Sunday 29 July 2018

Kita Ni Dah Berusia

as-salam.

perkongsian dari rakan wassap, moga menjadi peringatan untuk diri sendiri.


❄ Wajah Tak Hensome dulu waktu remaja
❄ Lain Didengar Lain Dikata
❄ Lain Dicari Lain Yg Dijumpa
❄ Wang Di Saku Kadang2 Lupa.

❄ Kita Ini dah Berusia
❄ Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata
❄ Sekali Ingat Sekali Lupa

❄ Kita Ni Dah Berusia
❄ Ada Harta Elok Diguna
❄ Bayar Zakat, Derma Ikhlas Masuk Dana
❄ Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila😞😩
❄ Lebihkan Amal Tambah Pahala.
❄ Kita Ini dah Berusia
❄ Intai Sahabat Mana Yang Ada
❄ Ajak Bergurau Ajak Bersenda
❄ Jangan Lagi Kata Mengata
❄ Ajak Berlawak Ketawa Berjela
❄ Lupa Seketika, Kita Ini Sudah Berusia.....

👉🏻                    

Teruskan Berdakwah DiJalan Yg Di Redha Oleh Allah Swt,Walaupun Pahit Sebagaimana Sekali Pun, Dn Ingatlah Jaminan Dari Allah Swt Yg Indah Buat Kalian Semuanya, Jadilah Hambanya Yg Sebenarnya 2 Hamba Yg Taat Dgn Allah Swt🌹✍🏻

Saturday 28 July 2018

Apabila kita tua

as-salam.

Petikan ucapan Allahyarham TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buat diri sendiri dan teman2 @ sahabat semua

Sedap kata2nya :
"Apabila anda tua, rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama, kwn sekolah & rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dgn kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kdg2 menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dpt dilupakan kerana sahabat yg baik sentiasa ada dlm hati & dlm kenangan.”

W/pun byk kali baca tapi kata2 ini amat memberi kesan... 😊😊

Friday 27 July 2018

adik beradik

as-salam

 😔 Seburuk buruk adik beradik...., dia tetap darah daging kita,
 😔Sehina hina adik beradik ...., dia tetap keluarga terdekat kita,
 😔Sejahat jahat adik beradik .... dia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama.

📛Jangan selalu lihat keburukan adik beradik ... sehingga lupa pada kebaikannya.
 ☝🏼Kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan NASIB dalam hidupnya.

😰Ada yang susah ada yang senang ...,
📛 JANGAN kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain...
 ☝🏼kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

📛 JANGAN kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik ....
 ☝🏼Kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

📛 JANGAN terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada ...
 ☝🏼Kerana harta & duit takkan kekal selamanya.

😱Pernahkah kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ¿

😱Pernahkah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ¿

😰Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dikapan kelak ¿
☝🏼Tidak.

😔Adik beradik kita sejahat mana pun dia ...,
 🤢dia takkan jijik menyentuh mayat kita
 ☝🏼walaupun dia hina buruk & jahat dimata kita.

📛 JANGAN terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

🤲🏼Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.

💪🏼Semoga kita selalu ingat siapa diri kita...,
 😔kita hanya hamba yang hina disisi ALLAH.

💘Semoga kita dilembutkan hati DARI perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun kepada manusia lain.

🤲🏼Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Tuesday 17 July 2018

Shauqina Playground

as-salam.

Shauqina Playground terletak di Jalan Rantau Panjang Pasir Mas Kelantan.

Monday 16 July 2018

Pastikan arah kiblat pada 16 Julai 2018

Pastikan arah kiblat pada 16 Julai 2018

BERNAMA
UMAT Islam di Malaysia berpeluang untuk memastikan arah kiblat di rumah atau masjid pada 5.27 petang 16 Julai 2018 apabila matahari berada tepat di atas Kaabah di Makkah, menurut Planetarium Negara.

“Oleh kerana matahari berada tepat di atas Kaabah, maka bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek yang ada di permukaan bumi pada ketika itu akan menghala ke arah Kaabah dan boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat secara semulajadi,” menurut Planetarium Negara dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Orang ramai perlu mencari objek yang berdiri tegak yang dapat menunjukkan bayang-bayangnya apabila terkena sinaran matahari pada waktu itu.

“Orang ramai boleh mendirikan tiang di kawasan bersesuaian dan memastikan tiang berkenaan betul-betul tegak dengan menggunakan peralatan pelaras buih udara yang biasanya digunakan untuk pembinaan bangunan sekiranya tiada objek tegak, selain berpandukan pinggir dinding bangunan yang betul-betul tegak untuk mencari bayang-bayang matahari pada waktu dan tarikh berkenaan.

“Tepat pukul 5.27 petang dan sekiranya cuaca baik di mana anda dapat melihat bayang-bayang matahari daripada tiang yang anda dirikan atau daripada pinggir bangunan atau sebarang objek tegak lain, anda perlu melakarkan garisan bayang-bayang matahari yang terbentuk sama ada di atas tanah atau kertas atau sebarang permukaan yang mudah dilukis atau diguris,” menurut Planetarium Negara.

Kenyataan itu turut menyebut garisan yang telah berjaya dilakar itulah yang merupakan hala ke arah Kaabah atau arah kiblat jika mereka berdiri di satu hujung garisan dan menghadap ke hujung satu lagi garisan pada arah matahari terbenam.

“Orang ramai hendaklah memastikan garisan yang telah dilakar itu dapat dikekalkan tanpa sebarang gangguan atau usaha untuk memadamkannya bagi rujukan pada masa hadapan.

“Setelah arah kiblat diketahui maka bandingkanlah dengan arah kiblat yang biasanya anda ikuti sama ada di rumah sendiri atau di masjid dan surau. Sekiranya terdapat perbezaan maka buatlah pembetulan yang sewajarnya,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, Planetarium Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan menganjurkan Program Pencerapan dan Menandakan Bayang-bayang Matahari pada Isnin ini mulai 4 petang hingga 6 petang.

Program yang diadakan di hadapan pintu masuk Planetarium Negara itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada awam kaedah menentukan arah kiblat melalui pencerapan bayang-bayang matahari.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau email info@planet.gov.my atau melayari laman Web Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my atau Facebook Planetarium Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 9:26 PM

Tahniah Perancis !!

as-salam.

Tahniah Perancis.  Kita tunggu catatan sejarah empat tahun lagi iaitu FIFA World Cup ke 22 pada tahun 2022 di Qatar.

mark the date :  
Nov 21, 2022 – Dec 18, 2022




Sunday 15 July 2018

Last Day World Cup 2018

As-salam.

Akak bukan peminat bola, just follow di hujung kuku je. 

Perlawanan akhir FIFA World Cup 2014 pada 13 Julai 2014 di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro, Brazil menyaksikan Jerman menewaskan Argentina. 

2018 akan berlansungnya perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia.  Good Luck kepada Perancis dan Croatia, tunggu ya jam 11 malam nnt.



Berikut pecahan hadiah FIFA World Cup 2018

PERINGKAT KUMPULAN
USD 8 juta (RM 31 juta)

PUSINGAN 16 TERAKHIR
USD 12 juta (RM47 juta)

SUKU AKHIR
USD 16 juta (RM63 juta)

TEMPAT KEEMPAT
USD 22 juta (RM86 juta)

TEMPAT KETIGA
USD 24 juta (RM94 juta)

NAIB JUARA
USD 28 juta (RM110 juta)

JUARA
USD 38 juta (RM149 juta)

#FIFAWorldCupRussia2018