Monday 22 October 2018

SETIAP DIRI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA YANG TELAH DIKERJAKAN

as-salam

Firman Allah SWT :
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
[Surat Al-Muddaththir 38]
‎Terjemahan :
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,"

"Dakwah Tanpa Henti"
"Fastabiqul Khairat..." Wassalam.


"Pemberian yang paling berharga orang tua kepada anaknya adalah Pendidikan Akhlak Mulia"..👍

Saturday 20 October 2018

ISI KANDUNGAN AL QURAN SEBAGAI PERINGATAN DAN PENGAJARAN

as-salam.

Terima kasih kepada rakan2 yang sentiasa memberi peringatan kepada kami :


Firman Allah SWT :
كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ
[Surat Al-Muddaththir 54]
‎Terjemahan :
"Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya)"

"Dakwah Tanpa Henti"
"Fastabiqul Khairat..." Wassalam.


"Hebat mana pun kita, jangan cakap besar dan jangan hina serta rendahkan orang lain kerana kalau Allah nak jatuhkan kita, sekelip mata s
ahaja pasti terjadi".

Thursday 18 October 2018

Sabar Ketika Bersama Manusia

Assalamualaikum....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sabar Ketika Bersama Manusia
Dari Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih


sumber : perkongsian dari Wassap Grp

Wednesday 17 October 2018

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 2018

as-salam.


Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 20 Jun 2018, menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang bersara wajib pada 22 Mei lepas.


Datuk Dr Mohd Ghazali sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, beliau telah berkhidmat selama 32 dalam perkhidmatan awam setelah dilantik menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan serta pembangunan modal insan menerusi karier perkhidmatannya.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Dr Mohd Ghazali :
1. Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)
2. Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia
3. Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi (EPU)
4. Pengarah Eksekutif Network Asia Pacific Schools and Institutes of Public Administration and Governance (NAPSIPAG).

Latar belakang pendidikan, Datuk Dr. Mohd Ghazali berkelulusan :
1. Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya
2. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Nottingham, United Kingdom
3. Doktor Falsafah (Maklumat dan Telekomunikasi Global) dari Waseda University, Jepun.

Pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Datuk Dr Mohd Ghazali akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan mampu meneruskan misi Kementerian Pendidikan dalam melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Sumber Petikan Asal dari Bernama

Saturday 13 October 2018

Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah


Assalaamualaikum.


Dikongsikan apa yang dihantar oleh rakan2 sebagai peringatan untuk kami  dan rakan-rakan yang melawat blog ini.  Semoga kita semua dalam redha Allah dunia akhirat.


----------------------------------------------------------------------

Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah..? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.

Rasulullah SAW menjelaskan hati itu bolak balik sifatnya bagaikan kuah yang sedang mendidih atau memgelegak. Simpang-siur dan turun naiknya begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik, bagaikan fitrah asalnya. Namun, sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yg memantulkan kejahatan.

Bagaimana caranya untuk mengesan sama ada hati kita sihat atau sakit ?

Syeikh Ibnu Ata'illah memberikan panduan menerusi kata katanya," Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak  menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa" Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya maka dia seorang Mukmin (beriman)." (Riwayat ath-Thabarani).

Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yg enak. Mana mungkin kita makan, dengan hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah tercabut.

Begitu juga, hati yang sakit menolak segala " makanan rohani" yang enak dan lazat seperti solat, zikirullah, membaca alQuran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tapi kerana hati kita yang sakit.

 🌹  Waallahu'aklam 🌹

Tuesday 9 October 2018

JANGAN KITA MENCINTAI DUNIA

a-salam.

Tazkirah Ringkas yang dikongsi sahabat setiap hari.  Jom kita jadikan pedoman hidup.

JANGAN KITA MENCINTAI DUNIA

Firman Allah SWT :
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
[Surat Al-Qiyamah 20]
‎Terjemahan :
"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya."

"Dakwah Tanpa Henti"
"Fastabiqul Khairat..." Wassalam.

"Ingatlah, apa yang diucapkan & dicakapkan oleh mulut menjadi satu doa, maka cakap yang baik²..walau sedang marah cubalah ucapkan kata yang baik²"..👍

Sunday 7 October 2018

Jujur ke Syurga Berdusta ke Neraka

Assalamualaikum....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Dari Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta."

(HR Bukhari No: 5629)

Status: Hadis Sahih

Saturday 6 October 2018

Adakah solat kita selama ini SAH

as-salam.

Sedikit perkongsian dari rakan2 agar menjadi peringatan dan amalan yang baik untuk kita semua.

Adakah solat kita selama ini SAH??

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi sebenarnya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang mesti kita baca.

Biasanya ramai:

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat

1. Semasa Takbiratul Ihram

2. Semasa membaca Al Fatihah

3. Semasa Tahiyat Akhir

4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir

5. Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

Sebarkan kebaikan
Kongsikan kebahagiaan

Thursday 4 October 2018

SEMPURNAKAH SOLAT KITA

as-salam.

JOM ULANGKAJI MENGAJI SOLAT KITA ~ rujukan untuk diri sendiri

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus

Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita

Rukun solat ada 13

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian

I. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. Rukun Fi’il iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Monday 1 October 2018

Oktober Datang Lagi

as-salam.

Oktober Datang Lagi ... maknanya 2019 akan meninggalkan kita.  Sekejab sahaja masa berlalu.  Itulah dunia sekarang, pantas dan cepat dalam semua hal.  Sedar tak sedar, rupanya dah lama tak menulis di sini, hanya sempat menjengok sesekali.  Moga apa yang dikongsikan di sini memberi manafaat kepada orang lain.  Walaupun catatan yang ada di sini hanya copy paste dari pelbagai sumber.  Kami bukan karyawan atau ilmuan yang bijaksakna, sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan juga perkongsian dari sumber wassap, fb dan lelain lagi.

Diharap hari ini hari-hari mendatang memberi keberkatan kepada kita semua.
Ya Allah kurniakan kepada kami kesihatan yang baik agar kami dapat terus menjalankan AMANAH Mu.  Moga kita semua sentiasa dalam redha Allah Taala. Amin.