Monday 27 July 2015

KARIPAP BLACKPEPPER SEDAP

As-salam.

Selalu berniat dalam hati nak belajar buat karipap emmm simpan dulu resepi yang dikongsikan dari FB Saya Suka Memasak added 4 new photos.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada yg bertanyakan tentang resepi karipap yg saya jual.katanya lain dari yg lain.
Ya betul,memang lain.kalau selalunya inti karipap dimasak dengan rempah kari,tapi kali ni inti dimasak dengan serbuk rempah kurma dan serbuk rempah sup.menarik kan?
Dohnya juga menarik kerana ada dicampurkan sedikit jus limau kasturi.tak pasti apa tujuannya tapi percayalah,campuran dengan jus ini menjadikan doh lebih sedap. Cubalah!
Terima kasih pada kak siti musainah atas perkongsian. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki akak 😊


Resepi: KARIPAP BLACKPEPPER SEDAP
-----------------------------------
●Bahan Doh:
1kg tepung gandum
3 senduk minyak masak (dipanaskan)
3 biji limau kasturi (diambil airnya)
4 cawan air sejuk dari peti ais
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak. Tuangkan perlahan2 di dalam tepung gandum yg telah dicampur dengan garam. Gaul menggunakan sudip kayu sehingga nampak menjadi seperti serbuk roti (hati2 ya panas!)
2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan juga jus limau kasturi dan uli sehingga doh tak melekat di tangan. (Jgn terus tuangkan air. Mcm saya sendiri air tak habis digunakan)
3. Perap doh di dalam bekas tertutup (saya simpan dalam tupperware bertutup) selama 10 minit. Bulat2kan kecil sebesar bola golf. (Bola golf? Hihihihi).
4. Gelek doh dan isi inti serta boleh dibakar atau digoreng sebentar jika ingin dijadikan frozen 😊
-------------------------------------
●Bahan Inti:
.Beberapa biji kentang@keledek potong dadu (saya campurkan kentang + keledek jepun)
Sebungkus daging/ayam kisar
3 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
Sedikit air
Daun sup/daun bawang - dihiris kasar
Garam/gula/perasa.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak. Goreng kentang dan keledek separuh masak.
2.Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan daging/ayam kisar. Kacau sehingga daging masak. Masukkan serbuk2 rempah kurma dan sup. Kacau lagi sehingga sebati
4. Tuangkan sedikit air dan perlahankan api untuk biarkan rempah garing dan masak.
5. Setelah nampak rempah2 agak garing, masukkan kentang dan keledek,kacau lagi sebati. Masukkan black pepper,garam gula dan perasa ikut tahap yg disukai jiwa raga.
6. Masukkan daun sup/daun bawang yg dihiris kasar. Siap!

=========================================================

Susu Kambing Kurma Madu Vanilla Coklat


Paling BEST sebab ia sangat-sangat berkhasiat dan sedap. Biasanya orang paling takot nak minum susu kambing sebab takot bau hamis dan alahan dengan SUSU. Tp SKKM Vanila Coklat ni TAK BAU HAMIS LANGSUNG dan TERASA RASA COKLATnya membuatkan RAMAI menyukainya dari anak kecil, remaja hinggalah dewasa!

Joms pakat cuba susu kambing kami.
FB kami : https://www.facebook.com/lakusokmo/

018-9105227

 

No comments:

Post a Comment