yang tepat untuk kami sekeluarga.

Trip Ke Kuala Terengganu

as-salam.

2 bulan lepas ke Kuala Terenganu atas urusan kerja, Kami bertolak seawal 6.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang 9.30 pagi.  Selepas selesai urusan kerja sempat melawat ke Pasar Payang dan Batu Buruk.  Telah banyak perubahan di persekitan Pasar Payang dan Batu Buruk.  Maklumlah dah lama tidak menjejakkan kaki ke Bandar Kuala Terengganu.



MUHASABAH DIRI

as-salam

Surah Al-An'aam  Ayat 16

مَّن يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.


Surah Al-An'aam  Ayat 17

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)

Doa utk kita dijauhkan dpd api neraka

Allah humma ajirna minan nar(baca 7x)

Thursday 28 December 2017

HADIAHKAN LAH UNTUK DIRI SENDIRI

as-salam.


perkongsian dari kawan2 untuk peringatan diri sendiri.
--------------------------------------------
Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dgn lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"

Kemudian katakanlah

"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"

Al-Fatihah...........

_Lakukan sekarang   kerana barangkali anda sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya.

Good Bye 2017

as-salam,

sekejab je masa pergi meninggalkan kita, hari ni 28 Dis 2017.  Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baharu 2018.  Blog ni mula muncul pada tahun 2012, maknanya dah 6 tahun.  Asal buat blog ni just untuk belajar dan faham bagaimana blog berfungsi.  Cuba sedikit demi sedikit kemaskini dan tulis apa yang patut sesambil promo RestHouse.  Tidak menjangka akan ada yang tengok blog ni, walaupun tak ramai tapi setiap hari mmg ada yang singgah.  Terima kasih kepada semua yang pernah singgah dan masih singgah.

Resthouse kami masih wujud hingga hari ni, alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang pernah menginap di IsyraQ Rest House.  Harap2 dapat menberi keselesaan walau sehari dua.   Masih banyak kekurangan yang perlu kami baiki, insya allah akan dibuat takat yang mampu.

Terima kasih sekali lagi kepada yang singgah ke IsyraqRest di alam maya (blog) dan juga di alam realiti.  Good bye 2017.

Wednesday 29 November 2017

Banjir Gelombang Pertama Tahun 2017

Ahad 26 November 2017
as-salam.

Banjir Gelombang Pertama Tahun 2017 telah bermula.  Hujan mula turun pada Khamis 23 November 2017.  Pada awal lapoaran kajicuaca menyatakan hujan akan berturusan hingga 25 November 2017.
Selasa 28 November 2017









Makluman kedua laporan kajicuaca menyatakan hujan lebat akan bermula pada 26 November 2017.  Memang tepat laporan kajicuaca, hujan turun mencurah-curah dengan lebat sekali dari Ahad hingga Rabu yang mengakibatkan air mulai naik.



Petang Selasa 28 November 2017




Beberapa kawasan telah ditenggelami air terutama di sepanjang sungai golok (rantau panjang).  Pusat pemindahan telah dibuka bagi kemudahan orang ramai untuk berteduh.




Monday 20 November 2017

Red Velvet Cake oleh Azie Kitchen

as-salam.

Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil 
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.



Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya.  

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak


Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

Pizza Cikai

as-salam.

Kita buat pizza cikai aka simple, guna doh ready made, beli kat pasar raya.  Ada yang dah siap dengan sos.

Yang di beli kat Giant, RM9.90, ada 2 keping saiz sederhana.

Buka wraper, sapukan sos atas doh pizza.  Kalau tiada, boleh guna Preego.  Taburkan apa2 bahan yang korang suka, kami guna isi ayam je, gunting kecik2 bagi cepat masak.  Bila siap letak toping, taburkan cheese, letak je apa2 cheese yang korang suka.

Bakar dalam ketuhar 220c dalam 10-15 minit.  Tadaaaaa siap boleh makan.


Thursday 2 November 2017

Tips di Dapur

as-salam.

www.keluarga.my


Tips Rumah Tangga


Vietnam Spring Roll

as-salam.

simpan untuk rujukan di kemudian hari.
==========================================================




Jom share resepi ni dekat wall anda . Pada masa yg sama anda membantu orang yang memerlukan resepi ini ..
Admin share resepi vietnam spring roll dan resepi sos popia vietnam style saya. InsyaAllah semua custemor suka dan cakap sedap. Kena dgn selera. 😍👍🏻👍🏻👍🏻
Sape nak buat jualan or makan boleh la amik. Saya halalkan dunia dan akhirat. 👌🏻
Mohon doakan biz saya dan suami smga dimurahkan rezeki kerana inilah mata pencarian kami...dan spnjg mgandung ni diberi kesihatan yg baik utk terus mencari rezeki. 👌🏻👇🏼

Bahan2

Kulit vietnam spring rolls secukupnya
Salad
Timun batang jepun(hiris panjang)
Carrot (hiris panjang)
Daun pudina
Daun ketumbar
Bihun @ suhun (celur)
Udang (celur)
Crab stick (celur)
Bahan sos
Separuh ketul nisan@gula melaka
5 cawan air
3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dgn sedikit air)
3-4 biji cili api merah yg pedas byk biji tu cincang halus
3 senduk kecik sos plum
3 senduk kecik sos cili thai
2 senduk kecik jus limau siam dlm botol
7-9 sudu besar penuh gula( boleh rasa sndiri nanti)
2-3 sudu kecik garam(boleh rasa sendiri)
3 ulas bwg putih cincang halus
Cara2
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepg jagung.
2. Dah mendidih masukkan tepg jagung. Kacau sehingga pekat.
3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.
Cara gulung
1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letakkan salad dahulu sbg alas, kemudian baru bahan2 lain.
3. Last skali ltk crab stick dan udang.
4. Gulung seperti gulung popia biasa.
Maaf cara gulung secara gambar or video saya x sediakan. Boleh tengok you tube jika tak pandai. Cara gulung macam gulung popia saja.
Rujuk pic untuk tgk gmbr sudu dan senduk yg saya gunakan.
Selamat mencuba👌🏻😍
Kredit to Tuan Adriana Alissya
Sumber gambar : suehomemade

Sistem Fisiologi Badan??(bahagian 1)


Root of Science
Like This Page · 31 October ·
 
Sistem Fisiologi Badan??(bahagian 1)

Beberapa hari yang lepas viral satu mesej di dalam Whatsapps yang menceritakan secara spesik pukul berapa sesuatu organ itu berkerja dengan lebih keras. Ini mendatangkan pertanyaan kepada orang ramai dan ada yang mesej kepada admin dan bertanyakan berkenaan perkara tersebut.

Disini kami ingin menerangkan perkara yang diviralkan tersebut

5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul

Fakta sebenar:
Waktu usus paling banyak berkerja keras adalah ketika waktu rehat ataupun tidur. Ini disebabkan ketika badan kita rehat, ia akan masuk ke dalam mode yang dinamakn sebagai 'Rest and Digest'(Rehat dan pencernaan) dimana pada waktu ini sistem saraf yang dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS SYSTEM akan menjadi dominan.

Ketika ini, pergerakan, pencernaan dan penyerapan makanan akan berlaku dengan lebih efektif. Saluran darah pada bahagian pencernaan akan mengembang, otot usus akan bergerak dengan lebih efektif. Enzim juga akan dihasilkan dengan banyak untuk mencernakan makanan ketika ini.

Apabila waktu pagi, kebanyakkan makanan telah pun dicernakan dan juga diserap. Lebihan makanan iaitu tinja pula sedia untuk dibuang.

Ketika mana kita sarapan pagi dan makanan memasuki perut, perut akan menghantar signal ke otak supaya usus besar dikosongkan agar makanan baru boleh dimasukkan ke dalam usus besar tersebut. Ini akan menyebabkan kebanyakkan orang membuang air besar sejurus selepas mengambil sarapan pagi.

Bukanlah makanan yang baru diambil waktu sarapan itu yang keluar, tetapi makanan malam tadi yang sudah dicernakan ketika kita tidur itulah yang kita keluarkan sebagai tinja.

7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

Penerangan:
Sarapan pada waktu pagi adalah bagus kerana ia memberi tenaga bagi perkerjaan sepanjang hari. Pengambilan sarapan yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang itu tidak bertenaga bagi menghadapi kerja seharian. Selalunya orang yang tidak bersarapan akan merasa letih.

Mengambil sarapan lebih daripada waktu yang tertera tidaklah menyebabkan kegemukkan/obesiti. Ini keranan obesiti hanya bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan juga 'lifestyle' kita. Jika anda sarapan pada waktu tersebut tetapi mengambil jenis makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, anda masih boleh menghidapi obesiti

Saranan kami, makanlah sarapan pagi untuk berkerja dengan lebih efektif, kurangkan gula dalam setiap makanan yang kita ambil dan lebihkan manis dalam senyuman

🕚9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

Penerangan:
Organ limpa juga dikenali sebagai 'spleen' dalam bahasa inggeris. Ia mempunyai beberapa fungsi iaitu untuk menguraikan sel darah merah yang sudah rosak dan telah sampai hujung hayatnya. Seperti mana yang kita tahu bahawa jangka hayat sel darah merah adalah 3 bulan sahaja. Ketika mana, sel darah merah tersebut sudah sampai masanya, maka organ limfa lah yang akan membunuh dan menguraikan sel tersebut.

Bukan itu sahaja, organ limfa juga berfungsi untuk menapis darah daripada sebarang kuman. Ketika mana bakteria memasuki saluran darah dan sampai di organ limfa, sel darah putih disitu akan mengesan dan memakan bakteria tersebut.

Ia juga berfungsi untuk mengasilkan darah ketika di dalam kandungan

IA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PERMAKANAN DAN ORGAN INI 24JAM BERKERJA SEPERTI BIASA.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

Penerangan:
Jantung secara berterusan akan berkerja walaupun kita tidur. Ia akan berkerja sedikit keras ketika mana kita melakukan senaman ataupun melakukan kerja yang berat. Ini kerana ketika senaman, oksigen perlu disalurkan secara optimum kepada otot-otot badan untuk tujuan pergerakkan.

Tetapi jika anda berkerja pejabat sahaja yang tidak seberat manapun, maka jarang ia membebankan jantung anda.

Sebagai tambahan, serangan sakit jantung tidak mempunyai spesific waktu untuk berlaku. Jika sakit dada berlaku ketika mana kita melakukan kerja keras serta melibatkan masalah jantung, ia dinamakan sebagai 'stable angina'. Selalunya sakit dada seperti ini akan berkurang ketika pesakit rehat. Dan masalah jantung seperti ini kurang berbahaya jika hendak dibandingkan dengan sakit dada yang tiba-tiba datang tanpa kira waktu.

Sakit dada yang tiba-tiba datang ketika rehat selalunya dikategorikan sbg 'unstable angina' ataupun 'myocardial infarction'(non St- ataupun ST elevation). Ini kerana saluran darah yang tiba-tiba tersumbat disebabkan pembekuan darah pada saluran darah koronari iaitu saluran darah yang membekal oksigen kepada jantung. Jenis sakit dada seperti ini adalah lebih berbahaya berbanding dengan 'stable angina' yang saya ceritakan mula-mula tadi.

oleh

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

Penerangan:
Pundi kencing berfungsi untuk mengumpul air kencing dan membuangnya ketika sudah penuh. Ketika pundi kencing penuh dengan air kencing, maklumat akan dihantar ke otak supaya orang tersebut mempunyai perasaan untuk membuang air kencing.

Pundi kencing tidak mempunyai spesifik waktu untuk berkerja. Ketika mana ia penuh sahaja, secara automatik ia akan menghantar signal ke otak supaya orang tersebut membuang air.

Bahagian 2 boleh dibaca disini:
https://www.facebook.com/Rootofscience1/posts/1335378383193043:0

Monday 23 October 2017

Khasiat Cendawan Bunapi dan Shimeji

as-salam.


Original Sources : http://www.hokto-kinoko.com/health-benefits/

Mushrooms are the only produce that contains Vitamin D

Vitamin D can help you absorb calcium which as you may know is the main building block of your skeletal system and your bones. Besides mushrooms, fish oil, fatty fish and beef liver are high in vitamin D. However, mushrooms are low calorie and delicious, so they are a great choice for increasing vitamin D in your diet. Lack of vitamin D may cause health problems such as osteomalacia (in adults) or rickets (in children). - Vitamin D


The vivacity of Vitamin B

Mushrooms are undoubtedly loaded with vitamin D, but did you know, they are rich in vitamin B too? You’ll be surprised to know that the B vitamins have a huge impact on our over-all health. - Vitamin B


Vitamin B1

Vitamin B1 or Thiamine helps to promote a healthy and active nervous system, and also improves the functioning of heart in the body. - Vitamin B1







Vitamin B2

Vitamin B2 or Riboflavin plays an important role in the energy production in the body. It also promotes manufacturing of red blood cells. - Vitamin B2


Vitamin B3

Vitamin B3 or Niacin(Nicotinic acid) aids in efficient functioning of your nervous system, digestive system and skin. - Vitamin B3


Vitamin B12

Vitamin B12 or Cyanocobalamin are not abundantly found in a lot of veggies, so vegetarians or vegans resort to vitamin B12 supplements, or fortified food items. - Vitamin B12

cendawan-keju-berlada-hitam

as-salam.


sup cendawan ni nampak sedap, tapi x dpt nak view resepi.

http://www.bondezaidalifah.com/2015/09/cendawan-keju-berlada-hitam.html

Tuesday 10 October 2017

Telur Dadar Cendawan Shimeji

as-salam.
resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan, TQ sharing resepi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1/2 pack cendawan shimeji (kami guna bunapi)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih,mayang
1 sk baking powder
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Beza Bunapi dan Shimeji


CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan semua bahan2 di atas kecuali telur dan garam ke dalam satu bekas, gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan telur, dan kacau rata. Ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan 2 camca besar minyak zaitun atau minyak canola. Biar hingga panas dan masukkan bancuhan telur. Kecilkan api dan tutup dengan tudung periuk, biar hingga masak (2 - 3 minit).
Bila permukaan telur nampak kental, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga perang keemasan dan garing. Alih telur dadar ke dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan.

Maaf ya Che Mat, kami ubahsuai resepi ikut apa yang ada kat dapur.

Sup Cendawan Shimeji

as-salam.

1 pack cendawan
2 ulas bawang putih (ketuk2)
1 biji telur (pecahkan dalam mangkuk dan kacau dengan sudu)
garam secukup rasa.
1/2 liter air (kalu nak banyak kuah boleh tambah lagi)

tumis bawang putih hingga naik bau.  masukkan air. bila mendidih masukkan telor dan cendawan.  Perasakan dengan garam.  Dah masak boleh makan dengan nasi atau bihun atau makan begitu sahaja. Yumyum sedap.  eloklah untuk yang menjaga badan.

COKODOK KENTANG

as-salam.

Mereka2 resepi utnuk anak2.  Cokodok kentang berdaging.

bahan2

3 sudu daging cincang (masak dengan 1 ulas bawang putih dan 1/4 ulas bawang besar, tumis dengan 1 sb minyak masak)

1 biji telor
1 biji kentang (potong kecil2 dan nipis, rebus kejab)
5 sb gandum (secukupnya)
1 sk garam (ikut citarasa masing2)
sedikit serbuk lada hitam.

caranya:

gaul semua bahan, kelikatan adunan macam buat cokodok, kalu keras sila tambah air kalau lembik tambah gandum ya.

panaskan minyak masak dalam kuali.

sudukan adunan ke dalam minyak.

masak hingga kekuningan dan masak.  Angkat emmm boleh makan dengan sos atau makan terus.

Wednesday 4 October 2017

Sup Sayur Cendawan Tiram

as- salam

Bahan-bahan:
15 ekor udang sedarhana
500 gm cendawan tiram (disiat, cuci & toskan)
1 liter air atau secukupnya untuk kuah
garam secukupnya
1 ulas bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih, (ketuk2)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 sb minyak untuk menumis
sebatang karot - potong memanjang
bunga kobis - potong.

Cara menyediakan:
Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih hingga wangi & kekuningan.
Terus masukkan air hingga mendidih.
Masukkan udang, karot, lada hitam, cendawan & garam sekadar perlu.
Masukkan bunga kobis.
Masak sehingga cendawan layu & kuah secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Nasib lah anak-anak minggu ni minggu sup.  :-)

Sup Sayur Cendawan Enoki

as-salam.

Bahan-bahannya:

3-4 ulas bwg putih - ketuk2 atau tumbuk.
1 biji bwg besar - dihiris nipis
isi ayam atau udang
sebungkus cendawan enoki - potong 2.
seikat sawi - dipotong
1/4 bunga kobis - potong
sebtg carrot - dipotong dan dihiris memanjang
Air secukupnya

Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak dan tumis bwg putih hingga wangi dan keperangan.
2.  Masukkan ayam atau udang, kacau2 bagi masak sikit.
3.  Masukkan air.
4.  Masukkan juga garam, karot, bunga kobis dan cendawan...biarkan mendidih sebentar.
5.  Masukkan sawi, padamkan api, jangan bagi sawi layu.

Sup Cendawan Telur

as-salam.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1/2 pack Enoki / Cendawan Jarum Emas potong kecik2 guna gunting je
1/2 karot, potong kecil-kecil.
Isi ayam
2 sb tepung jagung
Sebiji telur

Cara-cara
1.  Cendawan, isi ayam dan karot dipotong nipis-nipis
2.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan isi ayam tadi
3.  Masukkan cendawan, karot.
4.  Bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
5.  Masukkan ke dalam masakan tadi. Pastikan kuah sedikit likat.
6.  Tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
7.  Bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti

Sup Cendawan ala Pizza

as-salam.

Bahan-Bahan :-

1 pack Enoki / Cendawan Jarum Emas potong kecik2 (pakai gunting je)
3 sb minyak masak
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih – diketuk
Isi ayam potong dadu
1/2 batang karot (potong kecik2)
5 cawan (xde susu punya pasal)
5 sudu besar tepung gandum.
Lada hitam dan garam secukup rasa.


Penyediaannya

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.

2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit.

3. Campurkan tepung gandum dalam air, kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan cendawan dan karot – kacau sebati dan biarkan mendidih.

6. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.


7. Matikan api dan hidangkan ketika panas.

Tuesday 26 September 2017

Resepi Lasagna Roti Daging

IsYrAQReStHouse Lasagna
as-salam.

Cara Buat Lasagna Mudah Guna Roti

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:

Roti Gardenia
Chesdale atau apa2 cheese - 1 paket
3 biji Tomato
Daging cincang Cap Ramly
1 ulas Bawang putih dan 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
Garam
Sos cili Life dan sos tiram (boleh juga tambah serbuk lada hitam)
1 biji telor
1 kotak kecil susu segar
sedikit mentega/majerin

Cara-cara

Langkah pertama, sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Saya gunakan daging cincang sebagai bahan asasnya.

Untuk membuat inti langkah seperti berikut:
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Campurkan daging cincang.
Masukkan tomato yang telah didadu.
Perasakan dengan sos cili, sos tiram dan garam. Masak hingga kering. Asingkan.

Bancuh susu dan telor hingga rata (Whisk).
Salut Roti Dengan adunan susu+Telur.
Susunkan roti dalam loyang pembakar yang telah disapu majerin/mentega.
Lapiskan dengan daging, kemudian susun cheese.
Buat proses melapis hingga habis.
Jika ada baki bancuhan susu+telur tadi, tuangkan ke dalam loyang.
Bakar 40 minit dengan suhu 180C.

sedia untuk makan.





Wednesday 20 September 2017

Bilis goreng rangup + pETAI

AS-SALAM.

Resepi Orang Kampung
18 September at 17:00 · 

Sedap mkan dgn nasi panas2...😋😋😋
Bahan 2👇👇👇👇
Bilis goreng rangup
Bwang merah besar :1labu
Bwang putih :1labu
Lada besar : ikut suke
Lada kecik : ikut suke (sye suke pedas😁)
Tomato : 1bji
Air limau nipis :1sdu kcik
Petai : ikut suke

Blader bahan2 diats...
Pas 2 tumis dengn minyk yg greng ikn bilis td smpai garing,tmbah perase n air lmau nipis...
Pas 2 mskkn ikan bilis n petai...gaul smpai sbati n mask..siap...

SELAMAT MENCUBA😍
Kredit resepi ini kepada najihah mahri via masak apa hari ni

Resepi Daging Goreng Cendawan

AS-SALAM

Resepi Daging Goreng Cendawan
Bahan-Bahannya:
300 gm daging potong kecil
4 biji cendawan butang potong nipis
4 ulas bawang merah dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji cili
1 biji tomato
3 sudu kicap masin
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara masaknya boleh rujuk pada video.
Hmm... sedapnya. moh buat :)
Credit to Resepi Masakan Daging

Ayam goreng ala kfc!!!!

AS-SALAM

Menu minum petang hari ini!!
Jom try!!
Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder
Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!
Kredit to Seismik Makan