Thursday 29 January 2015

Bunga-bunga Liar

As-salam.

Hari nak rasa nak tengok bunga-bunga liar yang cantik dan jarang jumpa walaupun di alam maya.

Pelik tetapi sangat cantik dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat.

Pasti kita teeeertanya-tanya bunga jenis apa dan kat mana boleh tengok secara life.








Kredit kat jurufoto yang ambil gambar-gambar ni dan kongsikan pada tatapan umum.







Monday 26 January 2015

Ruang Cucian (laundry)

As salam


Kabinet tempat simpanan peralatan mencuci seperti vakum, mop, penyapu, tuala dan lain-lain lagi.  Begitu juga bahan-bahan berkaitan pembersihan rumah seperti serbuk dan cecair pencuci pakaian, pinggan mangkuk, sabun mandi dan lain-lain.


Mesin basuh, iron dan iron board serta bermacam kelengkapan mencuci.  Akak suka warna dinding.  Susunan perabut agak kurang kemas (ni pandangan mata akak je tau) mungkin sebab tiada daun pintu untuk menutup kabinet barang-barang dan juga iron serta iron board.


Bilik mencuci pakaian yang besar, siap dengan kabinet pelbagai guna emm apa yang missing kat sini ???  iron dan iron board ??? tapi ada mesin jahit sekali - satu idea yang sangat bagus untuk menyusun semua keperluan mencuci dan menjahit.

Wednesday 21 January 2015

Deco : Cantikkan Ruang Kecil

As salam.

Hasil surfing tempat penyimpanan yang kecil, cantik dan menjimatkan ruang.

Pelbagai barangan bekalan makanan atau dapur boleh disimpan dengan rapi dan teratur.

Ada jam dinding dan tempat simpanan surat dan nota-nota kecil.



Ruang-ruang kecil di bawah kabinet dapur juga sesuai dijadikan tempat simpanan makanan dalam tin.  Agak-agak ada ke ruang kecil kat dapur rumah nak buat macam nih emmm berangan !!!!




Celah antara kabinet dapur dan almari atau peti sejuk, kalu tepi dapur masak boleh letak kicap, sos tomato, sos tiram dan pelbagai lagi .... senang nak masak !!!



Antara pintu dan peti ais, padat dan kemas.



Akak suka sangat yang nih, tempat simpanan papan pemotong di pintu kabinet.

Tuesday 20 January 2015

Belajar kenal ABC, mewarna

As salam

Page yang sesuai untuk anak-anak belajar kenal ABC, mewarna dan lelain lagi :

http://www.raisingourkids.com

http://childcoloring.blogspot.com

http://www.learning-years.com


Sunday 18 January 2015

Renovation Ruang Makan

As Salam.


Kos bagi pemasangan tiles di ruang makan :

1.  Saiz tile 1 kaki X 2 kaki => RM4.00 sekeping
        60 keping X RM 4.00 = RM RM240.00 (tiles color kuning air)
2.  Harga simen RM 18.00 per pack = 1 pack bagi 3 keping tiles
3.  Harga simen (gam) RM 25.00 per pack
4. Upah pasang tiles = RM2.80 sekaki






Jangan lupa hidangkan mata kita dengan sample ruang makan dan tiles dari carian google.




Deco tiles yang comel.

Renovation Living Room (Ruang Tamu)

As Salam.

Home sweet home dalam proses naiktaraf ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Sesambil tu boleh layan gambar ruang tengah yang cantik hasil carian google.










Almari dua muka - betul ke tak istilah ni.  Satu idea yang menarik untuk dibuat kat ruang tamu atau mana-mana bahagian yang sesuai.


Dikongsikan kos bagi memasang tiles di ruang tamu :

1.  Saiz tile 1 kaki X 2 kaki => RM4.00 sekeping
        60 keping X RM 4.00 = RM RM240.00 (tiles color grey)
2.  Harga simen RM 18.00 per pack = 1 pack bagi 3 keping tiles
3.  Harga simen (gam) RM 25.00 per pack
4.  Upah pasang tiles = RM2.80 sekaki






Berkenan dengan frame kat dinding yang ringkas dan cantik, nampak moden dan kreatif.


Thursday 15 January 2015

Pasca Banjir

Assalam.

Sekarang musim pasca banjir, semua pihak menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.  Syabas dan terima kasih kepada semua yang membantu samada dari segi fizikal, material atau pon mental.  Syukur Alhamdulillah. Sememangnya semua mangsa amat memerlukan bantuan seumpama itu.


Monday 5 January 2015

Sepintas lalu 2015

Assalam.

Selamat menyambut maulidur rasul dan selamat tahun baru 2015.  2015 : satu permulaan yang sukar selepas menempuh pelbagai tragedi sepanjang tahun 2014.

Tragedi terakhir, penutup 2014 - kehilangan pesawat Air Asia.  Takziah dan al-fatihah.  Kami  yang telah terputus hubungan beberapa hari disebabkan banjir langsung tidak menyedari berkenaan kehilangan pesawat tersebut.  Malah tidak tahu bahawa pejabat tempat bertugas juga telah ditenggelami air !!!

Kesan banjir jelas kelihatan sepanjang perjalanan ke pejabat pada hari Selasa 30 Disember 2014, begitu menyayat hati.  Setiba di pejabat, rakan-rakan mundar-mandir di lobi dalam suasana suram kerana tiada bekalan elektrik.  Air naik hingga paras lutut di lobi pejabat, banyak juga peralatan pejabat yang rosak.  Sehingga hari ini, aras bawah masih belum disambungkan dengan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan.  Penyaman udara juga masih belum berfungsi di semua aras.

IsyraQ resT houSe :
Bekalan elektrik terputus jam 9.30 malam pada 25 Disember 2014 dan disambung semula jam 2.00 pagi pada 1 Januari 2015.
Bekalan air ke IsyraQ resT houSe telah pulih jam 7.00 pagi pada 5 Januari 2015 selepas terputus sejak awal pagi pada 25 Disember 2014.

Alhamdulillah IsyraQ resT houSe tidak ditenggelami air banjir.