Wednesday 13 May 2015

Resipi Doh Roti Dapur Noxxa

As-salam.

resepi pinjam dari Dapur Noxxa, terima kasih kongsi resepi.

Bahan-bahan :

300ml air (kalau pakai air sejuk roti dia lagi empuk)
250gm butter (1/4 butter)
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar tepung susu
1 paket mauripan (11gm)
500gm tepung hi-protein (gandum pun boleh cuma strukturnya kurang cantik)

Langkah-langkah :

1.  Masukkan semua bahan2 tersebut dalam mesin penguli noxxa.
Nota : pastikan air, butter, garam, gula, tepung susu dimasukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan tepung sebab mauripan mesti berada di atas tepung roti tu.  Mauripan tidak boleh terkena air langsung jika tidak doh roti tidak menjadi.

2.  Masukkan mesin menguli ni ke dalam noxxa breadmaker dan pilih program 10 untuk buat doh.
Nota : Untuk program ini, masa yang diperlukan untuk menguli adalah selama 1 jam 30 minit tapi biasanya Dapur Noxxa akan ambil masa 30 minit sahaja.  Kalau biarkan selama 1 jam doh akan kembang sekembang2nya.  Terpulanglah pada kesabaran masing-masing.

3.  Kebiasaanya biar mesin tu uli selama 5 minit baru saya keluarkan untuk ratakan tepung uli itu.  Lepas tu sambung uli lagi hingga selesai.

4.  Panaskan oven noxxa, untuk bakar roti pilih temp 190 darjah celcius, set masa 18 minit.
Nota : Kalau roti masih belum perang boleh tambah 2 minit lagi.

5.  Bila masak keluarkan dari pembakar.  Sapu butter atas roti ikut suka rasa masing-masing.


6.  Makan panas-panas sedap kan.


Terima kasih daun keladi Dapur Noxxa, nanti nak copy resepi lain plak.

Gambar hiasan dari cupcakepedia, banyak juga resepi di cupcakepedia, bolehlah layar ke cupcakepedia.

Kalau hendak cuba buat Bread Crumbs atau serbuk roti, resepinya di sini : homemade bread crumbs



No comments:

Post a Comment