Tuesday 22 December 2015

DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK

DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK
1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5
5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....

Khasiat buah Mulberry

As-salam.

Zulkifli Alias to Laman Herba Dapur, Perubatan, Lanskap & Alam Sekitar
Khasiat buah Mulberry ialah :
1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
Cara penanamannya, potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .

FB Cara Pakai Shawl Yang Unik


As-salam.

Link ke FB Cara Pakai Shawl Yang Unik. (sila klik ya)

Ada pelbagai cara pemakaian shawl kat FB ni emm simpan untuk rujukan.

Thursday 17 December 2015

SELAWAT TAFRIJIYYAH

as-salam.

SELAWAT TAFRIJIYYAH
(NOTA: Yang terbaik adalah dibaca seikhlas hati tanpa dikira bilangannya, bukan kerana hajat2 tetapi kerana kasih, rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW.)



Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah

Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.



Sunday 13 December 2015

Ubat Batuk : madu dan lemon

As-salam.

Resepi ubat batuk yang dibuat dari madu dan lemon.

1) Basuh lemon hingga bersih :  Gunakan cuka epal ~ Masukkan lemon dalam semangkuk air bersama secawan cuka epal.  Biarkan selama 20 minit, kemudian baru angkat.

2) Bila lemon sudah benar-benar bersih, potong lemon dan masukkan ke dalam balang.
3) Masukkan madu ke dalam balang berisi lemon hingga menutupi semua lemon. Jika madu agak pekat, rendamkan sekejab botol berisi madu ke dalam air panas hingga madu agak cair dan mudah untuk dituang ke dalam balang.  Tutup rapat balang.
4) Simpan dalam peti sejuk!
5) Untuk buat minuman, ambil sesudu madu bercampur lemon dan masukkan ke dalam secawan air panas. 


Note – Kualiti produk yang dihasilkan bergantung kepada persediaan awal dan kualiti bahan-bahan yang digunakan.  Pastikan lemon yang digunakan segar dan madu asli.   Sebahagian besar produk madu yang dijual di pasar raya tidak 100% asli, jadi hati-hati.


Check out this List Of 100+ Raw Honey Suppliers

Thursday 10 December 2015

Kau Aku Kita






Habis da cerita Kau aku kita untuk minggu nie.. jgn lupe temujanji kita minggu depan ok...Ok nie hadiah sis untuk Uollss untuk mengubat rindu 󾌬󾌬󾌬󾌬󾌧󾌧 #kauakukita #sayangakurindu #Bahrain
Posted by Resepi Sheila Rusly on Thursday, 19 November 2015

Fungsi Bismillah Lima

Assalammualaikum 
😊
Fungsi Bismillah Lima :



Awesome Ke

As-salam.

Perkongsian dari rakan di FB, sangat menarik.  Saya telah cuba di Microsoft Word memang jadi.

Be careful before printing the paper with the name of our prophet as we don't want that paper to get dirty or don't want it to go in trash. Only print if its very necessary.



Wednesday 9 December 2015

food court waste into a beautiful rooftop garden

as-salam.



Mall employees are turning food court waste into a beautiful rooftop garden
Posted by NowThis on Monday, July 27, 2015

Tuesday 8 December 2015

Awas...Tong Gas Anda


Awas...
Jangan Beli Jika Tong Gas Ada Yang Macam ni!!!
Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kerana seluruh penduduk samada di Malaysia atau di serata dunia menggunakan gas untuk memasak
Kalau sewaktu anda ingin membeli gas yang baru dan jika terjumpa atau ternampak besi samada satu atau dua yang dilekatkan di tangkai pemegang tog gas tersebut, elakkan daripada membelinya
Tujuan besi tersebut dilekatkan di situ adalah bagi menipu pengguna. Ianya bertujuan menambah berat tong tersebut sedangkan isinya kurang dan tidak mencukupi sebagaimana yang tercatat pada tong gas tersebut
Begitu ramai pengguna telah terpedaya kerana gas cepat habis walaupun hanya digunakan beberapa kali untuk memasak berbanding sebelumnya
Jika terjumpa atau terbeli tong gas tersebut, bolehlah dibuat aduan kepada KPDNKK untuk diambil tindakan. Dan tong gas yang sudah terbeli akan digantikan semula dengan tong gas yang sebenar atau wang akan dikembalikan semula selain daripada tindakan yang dikenakan ke atas peniaga yang menjualnya
Mohon Share kepada Semua....