Thursday 28 August 2014

Qoutes

salam







Pesta Buku dan Komputer Kelantan

salam.

Joms datang beramai-ramai ke Ekspo Buku dan Komputer Negeri Kelantan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 29 Ogos 2014.




Wednesday 27 August 2014

Rak Pembahagi Ruang atau Almari Pelbagai Guna

salam.

 Hari mari kita tengok koleksi rak serba guna yang boleh dijadikan dinding pemisah antara ruang di dalam rumah.  Rak kayu pelbagai fungsi ni akan menaikkan seri pada runag tamu, dapur atau dalam bilik tidur.



Rak kayu berbentuk 4 segi dengan rak yang berselang-seli jika dihias dengan bunga dan frame gambar serta disusun pula dengan buku-buku pasti menambah keceriaan di ruang tamu.



Putih bersih mencerahkan ruang tamu.  



Rak yang unik ini pastinya akan mencuri tumpuan tetamu yang berkunjung ke rumah idaman hati.

Tuesday 26 August 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah


salam.

Kalu sebut je pasal Tuan Rumah Pembantu Rumah semua dah terbayang-bayang pelakon yang comel dan hensemkan.












Memang BEST drama bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah, kelakar.  Saya suka tengok sebab jalan ceritanya menarik dan lucu.  Satu lagi sebab ialah saya berkenan dengan deco dalam dan luar RUMAH Tuan Rumah kepada Pembantu Rumah.







Hampir semua ruang atau bilik kat rumah ini ada pintu cermin dan diluarnya ada taman atau ruang rehat yang cantik.

Apalah yang dibebelkan oleh ASHA tu....


Contohnya ruang tepi dapur (kalu tak silap) ... siap ada tempat main basketball.

Tempat Asha main dan enjoy !!








Gambar ini pula dalam dan luar bilik IM.











Bilik Dr. Emir Jihan di sebelah bilik IM.








Lepak-lepak di Sudara Beach Resort

salam.

Lepak-lepak di Sudara pada 11-13 Mac 2014 : Antara hutang-hutang entry yang perlu diselesaikan.  Maaflah ya.

Maklumlah sudah berlapuk gambar-gambar dan cerita dalam PC tidak di sunting dan upload ke blog sejak awal tahun 2014.

 Walaupon hanya dua/tiga hari di sini, tempat ini memang cantik dan sesuai untuk bawa keluarga bercuti dan berehat.

Boleh rujuk portal rasmi Sudara untuk dapatkan maklumat lanjut dan gambaran yang lebih jelas.


Sudara Beach Resort
Lot 128 Mukim Telong ,
Jalan Tok Bali, 16300
Bachok, Kelantan.
Phone: +609 778 8880 ,
Mobile: +012 319 0009
http://www.sudarabeachresort.com.my/

Projek Tanam Bunga !!!

salam.

Hari ini kita kongsikan tanaman bunga-bungaan di kediaman IsyRAQ Rest House.  Kami tanam pokok bunga yang senang hidup dan senang untuk diurus SEBAB kami jarang berada di rumah a.k.a kurang kerajinan - heheheh












Bunga balung ayam : merah baldu cantik sangat, makin hari makin besar saiz bunga, terpaksa ikat pada pagar rumah supaya tidak patah atau tumbang.


Bunga kemboja : walaupon kecil tapi berbunga lebat.



Pokok kemunting cina bewarna putih dan merah : sangat senang tumbuh dan hidup subur



Walaupon taman kami tak cantik dan dalam proses ubah suai, bunga-bunga yang bewarna-warni menaikkan seri di persekitaran rumah.

Monday 25 August 2014

Che Uteh Si Arnab Yang Gebu

salam.

Anak-anak suka sangat bermain dengan arnab.  Jadi kami ambil keputusan untuk membeli dua ekor arnab.  Seekor berwarna coklat dan seekor lagi bewarna putih.  Arnab yang bewarna coklat telah mati setelah 5 bulan kami bela.

Ini pula arnab putih kami.  Gambar ini diambil seminggu sebelum Che Uteh menghilangkan diri !!








Renovation Pintu Utama

salam.

Bercerita pasal ubah suai kediaman yang tak habis-habis.  Mungkin sebab kami buat sikit-sikit atau kata orang orang putih STEP By STEP.  Ada budget buat 1 fasa kemudian tambah lagi 1 fasa.  Jadinya rumah kami nampak macam tak siap-siap HEHEHE nasib lah nak buat cam mana !!!

Sekarang ni tengah ubah suai pintu utama rumah kedai, menukarkan dari pintu besi yang boleh lipat-lipat kepada pintu kayu berkaca dan 2 buah tingkap kecil.

Hasilnya .....

pasang batu bata dan tingkap serta frame pintu

proses tampal plaster simen

plaster simen dan pintu telah siap dipasang

Langkah seterusnya adalah mengecat dinding yang baru ditampal dengan plaster dan juga pintu serta dua buah tingkap kayu.

Agak-agak apa pilihan warna yang sesuai.  Tunggu entry akan datang.

Sebagai panduan :
Pintu Dua Daun - RM1600
Frame Pintu - RM160
Tingkap + Frame + Sisip Angin - RM426
Kunci dan pemegang pintu - RM500
Kos upah pasang kunci dan pemegang - RM90
Kos upah konkrit dan plaster - RM500
Kos upah pasang pintu - RM230


Lelain kos seperti simen plaster, pasir plaster, simen biasa, pasir konkrit, engsel pintu, selak pintu tidak termasuk dalam kos di atas.  Jadi kalau nak buat anggaran kasar sebelum ubah suai rumah bolehlah dijadikan panduan. 

Kawasan kami kos bagi pasir untuk konkrit RM80-90 satu lori, pasir plaster RM100 ke atas.



Sunday 24 August 2014

Kanak-kanak Menyambut Merdeka 57 Tahun






salam.
Kids n Merdeka Days




Malaysia ... Rindu Awak 200%


salam... Malaysia, moga awak terus maju !!!


Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Peringkat Negeri Kelantan 2014

 salam.

selamat berkonvensyen semua yang hadir !!!




Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

salam.
Gambar2 ni saya dapat dari google, then saya edit, save as PNG. Jadi saya upload semula untuk kegunaan bersama bagi yang memerlukannya.
Untuk makluman JPN Kelantan telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Kuala Krai.  Alamat terkini ialah :
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong
16010, Kota Bharu
Kelantan

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan terdiri daripada 10 sektor.  Hanya 6 sektor yang berpindah ke Bandar Baru Tunjong iaitu :

1. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
2. Sektor Pengurusan Sekolah
3. Sektor Pengurusan Akademik
4. Sektor Pengurusan Pembanguna Manusia
5. Sektor ICT
6. Sektor Jaminan Kualiti

4 sektor yang masih berada di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan ialah :

1. Sektor Pendidikan Islam
2. Sektor Penilaian dan Peperiksaan
3. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
4. Sektor Psikologi dan Kaunseling

Alamat bagi sektor yang masih beroperasi di bangunan persekutuan :

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Jalan Doktor,
15000, Kota Bharu
Kelantan

Sebagai perkongsian disertakan gambar Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan : Hj. Hussain Bin Awang dan gambar logo terbaru Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Gambar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof dan Menteri Pendidikan II : Dato' Idris Bin Jusoh.  Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 : logo Hari Kebangsaan ke 57.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (2014)
logo Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (2014)

Menteri Pendidikan II (2014)














Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia





Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke 57