Sunday 31 March 2019

Ke arah Kebaikan Diri Sendiri

as-salam.


Hari ini 31 Mac 2019. Hari terakhir bulan Mac tahun 2019.  3 bulan telah berlalu.  Apa perubahan atau pencapaian diri yang kita telah buat ???  Adakah masih seperti tahun lepas atau telah ada peningkatan ?? Saya tanya diri sendiri dan hanya saya yang dapat menjawabnya.

Sesungguhnya saya tidak mampu membuat perubahan yang besar untuk diri sendiri apatah lagi keluarga.  Kalau saya tidak dapat mengawal peningkatan diri sendiri bagaimana saya hendak mengawal tindakan atau perubahan orang lain.

Oleh itu yang terbaik ialah sentiasa berfikiran terbuka dan positif.  Apa sahaja yang dirancang buat satu persatu, jika kita boleh berlari, kita berlari, jika tidak mampu cukup sekadar melangkah atau merangkak sekali pun,  yang penting ialah kita sentiasa bergerak ke hadapan, memajukan diri sendiri dan keluarga.  Keluarga yang positif akan hasilkan masyarakat yang positif.  Selebihnya kita serah kepada Allah kerana Allah sebaik-baik perancang.

BE YOURSELF N SMILE







Friday 29 March 2019

Membantu Orang Lain Mendapat Ganjaran Besar


Assalamualaikum.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membantu Orang Lain Mendapat Ganjaran Besar

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh

(HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176).

Thursday 28 March 2019

Pesta Orked dan Flora Kelantan 2019


as-salam.

Pesta Orked dan Flora Kelantan 2019 di RTC, Bandar Baru Tunjong, Kelantan telah bermula pada 21 Mac 2019 dan akan berakhir pada 31 Mac 2019.  Jadi apa lagi jomsss kito pakat gi ke RTC Tunjong blako.

Gerai-gerai mula beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam.
Pelbagai flora dan fauna ada.  Penggemar orked jangan lepaskan peluang ini.

Kami telah berkunjung Pesta Orked dan Flora Kelantan pada 26 Mac 2019.  Setelah berpusing-pusing, kami beli bunga melur jepun, warna putih, bunganya bersusun seperti bunga ros dan sangat wangi. Harganya hanya RM5.00.





Orked-orked yang bermacam-macam warna, oren, putih, purple, hijau dsb.  Cantik sangat.
Masa kami pegi dah lewat petang, jadi tak dapat la nak tengok bunga ros jepun berkembangan. 
Insya Allah hari lain kami akan berkunjung lagi.


UNTUK RENUNGAN

as-salam.


UNTUK RENUNGAN
     ---------------------------
1- Saat ALLAH  Gerakkan Lidah Kita Untuk Beristighfar... Itu Tandanya ALLAH Nak Mengampunkan Dosa Kita.

2- Saat ALLAH  Ringankan Lidah Kita Untuk Berselawat... Itu Tandanya ALLAH Nak Mudahkan Kita Untuk Dapat Syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

3- Saat ALLAH     Campakkan Kemanisan Untuk Kita Selalu Membaca Al-Quran... Itu Tandanya ALLAH Nak Lepaskan Kita Dari Azab Kubur.

4- Saat ALLAH  Ringankan Kaki Kita Untuk Selalu Ke Masjid... Itu Tandanya ALLAH Nak Jadikan Kita Tetamu IstimewaNya Di Bawah Naungan Arasy".

Wednesday 27 March 2019

Maahad Tahfiz Intergrasi Madinatul Huffaz (MTIMH)

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang baik hatinya.


Maahad Tahfiz Intergrasi Madinatul Huffaz (MTIMH), di Gombak Selangor, KL.

1) Alhamdulillah sehingga ke tarikh 6/3/2019 semua rangka kerja bangunan ground floor yang melibatkan tiang, konkrit lantai, tapak dan tiang kekuatan bawah tanah telah selesai dilaksanakan. Kami pihak MTIMH mengucapkan jazakumullah kepada semua tuan-puan yang telah menyumbang untuk tujuan tersebut.

2) Sekarang kami sedang menyiapkan lantai konkrit dan tiang di tingkat satu.
Untuk kerja di lantai satu ini, maka kami sekali lagi mengalukan tuan-puan yang ingin menyumbangkan infaq/jariah/sedekah/zakat/wakaf, maka bolehlah menyumbang ke MTIMH.

Tuan-puan boleh merujuk kepada flyes kami no akaun maybank atas nama tahfiz madinatul huffaz. Bagi mereka yang memerlukan resit dsn sijil infaq, boleh smskan nama dan alamat untuk kami poskan.

Jazakumullah daripada:
Dr Azahar bin Yaakub dan
Datuk Dr. Ustazah Norhafizah binti Musa:
(pengerusi dan penasihat MTIMH serta seluruh ahli lembaga MTIMH)

🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

Terima kasih atas kesudian tuan-puan menyebarkan maklumat kami seperti di atas kepada teman-teman yang lain)


Sedekah itu bukti keimanan. Sedekah itu menyembukan penyakit. Sedekah itu murahkan rezeki.

Sedekahlah.....Tak boleh bagi sikit, bagi banyak 😃

Tuesday 26 March 2019

Tarikh2 Puasa

 as-salam

NOBODY can go back and start a new beginning but anyone can Start Today and make a NEW ENDING.

Tarikh2 Puasa Putih

(Sunat Bidh - pertengahan bulan Islam) :-

Simpan buat rujukan yg beramal dgn nya

Bulan 3/2019
 ✓ 20/3 (Rabu) - 13 Rejab
✓ 21/3 (Khamis) - 14 Rejab
✓ 22/3 (Jumaat) - 15 Rejab

Bulan 4/2019
✓ 19/4 (Jumaat) - 13 Syaaban
✓ 20/4 (Sabtu) - 14 Syaaban
✓ 21/4 (Ahad) - 15 Syaaban

Bulan 5/2019
Bulan Ramadhan

Bulan 6/2019
✓ 17/6 (Isnin) - 13 Syawal
✓ 18/6 (Selasa) - 14 Syawal
✓ 19/6 (Rabu) - 15 Syawal

Bulan 7/2019
✓ 16/7 (Selasa) - 13 Zulkaedah
✓ 17/7 (Rabu) - 14 Zulkaedah
✓ 18/7 (Khamis) - 15 Zulkaedah

Bulan 8/2019
✓ 14/8 (Rabu) - 13 Zulhijjah
✓ 15/8 (Khamis) - 14 Zulhijjah
✓ 16/8 (Jumaat) - 15 Zulhijjah

Bulan 9/2019
✓ 13/9 (Jumaat) - 13 Muharam
✓ 14/9 (Sabtu) - 14 Muharam
✓ 15/9 (Ahad) - 15 Muharam

Bulan 10/2019
✓ 12/10 (Sabtu) - 13 Safar
✓ 13/10 (Ahad) - 14 Safar
✓ 14/10 (Isnin) - 15 Safar

Bulan 11/2019
✓ 10/11 (Ahad) - 13 Rabiul Awwal
✓ 11/11 (Isnin) - 14 Rabiul Awwal
✓ 12/11 (Selasa) - 15 Rabiul Awwal

Bulan 12/2019
✓ 10/12 (Selasa) - 13 Rabiul Akhir
✓ 11/12 (Rabu) - 14 Rabiul Akhir
✓ 12/12 (Khamis) - 15 Rabiul Akhir

* Selamat beramal & Semoga mendapat redho ALLAH *


Monday 25 March 2019

Sambutan Hari Guru 2019

as-salam.

Sempena sambutan hari guru tahun 2019, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan Logo dan Tema sebagaimana berikut :
 



Selamat Hari Guru kepada semua "GURU-GURU" samada secara rasmi atau tidak kerana sesiapa sahaja yang menjadi pendidik, pembimbing, pendorong dsbnya adalah penyumbang kepada pendidikan masyarakat yang maju dan berdaya saing, pendokong agama, bangsa dan negara.

Love You All "Guru-Guru" 


PDRM KELANTAN NIGHT RUN 212 POLICE DAY 2019

👨🏻‍✈👩🏻‍✈ PDRM KELANTAN NIGHT RUN 212 POLICE DAY 2019 👨🏻‍✈👩🏻‍✈
"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA" 🤝🤝🤝

TARIKH : 26 APRIL 2019
FLAG OFF : 🕗8.00 MALAM
MULA/TAMAT : PERKARANGAN IPK KELANTAN 🏁
KATEGORI : 💥TERBUKA LELAKI
& 💥TERBUKA WANITA🏃🏻‍♂🏃🏻‍♀
JARAK LARIAN : 7KM🚩
HADIAH : 1 - 20 (L&P) 🎁💸
LUCKY DRAW : BARANGAN ELEKTRIK, BASIKAL,HAMPER DLL 🎁🚲💰🎉
GRAND PRIZE LUCKY DRAW : SEBUAH MOTORSIKAL 🛵💭
YURAN PENDAFTARAN : RM45.00
TARIKH TUTUP : 10 APRIL 2019

PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN, T-SHIRT, MEDAL,BIB & PERSEGARAN

SILA HUBUNGI : *MR. RANO 017-7065053, MS ZANA 017-9822284, MR AZMI 013-5295144 UNTUK PERTANYAAN & PENDAFTARAN / BAYARAN

ANJURAN : KELAB POLIS IPK KELANTAN

Mohon panjangkan kepada rakyat Kelantan, t kasih

Sunday 24 March 2019

Bunga Bawang atau Fairy Lily

as-salam.

Rosepink Zephyrlily telah setahun bertapak di Isyraq Test House.  Kami tanam dalam pasu gantung tetapi sangat jarang berbunga, terutama tahun ni, sekali berbunga hanya dua tiga kuntum sahaja.  Nak kata tak subur. daunnya rimbun menghijau.  Apa masalah awak ni cik lily bawang.  Mari kita kenal pokok bunga Lily atau bunga bawang ni.  Lepas tu mesti kita jumpa tips atau petua untuk subur dan meriah berbunga.
 

 

Nama Biasa: Bunga bawang, rosepink rainlily
Nama Botani: zephyranthes carinata
Keluarga : Amarillydaceae

Zephyranthes grandiflora (pandai tulis je, tak pandai nak sebut) adalah sejenis tumbuhan bebawang dengan bunga yang cantik pelbagai warna berasal dari Mexico dan Guatemala. Senang tumbuh dan boleh bertahan dalam keadaan kemarau. 


Dikenali juga rain lily ( lili hujan) kerana bunganya akan kembang dengan meriahnya apabila disiram hujan setelah lama kemarau. 

Pembiakan biasa melalui bebawang dan pecahan rumpun. Ia juga boleh dibiakkan melalui biji benih

Petua supaya banyak berbunga, biarkan kering selama 2,3 hari dan siram dengan banyaknya ( drought treat)


Ada juga yang bagi petua supaya trim atau gunting daunnya selepas habis berbunga.  Tunggu lebih kurang 2/3 minggu bunga akan merimbun.  Jadi minggu lepas kami telah gunting kasi pendek dedaun bawang yang menghijau.  Siram dengan baja roti.  Kita tunggu meriah atau tidak bebunga bawang di Isyraq Rest House. 

Pagi ni nampak keluar bunga sekuntum.  Lupa pula nak biarkan kering 2,3 ari tanpa siram.  OK, mulai hari ni kita tak payah siram, selasa baharu kita siram, tengok meriah ke tak bunga-bunga bawang.

Semasa trim rambutnya ternampak ubi bawang yang tertunjul keluarJadi kami keluarkan ubi2 atau bawang2nya dan tanam dicelah-celah pokok cempaka. Pagi semalam ada sekuntum bunga mekar di di bawah pokok cempaka putih.  Oh ya, bunga cempaka putih dah kembang sekuntum 2 hari lepas.  Walaupun sekuntum wanginya manis sangat.  Sekarang kita tunggu kuntuman lain pula mengembang.

2/3 minggu lagi kita tengok betapa meriahnya cik bunga lily membawang di bawah pepohon cempaka. (Harapan yang tinggi menggunung).  Moga cik lily bawang terus membiak dan menguntum.


Thursday 21 March 2019

Tips Sihat

as-salam.

Lapan jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit
‎الرمان . Delima
‎الروب . Yogurt
‎الثوم . Bawang putih
‎البصل . Bawang besar
‎الشاي الأخضر . Teh hijau
‎الشوفان . Oat
‎القرع . Labu
‎البروكلي . Brokoli
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
‎1) الكلام الكثير . Banyak bercakap
‎2) النوم الكثير . Banyak tidur
‎3) الأكل الكثير . Banyak makan
‎ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
‎1) الهم . Dukacita
‎2) الحزن . Sedih
‎3) الجوع . Kebulur
‎4) السهر . Tak tidur malam
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
‎1) التقوى . Taqwa
‎2) الوفاء . Jujur
‎3) الكرم . Pemurah
‎4) المروءة . Jaga kehormatan
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
‎1) قيام الليل . Qiamulail
‎2) كثرة الاستغفار بالأسحار. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
‎3) تعاهد الصدقة . Biasa bersedeqah
‎4) الذكر أول النهار وآخر . Berzikir waktu awal pagi dan petang
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..

Wednesday 20 March 2019

Resepi Ikan Bakar Tomyam

as-salam.

Hujung minggu kami ke Tok Bali, singgah makan ikan bakar di sebelah kanan Jambatan Tok Bali. Betul2 di tepi jambatan.  Masakan memang terbaik.  Kami makan ikan cencaru bakar (sekor - tak pasti berapa gm tp agak besar juga) dan sotong bakar (5 ekor = 600gm), nasi dan air.  Harga dalam rm60++.  Makan sampai menjilat jari.  Rempah ikan bakarnya terasa macam tomyam.   Masih terasa lagi rasa tomyamnya hihihi.

Maka kami menjelajah mencari resepi ikan bakar tomyam.  taraaaaa jumpa di FB.  Tengok gambar nampak SEDAP kan.

Resepi ni kami ambil dari FB Irwan MD Zin.  TQ Irwan share resepi Ikan Bakar Tomyam.

Irwan buat Ikan Siakap Bakar Tomyam pedas berapi.  Kami di Isyraq Rest House tak boleh makan pedas berapi, so kami tak letak cili padi atau cili kecil tu.



Kat bawah ni resepi asal dan juga gambar yang dikongsikan oleh Irwan. Terima kasih sekali lagi.


Bahan-bahan
1ekor ikan siakap bersaiz sederhana (Ikan potong macam dalam gambar dan perap dgn kunyit, bahan lain tak payah letak sbb kuah dah letak gram dan lain2)


Kuah
2 kiub tomyam
1 bungkus perencah tomyam kecil
Serai 2 batang*
Bawang holland/besar 1 biji*
Bawang merah 4 ulas*
Bawang putih 5 ulas*
Cili kecil merah 15 biji* (klu nak kurang pedas kurangkan cili)
Lengkuas 2 inci*
Halia 1 inci*
Daun limau purut
Limau nipis
Susu cair

Cara menyediakan..
Blander semua bahan yang tanda * tu
Masak bersama susu cair, garam, gula dan air limau nipis selama 20 minit.
Masukkan kiub tomyam dan perencah tomyam.

Letak kuah di atas ikan dan bakar selama 30minit..lagi lama lgi ok..selamat mencuba..tq..😁


Tuesday 19 March 2019

Sama-sama kongsi, Rezeki Berkat

as-salam


Indahnya bila sama2 berkongsi. Insha Allah rezeki akan bertambah dan berkat.

Sedekah yang paling mudah adalah sedekah Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita.


Rezeki yang dikurniakan Allah Taala bukan semata-mata dalam bentuk wang tunai tetapi dari segi kesihatan, kebahagiaan, pertolongan dan lain-lain.

Kadang-kadang sesuatu yang diterima nampak kecil dan remeh tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada penerima maupun pemberi.

Kepada keluarga, rakan-rakan dan sahabat pembaca Isyraq Rest House, kami doakan kalian senantiasa di dalam Rahmat Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia maupun akhirat.  Amin.
__________________________________________________________

Ayah : Ina, bancuh dua cawan kopi tanpa gula kemudian bawa bekas gula dan teko kosong kesini.

Ina : Baik, ayah

Dengan penuh tanda tanya Ina membawa apa yang diminta ayahnya.

Ayah : Cuba rasa salah satu cawan kopi tersebut.

Ina : Rasa pahit ayah.

Ayah : Cuba masukkan sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa pahit makin berkurang ayah.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa pahit makin hilang ayah.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Rasa manis mula terasa ayah.

Ayah : Tambah gula sesudu lagi, kacau dan rasa.

Ina : Rasa kopi semakin manis.

Ayah : Tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa.

Ina : Kopi terlalu manis, tak sedaplah ayah.

Ayah : Pengajarannya disini, kopi tanpa gula tadi ibarat kemiskinan, manakala gula sesudu demi sesudu tadi ibarat harta yang semakin bertambah. Apabila semakin ditambah gula kopi menjadi semakin tidak enak. Begitu juga dengan harta, apabila asyik dicari, ia menjadi semakin tidak tenang. Hidup tak seindah yang disangka.

Sejenak Ina termenung...

Ina : Ya ayah, Ina faham sekarang, harta boleh dicari tapi jangan sampai melampaui batas.

Ayah : Betul, sekarang ambil secawan lagi kopi tanpa gula dan campurkan dengan kopi yang berlebihan gula tadi kedalam teko kemudian bahagi semula kedalam dua cawan tadi. Bagaimana rasanya?

Ina melakukan apa yang diminta ayahnya...

Ina : Rasa enak.

Ayah : Begitulah jika orang yang berharta berkongsi rezeki dengan mereka yang serba kekurangan melalui zakat, sedekah atau sebagainya, kedua dua mendapat manfaat daripada harta tersebut.

Ina : Terima kasih atas iktibar tersebut ayah...

salam ceria 😊

Copy paste, moga bermanafaat, memberi kefahaman yang jelas tentang kelebihan bersedekah.

Monday 18 March 2019

TRIBUTE TO ALL WOMAN

as-salam.

Walaupun sudah 10 hari Sambutan Hari Wanita, tetapi ketabahan dan kecekalan hati seorang WANITA tiada penghujungnya.

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita.
■ Saya bekerja 24 jam sehari.
■ Sayalah ibu.
■ Sayalah isteri.
■ Sayalah anak perempuan.
■ Sayalah menantu.
■ Sayalah jam loceng.
■ Sayalah tukang masak.
■ Sayalah pembantu rumah.
■ Sayalah guru.
■ Sayalah pelayan.
■ Sayalah nenek.
■ Sayalah jururawat.
■ Sayalah jurukamera.
■ Sayalah pengawal keselamatan.
■ Sayalah kaunselor.
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'
Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
Hantarkan mesej ini kepada semua wanita tersayang ❤ 
Selamat Hari Wanita.

  

Sunday 17 March 2019

Chocodap AnyOne ..... AnyOne Chocodap

as-salam.

Wah berkilat-kilat.  Boleh rasa lemak2 coklat.

Bila gigit rasa krup-krup kacang badam.  Sebiji penuh setiap satu. Memang sedap.

Nak rasa. sila order.

Nak bagi hadiah perkahwinan, sila hubungi kami.

Nak bagi hadiah hari lahir kawan, kami sedia berkhidmat.

Jomsss kita pakat-pakat rasa keunikan rasa CHOCHODAP's



 
In shaa Allah.. hari ni postage ke KL 😄😄. Ada yang nak  order, boleh pm or klik link dekat bawah 👇

http://0145352557.wasap.my 



7 Anika pilihan yang menjadi kegemaran semua :
Almond Bittersweet
Almond Sesame
Almond Milk
Almond White
Almond Dark
Raisin Milk
Meteor Chocolite



Harganya sangat berpatutan.  Sekali rasa sangat berpuashati.

250gm = RM22
100gm = RM10
  50gm = RM6

Nak buat goodies atau doorgift pon boleh harga dalam rm3.00 - rm3.50 bergantung kepada pilihan anda.  Boleh dirunding, boleh dibincang.

Yang penting wassap dulu !!

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa

as-salam.

JANGAN HIRAUKAN KATA-KATA ORANG,
KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN
DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.


Teruskanlah melangkah selama kamu di jalan yang benar. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai. Usahlah menjelaskan perihal dirimu kepada sesiapa dan yang menyukaimu tidak perlu tahu akan kebaikan yang telah kamu lakukan. Dan yang membencimu tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya.

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa.

Eratkan silaturrahim walaupun sekadar berdoa untuk seluruh ahli keluarga,jiran,sahabat dan kenalan yang mengenali dirimu...

Ketika kita menanam padi,rumput pun ikut tumbuh...
Tetapi sekiranya kita menanam rumput,tidak akan sesekali padi ikut tumbuh...

Dalam kita melakukan "kebaikan,kekadang ada juga keburukan yang turut serta"

Tetapi ketika kita melakukan "keburukan,tidak akan ada kebaikan yang akan turut serta"

Jangan bosan untuk melakukan kebaikan walaupun kekadang kita tidaklah insan yang sempurna...

Jika melawat ke hospital,kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan...

Jika melawat ke penjara,kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan...

Jika kita ke kubur,kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kehidupan...

Pesakit akan keluar wad apabila sakitnya sudah sembuh manakala banduan pula akan keluar dari penjara apabila sudah tamat akan tempoh hukumannya...


TETAPI KUBUR TIADA JALAN KELUARNYA...

Sentiasalah ingat akan kematian dan buatlah persiapan untuk kematian...sadarilah diri bahawa segala yang kita miliki termasuk diri kita sendiri adalah kepunyaan hak mutlak ALLAH SWT...

Wallahua'lam


🌹 izara anie hj haron 🌹
TQ IZARA atas perkongsian, moga nukilan yang baik ni memberi manafaat dan pahala buat IZARA.


Saturday 16 March 2019

Jom ngaji tanpa jemu


Assalamualaikum.

Jom ngaji tanpa jemu.

LINK ini SANGAT LUAR BIASA, anda yang ingin MENGHAFAL, atau ingin MENDENGAR AL QURAN 30 JUZ selama 24 Jam, atau anda ingin berlatih MEMBACA TANPA HARUS MENDOWNLOAD TERLEBIH DAHULU, maka buka link ini:
‏​‏​‏​
https://bit.ly/2EiS0Yv

Kirimkan keseluruh grup, mudah2an termasuk menjadi AMAL JARIYAH.

Friday 15 March 2019

Pray For New Zealand

Assalamualaikum.

Petang Jumaat yang mulia berlaku kejadian yang mengejutkan seluruh dunia.

Kejadian pembunuhan di dalam masjid di New Zealand.
Bersama ini ada perkongsian dari sahabat di wsap;

----------------------------------------------------------

Hikmah di sebalik kejadian ini:

Allah swt telah memilih 40 orang saudara seagama gugur sebagai syuhada, yang mana untuk membolehkan seseorang itu mati sebagai As Syahid adalah ketentuan Allah swt, antara kelebihan orang mati syahid adalah mereka akan hidup di sisi Allah swt.

Firman Allah swt:

وليعلم الله الذين آمنوا منكم ويتخذ منكم شهداء

Dan supaya Allah swt mengetahui (membezakan) siapakah orang beriman dikalangan kamu, dan memilih sebahagian dikalangan kalian sebagai syuhada’.

Kerana tingginya martabat Para syuhada’ maka Saidina Umar ra pernah berdoa: Ya Allah rezekikan aku mati syahid di jalanMu, dan jadikan kematianku di bumi kekasihMu (Madinah).

Matinya mereka di tempat yang terindah, di bulan dan di hari terindah, iaitu dalam masjid, selepas solat Jumaat, di hari Jumaat dan di bulan Rejab.

Semoga Allah mengampuni dan menerima roh mereka.

Orang yang tidak beriman percaya dengan membunuh umat Islam akan menyebabkan nur Islam akan terpadam di muka bumi ini, namun yakinlah selepas kejadian ini sinar Islam pasti akan semakin terang dan tersebar di New Zealand.

Lepas ni umat Islam perlu mempertingkatkan usaha dakwah yakni dengan mengirimkan sebanyak mungkin rombongan dakwah ke New Zealand.

Insyaallah...!!!

Salam Jumaat : Pray For Pasir Gudang

Assalammualaikum wbt..😊

Ya Allah...Di pagi yang mulia ini...Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa³ pasangan kami, Dosa³ kedua ibu bapa kami, Dosa³ anak-anak kami, Dosa³ saudara-saudara kami, Dosa³ jiran tetangga kami, Dosa³ sahabat-sahabat kami, Dosa³ guru-guru kami, Ya Allah...*jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..  Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

Selamat dan kurniailah kesembuhan kepada semua di Pasir Gudang.  Ya Allah permudahkanlah urusan  mereka.

Ya Allah kuatkanlah hati dan iman mereka, kurniakanlah ketabahan dan kesabaran buat mereka semua.

*InshaAllah*_...
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Thursday 14 March 2019

Bahaya Fitnah

Assalamualaikum.



Peringatan ini buat diri sendiri dan sahabat pembaca semua.  Semoga bermanafaat. Terima kasih kepada penulis asal, moga pahala sampai kepada tuan.

---------------------------------------------------------------------------

Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seorang ulama... Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.. Lalu ulama itu berkata... Dengan syarat... Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam.. Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis... Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu.. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya... Hingga sampai di masjid... Dia berjumpa dengan ulama tersebut.. Wahai habib.. Aku telah buat seperti yang tuan suruh.. Hanya tinggal rotan saja... Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi... Apakah tuan telah memaafkan saya... Ulama itu berkata... Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok... Orang itu bertambah pelik... Tadi suruh buang.. Ini suruh ambil kembali... Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya... Keesokan hari... Dia berjumpa dengan tuan habib... Tuan.. Saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang... Semua telah di terbang angin entah ke mana.....


Lalu habib itu berkata.... BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku...orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana... Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya... Ia tersebar... Terus tersebar...
Aku maafkan kamu... Bertaubatlah... Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan...
Nah.... itulah dosa yang jaariah.... Dosa fitnah Terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.... Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.... Pada si pelaku... Usahalah... Temui orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah....

Pesan utk diri sendiri.. shbt handai muslimin muslimat....Wallahualam...😊

Wednesday 13 March 2019

KUNCI KERETA DI TEPI KATIL

as-salam.

LETAKKAN KUNCI KERETA DI TEPI KATIL SEWAKTU HENDAK TIDUR.

Beritahu isteri, anak2, jiran2, ibubapa, adik beradik dan sesiapa saja supaya letakkan Kunci kereta mrk di tepi katil sewaktu hendak tidur.

Sekiranya terdengar bunyi bising di luar rumah atau ada org cuba memasuki rumah, tekan saja butang panik.

Alarm kereta akan berbunyi dan hon juga akan terus berbunyi sehinggalah ianya di offkan atau bateri habis. Ianya adalah sistem alarm sedia ada.

Boleh didengari di mana2 saja dlm rumah. Berkesan jika kereta diletakkan di depan rumah atau dlm garaj.

Bila alarm keteta berbunyi ketika seseorang itu cuba memasuki rumah, tentu pencuri/perogol tersebut tidak akan tunggu lama.

Beberapa saat kemudian semua jiran akan membuka tingkap dan menjenguk keluar untuk melihat siapa yg berada di luar dan sudah tentu penjenayah  tak mahu perkara itu terjadi

Dan ingat untuk membawa kunci keteta ketika berjalan ke kereta di tempat letak kereta. Cara yg sama boleh digunakan.

⚠ Share dgn semua orang. Ia boleh menyelamatkan nyawa atau dari kes2 jenayah. Juga berguna untuk tujuan kecemasan spt serangan jantung di mana talipon tidak dpt digunakan.

⚠ TLG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN.

Tuesday 12 March 2019

Bunga Burung Kecil

as-salam.

Pokok Bunga Burung Kecil - comey sungguh anak-anak burung bertenggek.  Selalu tengok gambar bunga ni dalam alam maya.  Sekali pergi nurseri di Panglima Bayu, jalan lama Rantau Panjang - Pasir Mas terjumpa pokok ni, apa lagi terus beli. Kami tanam kat celah-celah pokok cempaka. 

Kita tunggu Little Bird membiak dan bertenggek di Isyraq Rest House.Little Bunga ni mudah untuk ditanam dan dijaga, hanya perlu air yang sederhana, cahaya matahari penuh dan tanah yang kering.  Mengikut kepercayaan kaum cina, bunga ini membawa tuah.
Namun begitu pokok ini beracun, jadi hati-hati ya. Kelopak bunga dan daunnya beracun, jangan bagi sesiapa petik dan termakan kerana boleh menyebabkan kulit gatal-gatal atau alergik.
ni haaa close up gambar bunga burung-burung bertenggek. Pokok yang berasal dari Maxico ini dikenali sebagai Little bird flower.

Spesis yang hampir sama adalah Red Bird Flower, bunganya lebih kecil dan bewarna merah. Tak pasti Red Bird Flower ni ada di Malaysia ke tak.  Nanti kita cuba cari.

Rujukan : indonesianplants






CHOCODAPS - coklat SEDAP lemak berkrim

 as-salam.

wahai penggemar coklat sekelian, tersebutnya kisah CHOCODAPS yang lemak berkrim.

Ada 7 jenis semuanya :

Almond Bittersweet
Almond Sesame
Almond Milk
Almond White
Almond Dark
Raisin Milk
Meteor Chocolite

haaaa tu dia, macam-macam pilihan ada.  Nak rasa, Order Sekarang  http://014532557.wasap.my,  dijamin SEDAP




Kalau korang nak tau kacang ALMOND sebiji-sebiji.

Almond atau badam bagus untuk kesihatan.

  • Mengurangi risiko kanser usus besar.

  • Menurunkan Kolesterol dan Meredakan Asma.
  • Menstabilkan tekanan darah.
  • Menghindarkan penyakit jantung.
  • Mengendalikan tingkat gula darah.
  • Membantu menurunkan berat badan.

Monday 11 March 2019

Order Sekarang : Coklat SEDAP

as-salam.
Choc n Nut

Alhamdulillah, stok coklat sedap telah sampai.

Choc n nut - rm6
Coconut - rm5.50
Fruits - rm 7.50

Order Sekarang : Coklat SEDAP

 http://014532557.wasap.my

sapa cepat dia dapat. sebelum kehabisan stok !!


Friut Bar

Coconut Bar

In Pack

Promotion

Hidup ini tumpang menumpang

as-salam.

BISMILLAH

“ Hidup ini tumpang menumpang, disitulah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, disitu ada nasi yang diusaha kan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita, alangkah kerdilnya kita di bumi Allah swt ".

( Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat )



AYAM

as-salam.

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam.

Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

Hati sedih sosampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM.

Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.

BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR.

Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Walau begitu sifat ayam ia tetap bangun sebelum subuh dan masuk reban sebelum maghrib....
Fikir-fikirkanlah

Sunday 10 March 2019

BERAPA RAMAIKAH DIANTARA KITA YG MENGAMALKAN

as-salam.


1. Tidur dlm Wudhu.
💛💛💛💛💛💛💛
2. Tidur ke arah kanan.
💙💙💙💙💙💙💙
3. Tidur dgn niat utk bangun  solat malam (1/3 pagi);
💜💜💜💜💜💜💜
4. Mengucap kalimah syahadah
💚💚💚💚💚💚💚
5. Menghayati pembacaan Ayatul-Kursi.
❤❤❤❤❤❤❤
6. Melafazkan Salawat 10 x.
💛💛💛💛💛💛💛
7. Membaca Surah Fatihah 4 x.
💙💙💙💙💙💙💙
8.  Membaca Surah Ikhlas 3 x.
💜💜💜💜💜💜💜
9. Membaca Surah 4 Qul
💚💚💚💚💚💚💚
10. Mengucap Istighfaar;
❤❤❤❤❤❤❤
11. Memaafkan semua org sebelum tidur;
💛💛💛💛💛💛💛
12. Akhir, "sesiapa yg membaca 'Bismillah' 21 x sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kpd malaikat utk menulis segala kebaikan  bagi setiap tarikan nafas si pembaca."
🔴⚪🔵⚫🔴⚪🔵⚫

🍁Kirimkan kpd kwn2 sebagai sedekah Jariah kita (amalan yg tidak pernah putus)..
❤❤❤❤❤❤❤
🍁Jika ada org yg menerima & mengamalknnya & mengajarkan pd org lain..anda akan menimba pahalanya sebagai ilmu yg bermanafaat...yg dpt membantu kita di akhirat kelak...MAKA sebarkanlah....


Saturday 9 March 2019

TENTANG REZEKI ~ moga bermanafaat

as-salam.

moga perkongsian dari sahabat bermanafaat. Amin.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang, ditipu kerana join bisnes itu ini, ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.


Kadang-kadang kita lupa...
1. Dapat mengerjakan solat adalah rezeki

2. Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki.

3. Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..

4. Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..

5. Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..

6. Kerja tak pressure pun rezeki..

7. Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..



Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

1. Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.

2. Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.

3. Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.

4. Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.

5. Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Share untuk sebarkan manfaat.

Friday 8 March 2019

Selamat Hari Wanita 2019


as-salam.

Kepada semua wanita Selamat Hari Wanita 2019.

Jika banyak sangka baik, in shaa Allah... mudah-mudahan kita baik.
Jika sebaliknya, berhati-hatilah... yang kita lihat itu, itulah diri kita.

Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik, manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk!

✍ PENA IZARA ANIE ✍
---------------------------------------------



Tarikh-Tarikh Penting

8/3/2019  Awal Rejab
3/4/2019 Israk Mikraj
21/4/2019 Nisfu Syaaban
6/5/2019 Awal Ramadhan
5/6/2019 Hari Raya Aidil Fitri
2/8/2019 Awal Zul Hijjah
10/8/2019 Hari Arafah
11/8/2019 Hari Raya Aidil Adha
31/8/2019 Malam Awal Muharram
9/9/2019 Hari Tasu'a (تسعى)
10/9/2019 Hari Asyura (عشورى)
9/11/2019 Maulid Nabi Muhammad SAW