Thursday 22 August 2013

Cendul Durian

salam.

Musim durian di kampung kami muncul lagi.  Buah musim ni tak banyak tapi cukup untuk keluarga makan, dan sempat juga makan pulut durian.

Isi durian macam biasa lah, terbaik !!!

Semalam terjumpa pula resepi Cendol Durian.  Meleleh tengok gambar kat blog Jaakechik.





Ringkas je resepi dari Jaakechik (akak pastekan kat sini ya Jaakechik + gambarnya sekali ) :


1. santan pekat + sedikit air + gula pasir + gula melaka + daun pandan + secubit garam
2. masak dlm 2-3 minit 
3. biarkan sejuk.
4. pastu curah dalam cendol & durian!!


tribute to CendanaKasih

***kalo letak sedikit pulut @ kacang merah pun sodappppp!!

Dalam kepala akak sekarang nak pegi beli air cendul dan balik tambahkan durian je heheheh ni versi orang tak berapa nak rajin dan teringin sangat nak makan.



Kreatif Sliding Door

salam.

Semasa mencari bahan-bahan di dunia maya, terjumpa sliding door yang cantik dan kreatif.

Sliding yang pertama ni tempat simpanan barang-barang pelbagai guna.  Agak-agak la kat ruang mana nak diletakkan kat rumah kami ya ???












Sliding yang ke dua ni plak, terletak diruangan dapur.  Boleh sorokkan mesin basuh yang terletak bersebelahan dengan ruang makan.  Sure lah tak cantik ruang makan ada mesin basuhkan, nak-nak plak mesin yang lengkap dengan bunyi dentum-dentam.












Sliding yang ke tiga pula memisahkan ruang rehat keluarga.  Time melepak dengan keluarga bolehlah ditutup dan nampak kemas macam dinding je, tetamu pon tak perasan ada pintu.

Bila perlukan ruang yang lapang dan besar, pintu ni boleh dibuka.  Sila masukkan dalam list keperluan utama bila nak bina rumah idaman korang.









Sotong Raya

salam.

Kisah Pada Petang Raya ke Dua :

Bila berkumpul reramai pelbagai cerita dikongsikan bersama.  Bila akak bercerita pasal akak berjaya dalam cubaan membuat ketupat sotong, apa lagi memasing bersuara sedapnya ... lama tak makan.  Nanti boleh la akak buatkan emmm kantoi plak.

So pada petang raya kedua tu kami pon beramai-ramai menyumbat sotong dengan pulut yang telah direndamkan dengan santan.  Bila dah siap, masak jab atas api.  Tak banyak pon sotong yang ada dalam sekilo je, lebih kurang 15 ekor, hahaha sorang sekor pon tak cukup.

Bila dah masak apa lagi makan la.  hehehe sib baik sedap.  Cuma ada beberapa ekor yang pecah perut sebab isi pulut banyak sangat.  Biasalah kalu buat keje beramai-ramai sambil bercerita, fokus pada kandungan sotong tu kurang sikit.  Lagi pon sotong ada telor, jadi sebenarnya tak leh isi pulut banyak sangat. Ketua dan tukang bantu pon baru belajar kan ... First time la katakan.

Apa-apa pon insya Allah, akan dibuat lagi pada masa akan datang.  Terima kasih tuan punya resepi, mabeles.

Disebabkan gambar sendiri tak snap, so pinjam gabar dari blog lain.  Terima kasikh tuan punya gambar dan blog.

Agar-agar Laksam (Kering)

salam.

Tengok je gambar tu sure korang tertanya apa kebendanya kan?  Itu lah agar-agar laksam yang dalam proses pengeringan.  Rasanya memang sedap, rangup diluar lembut di dalam.  Akak menulis pon meleleh ayaq liur.

"Master Chef" yang buat agar-agar ni mertua adik akak, akak ni tumpang makan je.  Hanya orang yang teror dan penyabar je boleh buat agar-agar kering laksam ni.

Rasenya kalu nak belajar buat cenggini, elok pegi kursus dulu nga "Master Chef".




"Master Chef" bagi sebagai buah tangan semasa kami pegi beraya pada hari raya ke dua.  Satu lagi buah tangan special dari beliau ialah pulut panggang berintikan serunding ... perhhh memang sedap sangat.  Terima kasih banyak-banyak, lain kali sila bagi lagi hahahaha muka tak malu betul lah.

Agar-agar ni dipotong kecil-kecil sebelum dihidangkan.  Disebabkan kami mendapat stok yang banyak, so kami masukkan dalam puding coktail berkuah bersama sumi.  Memang sedap.  Cuba korang letak agar-agar kering dalam puding coktail kalu nak tau camne rasanya.

Salam Raya

salam.

Hari ni dah 22 Ogos eeemmm lama benar tak menulis.  Beraya sakan.  Bukan beraya sakan tapi tak berapa rajin.  Sebelum terlupa diUCAPkan selamat hari raya aidilfitri MAAF ZAHIR dan BATIN.  Mohon halalkan ilmu dan resepi serta pengalaman tuan/puan yang dikongsikan semula kat blog nih.

Tak banyak perkara original dari saya yang dipaparkan kat sini, Rasanya 85% adalah perkongsian dari rakan2 FB, Blog dan sumber-sumber internet atau hardcopy yang lain.  Blog ini lebih kepada rujukan dan peringatan untuk diri saya sendiri selain dari tujuan asalnya mempromosikan 
IsyRaqRestHouse.

Alhamdulillah rezeki perusahaan IsyRaqRestHouse bertambah sepanjang cuti sempena Aidilfitri.  Terima kasih kepada semua penghuni IsyRaqRestHouse.  Jika ada kekurangan mohon maaf dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Antara perancangan yang masih tertangguh adalah menaik taraf ruang tepi dan belakang IsyRaqRestHouse.  Insya Allah akan diusahakan dalam sebulan dua lagi.  (Skang nih akak masih verangan ada laman rumah yang cun dan menenangkan).

Menarikkan ada meja santai kat sudut or bucu rumah, batu-batu tu menimbulkan rasa sejuk.

Gambar bawah tu ada plak shower luar rumah, lepas anak2 main waktu petang or pagi leh terus mandi-mandi kat situ.  Budak-budak tak dapat kolam pon tak pe janji ada air, mengopak-gopak macam itik la jadinya.

Ruang laman paling atas tu akak suka deco tang lantainya, kreatif kan.  Kalu korang berkenan sila salin  ;-) a.k.a tiru.

Akak akan berkursus pada 26-29 Ogos, then akan terus bercuti sehingga 1 Sept.  Kalu ada kesempatan nanti boleh le upload cerita kursus dan percutian.

Kisah beraya masih belum sempat upload lagi dah berjanji nak upload kisah percutian plak.  Jangan janji tinggal janji sudah laaaa.

wasssalammmmm.

Monday 5 August 2013

Popia Basah

salam.

Dah beberapa hari mengidam nak makan popia basah tapi tak jupe plak orang jual.  Nak buat sendiri ... dah le tak pernah buat seumur hidup, tak de masa plak tu.

Resepi dah banyak jupe kat internet ...nampak gayanya takat tatap gambo je lah




Khasiat Durian

salam.



Kek Batik

pinjam resipi dan gambar sekali. TQ owner.
salam.

Dah lama berzaman tak buat kek batik ni, 1st time belajar buat masa 2nd year kat UPM dulu2, resepi dari housemate.  Lepas tu every year dah jadi resepi wajib hingga last2 nya macam dah muak makan heheheh

Tah bila kali terakhir aku ngadun kek batik nih ... emmm cam terasa nak buat la plak raya nnt.

Jab lagi kuar pegi cari bahan, tak buat tuk raya tuk buka poser pon OK gak.


Kek Batik Lapis
Oleh: Hazwani Abdul Halim
cc : www.facebook.com/bukuresepi

250 gm biskut marie
200 gm Milo
3/4 tin susu pekat
2 sb serbuk koko
150 gm butter
3 biji telur A
1 sk serbuk nescaffe (sy pakai coffee oil)
1 sk esen vanilla
2 sb air (optional)

1. Sediakan loyang dan alaskan dasar serta bahagian tepi loyang dgn baking paper/greasproof paper.
2.Satukan semua bahan dalam periuk kecuali biskut dan butter,kacau rata.
3.Panaskan bahan tersebut dgn api kecil..Apabila sudah agak sebati,masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan pekat dan berbintil2.
4.Matikan api,tuang sesenduk adunan ke dalam loyang,ratakan dgn sudu dan aturkan biskut marie menutupi adunan coklat tersebut..Ulang proses melapis sehingga kesemua adunan habis diakhiri dgn lapisan coklat.
5.Selesai lapisan terakhir,ambil lebihan baking paper dan tekan permukaan kek supaya kek rata dan padat.
6.Sejukkan kek,seelok-eloknya semalaman sblum dipotong menggunakan pisau tajam yg dicelup air terlebih dahulu..Sedia dihidang.

Lintah Dalam Kangkong

salam.

MESTI BACA KEPADA PEMINAT2 SAYUR !


Suatu hari, di klinik yg terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dbawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari mnderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yg dberikan kepada anak itu, namun demam tak smebuh.

Lepastu, ibu bapa anak tersebut di tanya oleh Doktor "makanan apa yg budak tu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran brsama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah berkembang biak lintah dgn anaknya yg kecil2.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yg besar. Memang, utk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.

Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidk akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika di bakar.

Didlm usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada kluarga/rakan2 yg mengalami hal tersebut , lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau(bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan kluar dan dlm keadaan mati.

Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yg anda kenal

Jangan makan timun disaat HAID

salam.



PENTING BAGI WANITA!!!!!

Jangan makan timun disaat HAID,
kerana boleh menyebabkan darah HAID
melekat di dinding rahim,setelah 5-10 hari
dapat menyebab KETUMBUHAN & CANCER RAHIM

Hati-hati Memandu

salam.

A wife was making a breakfast of fried eggs for her husband.

Suddenly, her husband came into the kitchen.

"Careful," he said, "CAREFUL! Put in some more butter! Oh my GOD! You're cooking too many at once. TOO MANY! Turn them!

TURN THEM NOW! We need more butter. Oh my GOD! WHERE are we going to get MORE BUTTER?
They're going 2 STICK! Careful.. CAREFUL! I said be CAREFUL!

You NEVER listen to me when you're cooking! Never! Turn them! Hurry up! Are you CRAZY? Have you LOST your mind?

Don't forget to salt them. You know you always forget that. Use the salt. USE THE SALT! THE SALT!"

The wife stared at him. "What is wrong with you? You think I don't know how to fry a couple of eggs?"

The husband calmly replied, "I just wanted to show you what it feels like when I'm driving."

Passiontab.com

11 Ogos Cuti Peristiwa Negeri Kelantan

salam.

Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari AHAD 11 OGOS 2013M sebagai hari cuti peristiwa. Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah.

Selamat Hari Raya Idulfitri 1434H.

AMALAN UTAMA DI BULAN SYAWAL

salam.

Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Syawal juga merupakan roh bulan berkat yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan yang lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT.

Orang mukmin menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharap keredhaan Allah. Di antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

1. Membayar zakat fitrah.

2. Bertakbir dan bertahmid.

3. Mendirikan sembahyang Idilfltri.

4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat.

5. Membantu orang susah / melayan anak yatim.

6. Puasa enam.

perkongsian dari : kawansejati

Kreatif Sliding Door

salam.

Comel jer kan kalu dapat beraya dengan dapur yang boleh menyorokkan barang.  Contoh gambar ni ada sepasang pintu berbentuk sliding yang dibuat daripada kayu digantung pada syiling rumah, boleh sorokkan mesin basuh dan pengering serta tempat menyimpan penyapu.  Kreatifkan, tak de la nak kena ngadap mesin basuh masa bersantap,  klass ko jah !!!


(In The kicthen) a pair of floor-to-ceiling doors made with gray-washed Alaskan cedar 2-by-6s hangs from wall-mounted barn-door track to hide the washer and dryer and the broom closet.



Sunday 4 August 2013

Booking RestHouse Sempena Aidilfitri 2013

salam.

dah lama tak menulis kat blog tak berapa nak sempat.

saje nak ucap selamat meyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat handai dan keluarga. kepada yang nak balik kg hati2 memandu, moga selamat sampai. kepada yg dah sampai .. emmm best kan dapat berbuka di kg, ada masa leh gi shoping kat kg dan jgn lupa wat ketupat.

kepada yg masih bekrja ... slmt menjalankan tugas, jgn asik berangan nk balik raya
( sebenarnya aku jeles sbb dah tak rase excited nak balik kg ... blk umah abah beberapa langkah je ... umah mertua pon tak sampai 10 minit naik kete - tiap2 minggu balik plak tu )

apa2 pon kalo ada yg nak tukar suka sama suka tuk pegi keje kolompo ... emm minta maaf la ya, aku nak terus jadi orang kg jerrrr ;)

sikit update untuk RestHouse :

3-9 ogos ---- 1 rumah dah ada guest duduk
8-11 ogos ---- 1 rumah dah dibooking
10 ogos ---- 2 rumah telah dibooking
15-18 ogos ---- 1 rumah telah di booking

so sesapa nak tempah antara tarikh yg dicatat di atas, dipersilakan call.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN