Thursday 28 February 2013

2 Bulan Berlalu

salam.

hari ni dah 28 feb, hari terakhir di bulan Feb 2013.  Ding dong dah abis 2 bulan di tahun 2013.  Apa pencapaian yang dah dibuat takat ni ya !!!

kalu bab menulis blog, bulan ni tak mencapai target sehari satu entry  emmm nak cuba cover entry yg tertinggal tapi masa agak terhad.  Ada cerita tapi tak sempat nak menulis.  Sori le kalu terjupe entry yang hanya ada gambar dan sepatah dua kata, niat hati tu nak upload gambar dulu lepas tu menulis bila ada ruang walaupon dalam sesaat dua.  Tapi nampak gayanya hanya tinggal niat.

Dah dekat 3.30 petang, dah time balik. Selamat menyambut bulan Mac. wasssalam.

Harga Kereta Jepun & Australia Turun !

salam.

Pengumuman dari Berita Semasa 

Harga Kereta Jepun & Australia Turun Menjelang Pilihanraya Umum ke 13!

Pengumuman akan dibuat oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI).

Petikan dari Berita Semasa : 

Berapa peratus agaknya cukai import kereta Jepun & Australia bakal diturunkan 5%, 10% atau…..?
Adakah hanya sesetengah kereta sahaja daripada Jepun dan Australia atau apa sahaja?
Adakah mungkin selepas kita akan melihat dan mendegar kereta Conti pula akan diturunkan? Mungkin?
Adakah ini termasuk pemegang AP yang menjual kereta recond Jepun atau ia terhad kepada pemegang francais pengedar-pengedar rasmi sahaja?


emmmm ramai yang menunggu pengumuman KENAIKAN GAJI YANG DIJANJIKAN PADA HUJUNG MINGGU LEPAS ATAU AWAL MINGGU NI .... elo elo elo sekarang dah kamis, dah abis minggu ni, takde pon pengumuman sebagaimana yang tertera dari BERITA SEMASA !!!

teringat lagu Raja Ema ... angan-angan  .... lahai dah banyak berangan bila tau gaji naik, berjela-jela dah list barang yang nak dibeli ... ahakssss.


Monday 25 February 2013

Thai Festival 2013 Negeri Kelantan

salam.

Thai Festival 2013 Negeri Kelantan @ Dataran Muhammadi (sebelah Bazaar Tengku Anis & Masjid Besar Muhammadi, berdekatan Restoran Nasi Ulam Cikgu) pada 25 Feb - 3 Mac 2013


Pakat Magri Blako, Masuk Freeeee

Thai Festival | Facebook (www.facebook.com/ThaiFest)

Sunday 24 February 2013

Taman Rekreasi Tengku Anis Pasir Mas

salam.


Hari minggu lepas, sempat bawa anak beriadah di Taman Rekreasi Tengku Anis di Jalan Pasir Mas-Rantau Ranjang.



Kawasan ni nampak macam tak terurus.  Pengunjung pon tak ramai.  Mungkin disebabkan jauh dari kawasan perumahan.










Ada mainan yang dah rosak dan nampak uzur.  Satu lagi, mainan di letak kawasan yang berumput maka bila hujan, padang basah dan becak .... memang sangat tidak sesuai untuk biarkan anak-anak bermain.


Tarian Singa

salam.

Tarian singa ...setelah sekian lama mencari akhirnya terserempaklah dengan kumpulan tarian singa di Bandar Pasir Mas minggu lepas.

Kebetulan plak masa tu memang meronda dengan anak, apa lagi bukan main seronok dia bila di bagi tau ada tarian singa.  Laju je dia jalan ke arah bunyi paluan gendang.

Bila dah sampai dekat dan tengok singa tergedik-gedik menari .... apa lagi dia menjerit sekuat hati " IBU TAKUT " sambil memeluk kaki ibu dan menangis teresak-esak.  Kesiannya anak ibu, tadi bukan main excited nak tengok.

Puas ibu pujuk, macam-macam ibu explain yang menari tu hanya 'abang-abang' je, tak perlu takut. 

Malah dia tengok sendiri diorang buka 'baju singa' dan melipat-lipatnya masa kumpulan penari berehat sekejab (time ni dia berenti menangis).  Tapi bila diorang pakai balik dan sambung menari, dia menjerit-jerit takut, menangis dan minta didukung.

Dah tak de pilihan lain, ibu bawa je anak berlalu dari situ ... segan pon ada sebab orang dah gelak-gelak kat anak ibu.

Selang beberapa kedai, dia ajak ibu patah balik tengok tarian singa .... emmm tak sanggup ibu nak pusing balik sebab ibu dah tak sampai hati tengok anak menjerit-jerit ketakutan.  Tengok lah tahun depan kalu ada kesempatan dan usianya bertambah matang, insya Allah boleh tengok lagi tarian singa atau naga.  

Sekarang ni pandai plak dia amik kain selimut letak kat kepala hingga belakang dan menari TARIAN SINGA tayang kat adik sambil mulutnya becok menyannyi "cheng cheng ke cheng ke cheng" ikut rentak lagu tarian singa.  Ibu hanya senyum dengan kelatah anak-anak.  Terima kasih Allah atas kurniaan MU, ALHAMDULILLAH.




Wednesday 20 February 2013

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik Minggu Depan?

salam.

BERITA SEMASA : 20 Feb 2013

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitarRM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
petikan dari : Berita Semasa
Catatan 24 Feb 2013 : Aku masih menunggu2 pengumuman dan kebenaran BERITA ni, hingga ke hari ni belum ada apa-apa yang keluar di surat khabar atau JPA atau apa-apa saluran berita yang lain.

Sunday 17 February 2013

Ekspo Buku Islam 6, Putrajaya

salam.

kepada kawan-kawan yang ada kesempatan mengunjungi Expo Buku Islam di Putrajaya, boleh dapatkan buku-buku tulisan Prof Dr Muhaya di Booth No.031 di sebelah pintu masuk utama.

Kalu ler kami berkesempatan menemui beliau secara LIVE face to face ... emmm bestnya.  Suka sangat-sangat dengan gaya penyampaian dan penampilan beliau.  Banyak sangat tips muhasabah diri dan pelbagai lagi maklumat berguna yang beliau sampaikan.

Jumaat lepas, sempat dengar Tanyalah Ustazah kat TV9 (hanya mendengar sbb TV kat ruang tamu dan kami sedang tidurkan warga IsyRAQ Rest House kat bilik !!!) .

Buku-buku Prof Muhaya boleh juga beli online ( http://www.assohwah.com/ ).


Maklumat lanjut dari FB Prof Muhaya : http://www.facebook.com/profdrmuhaya



Thursday 14 February 2013

Langkah Ceria @Putrajaya

salam.

Langkah Ceria @Putrajaya siri 2 akan berlangsung pada 17 Februari 2013 (Ahad) bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 bermula jam 7.00 pagi.
Pendaftaran di tapak acara.

Ayuh jayakan bersama rakan dan keluarga!!!

Kawan-kawanku nun di Putrajaya sana, sambutlah seruan tuan rumah, pakat gi ramai-ramai ke LANGKAH CERIA !!!!

Temuduga Terbuka Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

salam.
 sila hadirkan diri anda di temuduga TERBUKA seperti di bawah :


Maklumat lanjut sila layari portal SUK Kelantan.

Guru Muda 1Malaysia Zon Utara

salam.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di SMK Hutan Kampong, Alor Star Kedah, 16 Feb 2013.  Zon Utara terdiri dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong atau nama ringkasnya SMK Hutan Kampong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hutan Kampong.
sumber dari portal rasmi SMK Hutan Kampong

Ketua Penggerak Utama GM1M Kedah, Cikgu Razeff Shardin Mat Rejab (SMK Yan) memaklumkan  acara-acara menarik seperti sukan dan permainan tradisional yang mana sesetengahnya sudah tidak dimainkan lagi oleh anak-anak muda sekarang.  Permainan yang dimaksudkan ialah permainan tuju tin, timbang bulu ayam, sepak raga bulat dan tendang penalti.

Gerai masakan juga ada dan pastinya mempromosikan kesedapan dan kelainan masakan utara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tiba jam 10.00 pagi dan akan disambut oleh pihak urusetia beserta Ketua Penggerak Utama GM1M dari negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

TPM akan mengunjungi kiosk pameran dan menyaksikan permainan tradisional.  Tan Sri Muhyiddin juga akan mengadakan sesi dialog bersama guru-guru muda di Zon Utara sebelum merasmikan Himpunan GM1M.

Semua guru muda yang hadir hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang akan dibuka jam 7.30 pagi.

maklumat lanjut di http://gm1monline.blogspot.com/ dan http://www.facebook.com/GM1MALAYSIA . Jumlah like di FB sekarang 4966. Selamat mengLIKE guru-guru muda di UTARA sana. Pastikan angka LIKE mencecah ke 7000 ... gud luck.

Catatan 17 Feb 2013
Jumlah LIKE di FB gm1malaysia hari ni 5517 emmm tak banyak peningkatan dari 4966 ke 5517, lebih kurang 551.  berdasarkan laporan dari Buletin GM1Malaysia, penyertaan ramai so kenapa ya jumlah LIKE nya tak banyak ???

May be ada masalah talian semasa program berlangsung so tak ramai yang dapat LIKE FB.



Majlis Menghafaz Al-Quran Negeri Kelantan

salam.

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan akan berlangsung pada 17 Feb 2013 hingga 21 Feb 2013 iaitu pada hari Ahad hingga Khamis minggu depan.  Jomms pakat pegi memeriahkan majlis di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari nagi sesi pagi, manakala sesi petang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.


Majlis Penyampaian Hadiah pada 22 Feb 2013 hari Jumaat jam 8.40 malam di tempat yang sama.  Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, so sila datang awal sebelum majlis bermula.

Gud Luck kat semua peserta.  Setiap yang baik tu elok di perbesar-besarkan dan dihebah-hebahkan.

Maklumat asal dari : http://www.facebook.com/KelantanGov



Happy BDay

salam.

14 Feb 2013 : Hari Kelahiran adik ku .... selamat hari kelahiran yang ke ?? erklkk tak kisah lah yang keberapa janji we all semua happy dengan kelahiranmu ke dunia ini.  dan kami tumpang happy atas kebahgiaan rumahtangga .... dah dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 perempuan ALHAMDULILLAH.  Sentiasa gamat dan riuh rendah rumah dengan suara anak-anak yang sedang membesar serta bijak bercoleteh.

Masing-masing tak nak kalah dengan idea dan cerita setiap kali bertemu.  Walau pon sesekali berjumpa dengan keluarga di kampung kemesraan dan keakraban anak-anak sangat terserlah.  Semua manja dengan Tok Bah dan mak/pak sedara, begitu juga dengan sanak saudara di kampung.

Ucapan selamat hari lahir juga kepada kenalan lain yang menyambut hari lahir pada hari ini 14 20 2013 semoga dirahmati Allah di dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday 13 February 2013

Salam Februari 2013

salam.

hari ni dah 13 Feb 2013 (13-02-2013) : satu tarikh yang cantik juga di tahun 2013.  Dalam kehangatan tahun baru cina, masih belum terlambat nak ucap selamat tahun baru kepada keturunan tionghua sama ada di malaysia atau di luar malaysia.

Sedaya upaya cuba menulis blog yang dah lama berabuk !!!  Setiap hari hanya sempat tengok sambil lalu tapi tak sempat nak mengarang.

emmm IsyRaQ Rest House dipenuhi rakyat jelata sepanjang musim perayaan ni.  macam biasa bila tiba musim cuti panjang begini, IsyRaQ Rest House mengalami masalah air.  Kali ni kami cuba atasi dengan menambah satu lagi tangki besar.  Alhamdulillah, semua penghuni IsyRaQ Rest House mendapat cukup bekalan air.  Nampak gayanya kami kena tambah satu lagi tangki besar bagi menghadapi musim kemarau dan cuti sekolah pada bulan Mac nanti.

Kepada semua penghuni IsyRaQ Rest House kami ucapkan terima kasih daun keladi, ada kelapangan sila kunjungi kami lagi.  Kami warga IsyRaQ Rest House amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung.  Kami harap semua pelanggan-pelanggan kami berpuashati dan selesa dengan kemudahan yang ada.  Kami juga memohon maaf atas segala kelemahan yang tidak dapat kami penuhi.

Kami warga IsyRaQ Rest House akan terus menambah baik kemudahan yang ada dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan demi kebaikan pengunjung.

Wednesday 6 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina

salam.

Dah dekat CNY baru perasan tahun ni tahun ular.  Happy Chinese New Year.  Moga tahun ni lebih menceriakan semua.




Nak pegi cari tarian naga ke, tarian singa ke ... nak tunjuk kat anak-anak.


13 02 2013 : catatan tambahan

Sehingga hari ni tak bertembung pon dengan acara tarian singa atau naga.  Anak-anak tengok dalam TV je, kesian plak.  Mula-mula tengok cam excited pastu masing-masing menyuruk balik ibu ....takut.   Lahai anak ibu, ni baru tengok kat TV, kalu real camne le rupa gayanya.


Ni sesaje je tempek kan promosi tupperware sempena CNY.  Maklumlah ada pelbagai promosi sampai kan kite tak pasti samada harga promosi tu harga murah atau sekadar paparan untuk menarik perhatian saje.

Kentang

salam.

Kentang ni dah lama beli, konon-konon nak buat whipe potato tapi tak pernah jadi.  Tiba hari nak buat potato dah tinggal 3 biji je !!!


Tapi disebabkan nak menyampaikan hajat dihati dan nak test resepi dari MyResipi, so jadi le cenggini.   emmm alamak dah lupa plak refer (print resepi mana).  Nanti le nak kena cari dulu dan pastu baru bulih paste kan kat sini untuk rujukan bersama.

Bagi orang macam kami ni yang pertama kali buat kentang lenyek, sure rase sedap jeee hehehehe.



Tok Bali

salam.





Sayur Keladi

salam.



Imbasan Banjir


Suasana di tepi sungai selepas air surut semasa banjir di awal januari lepas.

Jeti sepi menunggu pengunjung dari seberang.


sayup-sayup kelihatan jeti di seberang sungai.

Jabatan Pelajaran Kelantan

salam.
Cantik tak bangunan ni.  Ni le jabatan pelajran di bandar tunjung (wakaf che yeh)

Masih belum diduduki.  Ada kubah macam masjid plak.




Nasi Goreng dan Sardin

salam.

 Sardin

Ni pon kes nak cepat, so masak sardin lagi.  Then goreng nasi lebihan hari sebelumnya.  Nasi goreng putih ala-ala nasi goreng cina :P


Nasi goreng simple je, makan dengan sardin !!

Projek Tanaman

salam.

Cili

Cili yang ditanam dah mula berbunga.  hehehe dah lupa benih yang tumbuh ni jenis apa. so tunggu tengok buah baru tau cili padi ke cili besar.



Halia

Halia juga mula menampak diri.  Tumbuh kecik je, masih malu-malu kot.



Lengkuas

lengkuas ni dah ada benih yang besar, ni tanaman tambahan.  Ada 3 pokok/perdu yan baru di tanam.


Serai

Serai ni tanam banyak perdu tapi yang menampak hyasil dalam 3 perdu je.

Kalu ke tiga-tiga subur, memang tak abis makan dah ni.  Dah terlebih-lebih banyak nye.

Sesapa yang datang berkunjung ke isyraq rest house, dipersilakan memetik.

Sardine & Spiral Pasta

salam.
Masak sempoi-sempoi dipagi Jumaat (tah pagi jumaat bape ari bulan), hehehe dah lama sangat terperuk gambar ni dalam PC.


rebus je semangkuk pasta spiral dan sesambil tu masak sardin.

Nak makan ngan sekor ikan sardin terus atau pon hancur-hancur kan dulu ikan, pastu baru ngap.  Dua-dua sedap.  Ada rasa pasta dan sardin !!!! hehehe


Spiral pasta with egg : special for my kids

Boh je telor sebijik dalam kuah sardin, hidangan untuk anak-anak.

Little Banana Cup Cake

salam.

Banana Cup Cake dari Pasar Siti Khadijah.




masa pegi meronda pasar khadijah, ada cup cake pisang biasa dan coklat, so beli campur2.

yum yum sedap makan panas-panas.


Harganya 8 biji = RM1.00, 100 biji = RM12.00

semasa ulang tayang membeli cup cake 2 hari lepas, ada plak cup cake pisang berperisa pandan.  Harganya masih sama, 8 biji bagi RM1.00.




Kalu nak bagi hadiah atau buah tangan, dah ada siap dalam packing yang proper / cantik skit.  Cakap je nak berapa ringgit dan jenis apa.

Tinjau Opis Baru

salam.
Awal Pagi tadi 6 Feb 2013, sempat pegi meninjau ke Pejabat baru...emmm banyak lagi yang tak siap. Tak tau le bila dapat pindah sana.  Perabut kat gambar ni je yang ada.


Kabinet Dapur kat Pantry di Ground Floor.


Laluan masuk utama, terus ke kaunter pelanggan.


Kabinet dalam bilik bos-bos dan pegawai.


Bilik air perempuan, ada 3 sink dan 3 toilet.


Ruang pantry di tingkat 2, lebih besar dari ground floor dan  view cantik melalui cermin depan dan sisi kanan.