Tuesday 31 March 2020

Tamat PKP 1


31 Mac 2020 (Tamat PKP 1)
Hari terakhir PKP 1.  Selepas 2 minggu di rumah dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan PKP.  Boleh urus masa dengan baik untuk kerja dari rumah dan juga urus keperluan keluarga.

Monday 23 March 2020

resepi tepung pelita


23 Mac 2020
Simpan dulu link resepi tepung pelita kat sini resepi Tepung Pelita FB Masakketak.
Update : 17 April kita masak tepung pelita ikut resepi atas tu.

Friday 20 March 2020

Hari ke 3 PKP


20 Mac 2020 
Jumaat, Hari ke 3 PKP.   Hari ni solat Jumaat tidak dibenarkan.  Sebenarnya minggu lepas pon saya tak benarkan suami dan anak-anak ke masjid solat Jumaat selepas keluar berita berkenaan Perhimpunan Tabligh di Sri Petaling pada hari Khamis.  Kat kampung ni ramai juga kumpulan tabligh, samada diorang pergi ke tidak tak pasti tapi dalam ramai-ramai tu mesti ada yang pergi kan.  Firasat je.  Tak salah beringatkan.  Jadinya minggu ni minggu ke dua suami dan anak-anak tak pegi solat Jumaat.

Thursday 19 March 2020

Hari ke 2 PKP


19 Mac 2020  (1st PKP)
Hari ke 2 PKP.  Tengah siram pokok, ada van jual barang-barang keperluan harian.  Alhamdulillah tak payah nak ke pasar beli lauk atau barang-barang lain.  Van datang setiap, tetapi memandangkan hari ni Khamis, esok Jumaat van tak menjaja.  Sabtu juga van cuti.  Ahad nanti baru van datang balik, jadi beli stok banyak sikit, agak-agak cukup hingga Ahad.  Ikan setengah kilo, ayam seekor, ikan masin emmm gitu la lebih kurang stok barang keperluan kami.  Lain-lain barang boleh beli kat kedai runcit sebelah rumah.  Senangkan.

Wednesday 18 March 2020

1st Day of PKP


18 Mac 2020  (1st PKP)
Hari ni hari Rabu, hari pertama PKP.  Takut dan risau sebab tak tau bagaimana nak habiskan 2 minggu ni.  Tak tau bagaimana rupa CORONA VIRUS atau Covind-19.  Banyak yang tak tau dan tak paham.  Apa yang penting  DUDUK RUMAH.  Bukan senang untuk kerajaan membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Tak paham sangat pun apa PKP tu.  Ramai yang panic buying.

Tuesday 17 March 2020

Hari terakhir sebelum PKP


17 Mac 2020
Hari terakhir sebelum PKP bermula.  Pegi kerja macam biasa, settle kan apa yang patut kat pejabat.  Batalkan mesyuarat yang telah dijadualkan pada 29 Mac 2020 dan juga taklimat pada 2 April 2020.  E-mel dan contact semua yang terlibat maklumkan pembatalan program-program dan tempahan makanan.
Jam 11.20 pagi dapat call untuk hadir mesyuarat ad-hoc.  Mesyuarat penubuhan JK Bilik Gerakan.  Kami bincang dan putuskan segala keperluan bilik grakan dan pegawai-pegawai yang terlibat.  Bilik Gerakan hanya akan dibuka jika diperlukan.   Sebelum balik hari ni, kami siapkan keperluan bilik gerakan.  Then off PC, tutup pejabat.  Jumpa lagi 2 minggu.  Tu pon jika tak dilanjutkan.  Hopefully.