Thursday 24 August 2017

Ketupat Pandan

as-salam.

huh ketupat pandan plok.  ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan.

joms rujuk sini icookwithlove.

Sayur Tebu Telur

as-salam.

Masa menjelajah mencari gambar ketupat daun tebu, kami terserempak dengan gambar Sayur Tebu Telur.  Wah mengamcamnya.  Nampak sedap.  Tak pernah makan.  Mana nak dapat tebu telur ni ya.

Meh kita tempek gambar dari Blog Masakan Mama, ada resepi dan kisahnya sekali.

Terima kasih Blog  Masakan Mama.

Sedapnya Ketupat Daun Tebu

pinjam gambar Berita Harian
as-salam. 

Selain dari merasa makan laksa siam di majlis jamuan hari raya aidilfitri, kami juga dapat makan ketupat daun tebu.

Ketupat daun tebu sangat-sangat-sangat sedap.   Rasanya macam lemang dan baunya memang mabelesssss.

resepinya sama dengan ketupat daun palas, yang beza hanya cara bungkus sahaja.

Ada yang buat bisnesssss dan menjana pendapatn keluarga, rujuk artikel dari FAMA

Pekena Laksa Siam

as-salam.

Niat di hati nak buat laksa siam yang belum jadi kenyataan.  Masih dalam angan-angan, belum sempat buat sebab dah dapat makan masa jamuan raya aidil fitri  :).


Kalu nak tengok resepi laksa siam sila klik di sini.

Ketupat Palas - cerita raya aidilfitri

as-salam.

Ketupat palas kami.  Setelah bertahun kami tidak buat sebab kesibukkan masing-masing, akhirnya kami berjaya buat ketupat palas pada hari raya aidilfitri yang lalu.

Dihati kami masih menyimpan nostalgia membuat ketupat palas bersama arwah bonda tercinta.  Moga arwah mak sentiasa dalam redha Allah.

Hajatnya nak buat lagi ketupat di Hari Raya Aidil Adha ini.  Masih dalam angan-angan.  Masing-masing dengan pelbagai urusan yang tidak habis-habis.   Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Cubaan Menggolek Ayam

as-salam.

Excited nak buat ayam golek.  Dapat je ayam bersihkan dan perap dengan sos yang dah siap buat.  Sila ke entry sebelum ni untuk resepinya (resepi-ayam-bakar-cili-padi) kami tukar cili padi dengan cili kering sebab tak nak pedas.

sekali ayam terlajak besar, x padan dengan avon, sudahnya terpaksa potong dan bakar sikit-sikit.  HEHEHe  nanti jika cari ayam kecik sikit dan cuba golek.  Yang pasti rasanya sangat kebabommmm.


Pemeriksaan Kesihatan

As-salam.

Kawan2 jika ada pemeriksaan kesihatan di pejabat atau mana-mana tempat, sila buat.  Untuk check tahap kesihatan kita.  Percuma saja.  Bukan senang dapat peluang begini.  Jomss jaga kesihatan kita.

Penkek Versi Kami

as-salam.

Jomss kita cuba buat pankek.  Resepi ada pelbagai di dunia maya, jadi cari je dan pilih yang agak2 sesuai dengan tekak kita dan apa yang ada kat dapur kita :)

bahan dan cara buat ikut selera kami :

1.  1 kotak kecil susu segar ducth lady + 1 sb cuka (tuang susu dalam gelas/bekas yang lebih besar dan masukkan cuka - biarkan 10-15 minit, susu akan berbuih dan naik, jadi pastikan guna bekas yang besar supaya susu tidak meleleh keluar).


2. 1 biji telor ayam + 1/2 sk garam - pecahkan dalam adunan susu dan kacau sebati.

3.  2 sudu besar butter yang dicairkan - boleh ganti dengan minyak zaitun atau minyak masak. - kacau sebati.

4.  1 sk vanilla - masukkan sekali dalam adunan (kami jarang letak vannila, jika letak ianya elok untuk hilangkan bau telur).

5.  2 cawan tepung gandum (kami guna tepung pau) + 1 sk baking soda + 1 sk Soda bikarbonat  - ayak jika perlu.  tuang adunan susu sedikit demi sedikit dalam campuran tepung gandum, whisk perlahan-lahan hingga sebati.  Adunan akan berbuih dan cair.  Pastikan dapat adunan yang cair, jika pekat tambah air.

adunan akan jadi berbuih, pastikan masak sepenuhnya baru balik
6.  Panaskan ceper/kuali, tuang sesenduk adunan ditengah2 supaya menjadi bulat.

7.  Tunggu hingga semua adunan masak sebelum diterbalikkan.

8.  Lepas masak, angkat dan hidangkan dengan selera masing-masing ~ jam, coklat, madu, kaya, majerin dll 


 

Tuesday 8 August 2017

PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

as-salam

PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) SECARA DALAM TALIAN BAGI AMBILAN TAHUN 2018

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Permohonan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Secara Dalam Talian Bagi Ambilan Tahun 2018 seperti berikut:

Tarikh buka permohonan : 8 Ogos 2017

Tarikh tutup permohonan : 15 September 2017

Laman sesawang : http://epkhas.moe.gov.my

Sehubungan dengan itu, permohonan penempatan MBK ke SMPK dan SMPKV boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang seperti di atas.







Resepi Kuah Kacang

As-salam.

Hari ni kami kongsi resepi kuah kacang ikut apa yang ada kat dapur kami HHEHE.

Bahan2:

1.  400gm kacang tanah, goreng tanpa minyak hingga masak.  Biarkan sejuk, buang kulitnya.  Blend kacang bersama air secukupnya.  Masukkan dalam periuk, tambah air dan masak sampai empuk, jika kurang air boleh tambah lagi.

2.  1 labu bawang besar
3.  10 biji cili kering

Blend 2 bahan ni dengan minyak dan tumis hingga masak.

4.  1 inci lengkuas, ketuk2 sikit
5.  5 batang serai, dititip

Bila kacang telah empuk, masukkan serai dan lengkuas ke dalam periuk.  Masukkan juga bahan tumis tadi.  Perlahankan api jika telah mendidih.  Kuah kacang lagi lama di masak lagi sedap.  Sesuaikan kepekatan ya.

6.  Gula dan garam secukup rasa.

Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Biasanya kami guna gula melaka tapi kalau tiada, boleh ganti gula biasa atau gula perang.

Siap kuah kacang.


Monday 7 August 2017

My Jasmine


as-Salam.

Bunga Jasmin atau melati ada pelbagai jenis.  Kami tanam 3 jenis jasmin, ketiga-tiganya sangat rajin berbunga.  Salah satunya adalah dalam gambar ni.  Sentiasa memutih walaupun batangnya kecil.  Kami guna baja kopi setiap 2 minggu.



























Design Baju Comeyyyy

Yang ni dari FB jual blouse dan baju kurung moden
as-salam.

Baju siap yang cantik, boleh order terus dengan owner, maaf dah lupa ambil kat mana, sori ya tuan punya gambar.

Suka design ni, tu yang simpan lepas tu lupa plak dari mana, yang pasti dari FB geng jahit dan ada juga dari geng jual baju kurung moden dan blouse murah-murah.

yang dari FB Geng Jahit kalu tak silap




FB :

Azlira Zakaria
Geng Jahit






Jomss Kira Pencen

as-salam.

Salam sejahtera, moga hari ini dijalani dengan ceria dan berkat.   Mulakan dengan senyuman sebab senyum tu sedekah.  Mudahnya dapat pahala.  Sentiasa positifkan minda.

Di sini kami simpan perkongsian dari FB mengenai pengiraan pencen bagi penjawat awam Malaysia, senang nak rujuk di kemudian hari.






Akhir2 ni asyik fikir nak pencen je, apa tandanya tu.  Tanda-tanda dah tua sebenar.  Tiap hari rasa nak duduk rumah layan bunga-bunga dan taman hijau.


Tiap pagi boleh belek2 bunga ros jepun, boleh perambat/halau ayam yang suka mengais-ngais pasu2 dan bunga2 juga tanaman lain.  Sedih tengok bunga dan tanah berselerak dikerjakan ayam, yang tinggal pasu kosong.  Sabor je lah.  Ujian berbudi pada tanah.






Kami telah cuba kira formula ni, dapatlah buat anggaran berapa RM pencen nanti dan berapa banyak ganjaran yang akan diterima.

Jumlah yang dapat tu bergantung pada mata gaji akhir dan tempoh perkhidmatan, begitu juga dengan jumlah pencen bulanan.






Jadi kepada yang bakal pencen dan yang berangan nak pencen boleh lah buat kira-kira sendiri.

Kepada yang telah pencen, selamat beristirehat kat rumah dan enjoy !!!!

Sunday 6 August 2017

My Kuah Lodeh dan Sambal Bilis

as-salam.

Akhirnya kuah lodeh, kuah kacang, sambal bilis dan nasi impit menjadi hidangan hujung minggu.

Resepi rujuk entry sebelum ni ya, resepi kami buat ubah suai dan agak2 ikut apa ada kat dapur.

Sambal Bilis ikut Kami

Bahan bahan:
4 genggam ikan bilis - digoreng separuh masak tanpa minyak
1/2 biji bawang besar - mayang
1/2 cawan asam jawa
 2 batang serai
Garam
Gula

Bahan kisar:
1 labu bawang besar dan
8 biji Cili 

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan dikacau rata sehingga wangi. Tumis sehingga cili betul betul garing dan terbit minyak.

Masukkan air asam jawa, serai, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau rata sehingga ianya terbit minyak. Sesuaikan kepekatan dan rasa sebelum boleh diangkat.


Kuah Lodeh Versi Kami

Bahan Kisar:
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis
1 sk serbuk kunyit


Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji kentang - potong 8 
2 batang serai - ketuk
1 - 2 cawan udang hidup - buang kulit
santan pekat RM2.00
Garam secukup rasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai ketuk sehingga wangi. Masukkan santan cair dan masak sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. Sesuaikan kepekatan dan rasa, sedia untuk makan.