Wednesday 30 January 2013

Ku Pujuk-pujuk Ku Bawa Lari

salam.

Hari ni terasa terpanggil untuk berkongsi cerita pasal kes-kes penipuan dan kecurian yang berlaku pada minggu lepas di sekitar kampung kami.  Ada pelbagai taktik dan muslihat yang digunakan untuk menipu dan mencuri.

Kes Pertama : Bantuan Banjir

Seorang makcik telah diragut barang kemas dan kemudiannya ditinggalkan ditepi jalan sunyi.  Kisahnya bermula bila sorang makcik telah dikunjungi oleh seorang pemuda dengan menyatakan makcik tersebut telah terpilih sebagai penerima bantuan banjir.  "Makcik jangan bagi tau sesapa makcik dapat bantuan ni sebab hanya makcik sorang yang dapat bantuan ni, esok saya datang bagi borang untuk makcik isi." pesan pemuda kepada makcik dan berlalu pergi.  makcik patuh pada janji dengan tidak memaklumkan kepada anak-anak mengenai bantuan yang bakal diterima.

tengah hari esoknya, pemuda tersebut muncul di depan rumah makcik tanpa membawa apa-apa.  "Maaf le makcik, borang basah kena hujan.  Makcik ikut je lah saya, kita pegi isi borang." kata pemuda tersebut.  Makcik pon terus membonceng motosikal pemuda tersebut menuju ke bandar pasir mas.

Bila sampai di kawasan ladang getah dan sunyi, pemuda tersebut telah berhentikan motosikalnya dan menolak makcik dari motorsikal serta merampas gelang tangan dan rantai emas yang dipakai oleh makcik.  Makcik yang terpinga-pinga ditinggalkan kesorangan di kawasan tersebut.  Dengan berbekalkan duit (nasib baik pemuda tersebut tidak merampas sama beg duit) yang ada, makcik menahan kereta dan pulang ke rumah.  Oleh itu, hati-hati ya semua dengan pelbagai helah dan taktik penipuan di dunia serba canggih nih.

Sunday 27 January 2013

Sempena Maulidur Rasul

salam.

Dipastekan Petikan dari FB Sudi Ayahe Gilang Untuk perkongsian bersama (Terima kasih Sudi Ayahe Gilang) :

Percakapan antara Rasul & iblis...

Rasulullah (R) bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak shalat?”
Iblis (I) menjawab: “aku merasa panas dingin dan gemetar”
R: “kenapa?”
I: “Sebab setiap seorang hamba besujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat”
R: “jika seorang umatku berpuasa?”
I: “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
R: “jika ia berhaji?”
I: “aku seperti orang gila”
R: “jika ia membaca Al-Quran?”
I: “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
R: “jika ia bersedekah?”
I: “itu sama saja org tsb m'belah tubuhku dgn gergaji”
R: “mengapa bisa begitu?“
I: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, yaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya,
R: “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
I: “suara kuda perang di jalan Allah.”
R: “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
I: “taubat org yg bertaubat”
R: “apa yg dpt membakar hatimu?”
I: “istigfar di waktu siang & malam”
R: “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
I: “sedekah yg diam2”
R: “apa yg dpt menusuk matamu?”
I: “shalat fajar”
R: “apa yg dpt memukul kepalamu?”
I: “shalat berjamaah”
R: “apa yg paling mengganggumu”
I: “majelis para ulama”
R: “bagaimana cara makanmu?”
I: “dengan tangan kiri”
R: “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
I: “dibawah kuku manusia”
R: “siapa temanmu wahai iblis?”
I: “pezina”
R: “siapa teman tidurmu?”
I: “pemabuk”
R: “siapa tamumu?”
I: “pencuri”
R: “siapa utusanmu?”
I: “tukang sihir (dukun)”
R: “apa yg membuatmu gembira?”
I: “bersumpah dgn cerai”
R: “siapa kekasihmu?”
I: “org yg meninggalkan Sholat Jum'at”
R: “siapa manusia yg paling membahagiakanmu­?"
I: “org yg meninggalkan shalatnya dgn sengaja”


Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak

salam.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Tengah telah berakhir semalam.  Jumlah LIKE dah cecah ke 4259 hari ni.  Moga kita dapat melihat peningkatan mendadak selepas berlangsungnya Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak akan diadakan di SMK Sacred Heart, Sibu pada 29 Januari 2013 hari Selasa ni. Jomsss pakat pegi ramai-ramai ke Sibu, Sarawak.


Maklumat terkini mengenai aktivti dan program gm1m boleh juga diperolehi dari blogspot gm1m, alamat blogspot gm1m : http://gm1monline.blogspot.com/ .  Blogspot ini yang telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis Himpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Zon Tengah di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, ianya dinamakan Buletin Guru Muda atau lebih dikenali sebagai GM1M Online.

GM1M Online akan menjadi satu ruangan bagi guru muda mencurahkan pelbagai bentuk idea yang dapat dikongsikan bersama melalui media terkini iaitu internet. 

Buletin ini diusahakan oleh Sekretariat Guru Muda yang menjadi satu lagi media baru bagi golongan guru muda di seluruh negara selain dari Facebook GM1M, di mana pelbagai pihak telah menggunakan media itu untuk berbincang dan mencetuskan pendapat masing-masing secara terbuka. Kini, Buletin Guru Muda pula akan digunakan bagi memaparkan berita dan bahan mengenai kejayaan dan aktiviti guru muda.

Petikan Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia : Kita sudah pelbagaikan. Manfaatkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan rakan penggerak yang telah berjaya menghasilkan buletin ini.

Petikan dari buletin GM1M Online : GM1M Online adalah sebuah penerbitan rasmi yang diterbitkan secara online dan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Buletin ini digerakkan oleh Sekretariat Guru Muda Kebangsaan dan membuka peluang kepada semua guru muda dari segenap peringkat di seluruh negara untuk menyumbangkan bahan kepada buletin ini. Panduan mengenai penghantaran berita boleh diperolehi menerusi Facebook GM1M.


Wednesday 23 January 2013

Amanat Tahun 2013 KSN

salam.

Semalam 22 Jan 2013 telah berlangsung amanat tahun baru 2013 oleh KSN di PICC, Putrajaya.  bagi kami di Chesiti WanKembang ni dapat tonton secara live  streaming menerusi jaringan internet di Dewan Kebudayaan, JKK Negeri Kelantan di Tanjong Chat, Kota Bharu.  Ramai menajwat awam yang hadir ke majlis berkenaan bagi mendengar hasrat hati seorang KSN walau pon hujan turun mencurah-curah.

Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Beberapa soalan yang telah dikemukakan oleh wakil penjawat awam yang hadir telah dijawab terus oleh KSN.  Antara isu yang diutarakan adalah mengenai kekurangan kuaters di Putrajaya dan kadar rumah sewa yang tinggi di sana.  Bagi isu ini, KSN akan berbincang dan berusaha untuk menambah kuaters di putrajaya dan mengkaji kembali elaun perumahan yang telah diberikan kepada penjawat awam.

Isu mengenai lantikan atau kenaikan pangkat juga diutarakan.  Berkenaan isu ini, pihak kerajaan juga akan melihat kaedah lain yang bersesuaian bagi menilai prestasi penjawat awam dan memberi kenaikan pangkat.

Mengenai isu pembayaran kenaikan gaji bagi yang telah mencapai gaji maksimum sebagaimana yang dijanjikan dalam bajet 2013, perkara ini akan cuba diselesaikan pada Feb 2013.  Gitu le sedikit sebanyak isu-isu yang sempat masuk dalam memori ku.

Bagi amanat beliau plak, ada dicatat tapi lebih senang korang rujuk terus TEKS UCAPAN KSN. (sebenarnya kami dah tak rajin nak menulis !!!!)


11 Rabiul Awal

salam.

Hari ni 23 Jan 2013, Rabu kami masih bekerja di pejabat yang sama dengan membuat kerja-kerja rutin harian.       Sesekali membuka laman sosial seperti FB banyak membuka mata dan minda mengenai kenalan-kenalan di sekeliling kita, walau pon telah lama tak bersua muka tetapi setiap berita suka-duka dapat dikongsi bersama.

Menambah beberapa kenalan lama ke geng FB, secara tak langsung dapat mengetahui keadaan rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.  Ada pelbagai kerjaya yang mewarnai kehidupan masing-masing.  Hari ni terjumpa seorang kawan lama yang telah menjadi tuan punya (tokey) bisnes online Edaran Selindah sejak 2005.  emmm tahniah atas kejayaan beliau, moga terus success dan berkembang maju !!!  

Ada rakan sekolah yang telah bergelar Dr (phd) nun di Skudai sana selepas beberapa tahun menyambung pengajian beliau di USA.  Ada juga yang telah bergelar doktor pakar.  Ada yang menjadi usahawan farmasi yang berjaya dengan beberapa cawangan kedai farmasi di Kelantan ni.  Tak kurang juga yang bekerja macam aku di pejabat-pejabat sama ada swasta atau awam atau separuh swasta.  Ada yang telah membuka spa sendiri, ada plak yang buat jualan kek & biskut melalui FB dan pelbagai lagi ... alhamdulillah !!!  Nak tulis semua terlalu banyak.  Sekadar tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan semua.  Insya Allah panjang umur kita akan bertemu lagi.

Esok 24 Jan 2013, Khamis  bersamaan 12 Rabiul Awal - Hari Maulidur Rasul.  Selain hari cuti umum,  boleh lah dijadikan hari untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara sesama insan dan hamba Allah di dunia yang sementara.

Tuesday 22 January 2013

Lagu Transformasi Pendidikan Negara

salam.


Beberapa hari lepas dapat emel dari KPM mewar-warkan Lagu Transformasi Pendidikan Negara.    jadi di sini nak kongsi dan war-warkan lagu terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Lagu ini dinyanyikan (diperkenalkan) semasa Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.


Lagu ni digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.



Kalu nak memuat turun lagu tersebut, sila link ke pautan di bawah ya:

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002706.zip


Pusat Panggilan 1 Malaysia

salam.

Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03 8000 8000.



Kami sekadar menghebahkan peluasan 1MOCC kepada warga pengguna alam maya, menyampaikan / memanjangkan hasrat pihak MAMPU (mewakili pihak kerajaan Malaysia) dalam menjayakan promosi 1MOCC.

hehehe tetiba je mengUPLOAD entri-entri formal !!!  Selamat membaca dan berkongsi maklumat.


Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Tengah

salam.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia akhirnya muncul kembali.  Selepas ditangguhkan beberapa kali, gm1m  peringkat zon tengah akan diadakan di Negeri Selangor pada 26 Jan 2013 iaitu hari Sabtu.  So bagi yang nak merasa kemeriahan gm1m dan menyaksikan kehebatan para guru muda di Malaysia, dijemput menjenguk beramai-ramai dan bersesak-sesak di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Bgai yang tak pernah berkunjung ke Sabak Bernam inilah masanya memulakan langkah kunjungan pertama anda ke bumi Sabak Bernam (kuat mempromosi macam le aku urusetia program - hehehehe).  maaf le ya, sekadar menyampaikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewar-warkan program ini - tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.


Nanti jangan lupa plak LIKE fb gm1m, bagi bertambah-tambah ramai yang LIKE fb gm1m.    Alamat gm1m di facebook : http://www.facebook.com/GM1MALAYSIA.  hari ni 22 jan 2013 jumlah like dah cecah  ke 3,865 ... harap-harap lepas berlangsungnya program di Sungai Besar, angka LIKE akan cecah ke 5K.



Monday 21 January 2013

Siakap dan Baby Jagung

salam.

Sure sesapa yang tengok entri ni semalam rase jaki je kan....hehehe ada gambar je tanpa sepatah kata.  Teringat plak satu iklan kat TV - kekadang berkomunikasi dengan berdiam diri .... emm gitu le lebih kurang maksud ayatnya (aku lupo diolog yang betulnya, maaf ya).  Maknanya walau pon tanpa berbicara tetap berlaku satu interaksi yang membuatkan dua atau satu kumpulan insan memahami antara satu dengan lain.



Contohnya emmm biasanya bila merajuk atau tak menyetujui sesatu perkara, orang akan berdiam diri tanda protes, yup protes dalam diam.  So pihak satu lagi biasanya akan paham bahawa perkara tersebut tidak mendapat persetujuan dan perlu dihentikan seketika supaya tidak membawa kepada pentengkaran atau perbalahan yang lebih besar.  erkkk apa kaitan dengan ikan siakap ???

Ikan siakap direbus bersama baby corn diubah suai dari resepi stim yang asal atas permintaan warga IsRaQRestHouse (suka juga buat sebab simple n sedap).  Sori le semalam tak sempat nak menulis, lepas upload gambar ada keje urgent, pastu terPUBLISH plak !!  So pagi ni pepagi datang trus sambung entri yang tercicir ni.


Merebus Siakap Rencah Kukus

salam.

Buat lagi sekali atas permintaan warga IsyRaQRestHouse !!!  Merebus ikan siakap.





Sunday 20 January 2013

Ikan Tongkol Goreng Bersos

salam.

Mari kita makan ikan tongkol goreng bersos dan berkacang.

Ikan tongkol tu rebus dulu bersama 2 keping asam keping (gelugur kering) dan garam.  Bila dah masak, sejukkan dan toskan airnya.  Lepas tu, panaskan minyak dan goreng garing.







Bagi bahan sos plak :

4 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos cili, 4 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih ditumis dalam minyak panas.

Agak-agak dah garing, masukkan ikan, bawang besar dan kacang dan tomato, tutup api.  eh jangan lupa rase bagi cukup masam dan manisnya.  sila tambah apa-apa yang kurang. emmm kalu terlebih plak camne .. tambah le air ke tepung ke atau ubi ikut kesesuain masakan.

Pisang Goreng

salam.

Pisang kebatu yang masih berbaki di goreng tanpa tepung dan ditaburkan gula pasir, ada orang kata goreng pisang ala thai (emm tak tau le betul ke idak).  Yang kami tahu, arwah mak pernah goreng pisang cenggini masa dulu-dulu.  Sedap bila rase lemak pisang mengadun dengan manis gula pasir yang kriuk kruik bila dikunyah.






Potong pisang kebatu dan goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.

Bila dah agak garing dan masak, angkat serta taburkan gula pasir.  Dah sejuk sikit tu bolehlah makan bersama kopi o panas kaw kaw.

Sori le korang kena natap pisang-pisang ni.  Hehehe saje je buat entry maratho pisang kebatu.

Catatan tambahan pada 22 Jan 2013 :
Terjupe blog ni yang memaparkan pisang goreng tanpa tepung.  Jom intai-intai kat blog MENU yang ori dari kelantan.  Wah menarik menu-menu yang ada kat sini, boleh dijadikan rujukan bagi masakan asli Negeri Kelantan (Chesiti Wankembang - hehehe saje mengeje dengan cara berbeza supaya nampak kelainan (dan up-to-date walaupon masih mengekalkan keaslian kampung) pada nama negeri kesayanganku ini)


Pengat Pisang

salam.

Pisang kebatu kembali !! heheeh versi pengat pisang.  Siap le korang kena tengok pisang kebatu beraksi, nak bagi abis setandan.

Resepi pengat pisang boleh le diceduk kat blog-blog yang femes. Untuk versi kami, biasa le versi simple je.

Bahan-bahan :
1.  7 Biji Pisang
2.  Santan Pekat RM2.00 (guna separuh je)
3.  2 Air gelas air (sesuaikan dengan pisang)
4.  2 keping nise (ikut kemanisan masing-masing)
5.  1 sudu teh garam (secukup rase masing-masing)
6.  5 sudu besar biji sagu



bersihkan Pisang Kebatu yang telah dipotong dua atau tiga secara menyerong. Masukkan pisang ke dalam periuk.  Dalam periuk yang sama masukkan santan RM1.00 ditambah air 2 gelas - agak-agak tenggelam pisang dan dua keping nise (gula melaka) yang dipatah-patahkan serta biji sagu. Kalu nak manis lagi boleh ditambah gula atau gula perang.  Masak atas api sederhana sambil dikacau perlahan hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.






Bila pisang dah empuk atau masak, tutup api.  Hidang time panas atau sejuk.  (letak ais pon sedap).

Kalu rajin tu, masak la pulut sikit, sure lagi sedap !!

Antara blog yang ada resepi pengat pisang Teratak Impian dan SukeSukeMasak (Seharum Kasturi).

Sira Pisang

salam.

Dah lama mengidam nak makan sira pisang kebatu (bahasa suratnya aku tak tau le panggil apa pisang jenis ni).  Pisang ni paling sedap disira atau pengat atau pon goreng, boleh juga direbus.  Korang nak makan gitu je pon boleh (udah namanya makanan sure boleh makan kan) tapi rasenya tak menyengat macam dimasak.  tak kisah le kita masak macam mana tapi rase isi pisang kebatu akan jadi sangat sedap.  Kalu dapat makan yang sira memang terbaik nya lah.


Yang ni kami sira pakai manisan (gula melaka) dan gula perang.

Buat dalam 4 biji je, jadi pakai sekeping nise (gula melaka), sesudu gula perang, garam dan air.   Masak hingga pisang masak dan kuah pekat.  Air jangan banyak sangat, agak-agak hampir tenggelam pisang dalam periuk je dan masak dengan api sederhana.  Kecilkan api bila dah mendidih sebab takut hangus karemelnya.

Dah siap tu boleh ngap ramai-ramai.  Pisang ni kami amik kat belakang IsyraQRestHouse je.


Ikan Rebus Air Asam Jawa

salam.

First time cuba masak ikan rebus air asam resepi dari MyResepi ... simple n sedap.

Kami buat lebih ringkas, rebus je ikan dengan air asam jawa dan garam.  Bila dah masak, masukkan hirisan bawang merah dan tutup api.  Dah agak sejuk masukkan hirisan buah tomato dan  air limau nipis.

Kami tak guna belacan sebab alergik dengan makan laut.  Cili pon tak letak sebab the kids in the house pon nak makan ikan rebus juga.

So bagi yang gemar belacan dan suka pedas, ikut le resepi asal.  Hehehe aku ni main suka-suka je modify resepi asal.  Selamat mencuba ya.

Di blog Rabeah DI SUBUH YANG BENING pon ada resepi yang seakan sama, korang boleh rujuk kat sini.

Boleh juga rujuk di INTAI DAPUR atau refer terus di Farra Diaries.  Banyak resepi yang ada, just kena rajin cari dan yang lebih penting try buat (cewah ngajor orang plak).  Setiap resepi tu ada keistimewaan yang tersendiri.  Terima kasih tuan punya resepi. 

Cucur Kelapa BerKentang

salam.


Hari ni baru ada semangat tuk masukkan entry yg dah lama bekepok dalam pc.  Upload gambor cucur kelapa berkentang atau cucur kentang berkelapa.  Mana-mana lah janji makan sedap.

Menghabiskan baki kelapa muda lebihan ubi gadung, so campurkan saje dalam adunan tepung gandum.  Lepas tu potong kecik-kecik dua biji ubi kentang.  Gaul bersama adunan tepung gandum hingga sebati, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Dah siap, boleh lah goreng dalam minyak panas hingga kekuningan dan garing.  Dah sejuk sedikit, hidang dan cicah dengan sos cili.  Dua biji fishball sebagai penyeri hidangan.

Thursday 17 January 2013

Mencapai Tergapai-gapai

salam.

Hari ni masih lagi dalam proses installing driver ... baru je siap install driver printer dan dalam proses intall samsung Kies.  Dah terasa pening-pening lalat tengok 2 pc nih. Copy sana Paste sini ... lahai jangan le tertinggal fail2 yang penting !!!


Kepala otak ni tengah pikir dan mengapai apa yang hendak dicapai emmm makin terasa berat kepalaku ini.  Nak kena alihkan perhatian ke tempat lain sekejab.  Bagi clear point-point yang blok di otak.  Menulis blog pon caca merba dah.

Dalam busy mencari driver dan software yang sesuai dengan windows7-64bit (banyak kena download dulu).     Bila dah start buat keje baru le perasan ada fail-fail dan software serta driver yang termiss.  Payah le nak capai sesatu perkara dengan cepat. 

Pastu cuba buat update SKT di HRMIS emmm duk hanging gitu je !!!!



Wednesday 16 January 2013

Got New PC

salam.

selepas beroff day...langsung tak berupdate blog heheheh.  duk buat-buat busy dengan koje-koje ofis.  Tengah hari tadi dapat PC baru...so try test update blog dari pc baru.  emmm banyak benda lagi tak install dan setting.  Rase penat n pening-pening lalat kena install macam-macam software lepas PC korupt belum abis lagi ... n today sekali lagi membuat keje instalasi dan menyeting (jangan rujuk kat blog ni tuk buat karangan bahasa melayu korang ya). fuuhhhh !!!

Sekarang ni tengah berserabut kepala (sesambil tu tengah copy fail2 keje ke dalam pc baru) ...  lahai kena dua kali copy ni yang tak berapa nak rajin.  Copy masuk dalam extenal dulu baru pindah ke PC baru ... kalu fail dua tiga boleh le ... ni tak terkira. adeh sakit kepalaku walaupon pc baru n lama yang kena keje hehehehe aparaaaa !!!  kalu dua2 ada network kan senang.

Sunday 13 January 2013

14 Jan : My Off Day Again !!

salam.

jupe lagi on Selasa

Santapan Hujung Minggu

salam.

Untuk brekfes, masak macaroni sup sayur n telur.  Simple je rencah dan bahannya.  Masakan pantas dan ringkas.  Rebus macaroni bersama air hingga kembang dan masak.   Masukkan bawang putih dan bawang besar  yang telah dipotong dadu serta kiub ayam.  Masukkan telor yang telah dikacau skit.  Masukkan sayur dan tomato yang telah dipotong.  Tutup api dan hidang.  Yumm yumm makan panas-panas.


Tengah hari, masak telur dengan ikan kembong jeruk.  Harga ikan kembung jaruk sekarang RM5.00 bagi 3 ekor.

Potong bawang besar.  Kalu nak pedas masukkan cili.  Bersihkan dan potong kecil-kecil seekor ikan kembung jeruk.  Gaulkan bawang besar, 2 biji telur ayam dan ikan jeruk (tak perlu garam sebab ikan dah masin).  Sodap dimakan bersama nasi putih panas.







Di musim hujan ni memang sedap makan ikan jeruk atau pun ikan budu.  Kalu tak nak makan dengan telur, goreng terus pon boleh.

Goreng dengan telur sebenarnya nak rasikan atau kurangkan rasa masin ikan jeruk ni.











Bila digoreng garing takat sekor ikan dengan sepinggan nasi tu kejab je boleh habis.  Tak cantik sangat hasilnya sebab masa nak balikkan telur tu, patah tengah.  Apa pon rase tetap maintanin !!!













Lepas tu masak plak ikan tongkong singgang ala stim.  Ini resepi percubaan.  Rasanya tak sesuai dengan selera kami.  So next time ikan tongkong masak singgang biasa je, letak bawang merah, bawang putih, lengkuas, asam keping dan garam.







Ni plak ulang tayang pulut dan ubi gadong yang kami masak.  Baru pertama kali masak sendiri sib baik menjadi.
Ubi gadong ni beli kat pasar RM5.00 sekilo.  Balik rumah basuh dan masak saje.  Tak berkesempatan nak buat proses meNYAHkan racunnya sendiri.  Beli yang dah siap proses je senang. 

Ubi Gadong

salam.

Ubi gadong adalah salah satu makanan nostalgia di kampung kami.  Masa zaman persekolahan dulu, kami bergotong royong mengopek dan membersihkan ubi gadong.  Selepas diperam (direndam dalam air yang banyak dan mengalir) beberapa hari, ubi gadong akan dimasak bersama pulut.  Selepas itu digaulkan dengan kelapa muda yang telah diparut dan digaul bersama gula dan garam.  Boleh juga digantikan dengan gula melaka.  Sedap.

Ubi Gadong is one of nostalgia food in our village. Long time ago (our childhood memory), we cooperate ubi Gadong peeling and cleaning. After fermented (soaked in water and drained) in a few days, Ubi Gadong and glutinous rice are cooked together. After that, we mix it with the grated coconut (mixed with sugar and salt). Can also be replaced with sugar. Eat it. Tasty.

Ubi gadong yang telah diperam ni sedikit berbau.  So pastikan dibasuh bersih sebelum dikukus atau dimasak bersama pulut.

Gadong tubers that have fermented would be little smelly. So be sure to wash thoroughly before steamed or cooked with glutinous rice.

Ubi gadong atau nama saintifiknya Dioscorea spp, termasuk dalam spesies Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata yang mempunyai perbezaan dari rupa bentuk fizikal dan juga kimia antara satu sama lain.

Ubi Gadong or scientific name Dioscorea spp, including the species of Dioscorea hispida, and Dioscorea alata Dioscorea piscatorum a difference from the appearance of the physical and chemical forms of each other.

Pokok Ubi Gadong berdaun macam daun sirih, jenis menjalar dan batangnya berduri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza, Dioscorea hispida - ubinya berwarna kuning; Dioscorea piscatorum - berwarna kemerahan dan Dioscorea alata - ubinya berwarna kuning kemerahan.

The Ubi Gadong Tree leafy variety of betel leaf, and stem thorny vine type. Roots of different sizes, Dioscorea hispida - yellow roots; Dioscorea piscatorum - reddish colored and Dioscorea alata - red yellow roots.

Ubi gadong boleh dimakan tapi awas ianya beracun - boleh mabuk.  Berdasarkan carian google ubi gadong mempunyai nilai perubatan. Kajian saintifik menunjukkan ubi gadong mengandungi sejenis sebatian yang beracun iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air. 
Gadong tubers can be eaten but beware it is toxic - can be drunk. Based on google search Gadong tuber medicinal value. Scientific studies show Gadong tuber contains a poisonous compound that Dioscorine alkaloids that are soluble in water.
Oleh itu sebelum dimakan ubi gadong mesti (wajib)  direndam dalam air yang mengalir selama 5-6 hari, air yang mengalir akan melarutkan kandungan Dioscorine dalam ubi.   Setelah alkaloid Dioscorine disingkirkan, ubi gadong tidak lagi beracun malahan berupaya memberi nilai perubatan kepada manusia. Marvelous.
 
Therefore before eating tubers, Ubi Gadong must (required) soaked in running water for 5-6 days, running water will dissolve Dioscorine content in tubers. After alkaloid Dioscorine eliminated, sweet and poisonous Gadong even able to provide medicinal value to humans. Marvelous.

Ubi Gadong adalah salah satu keunikan di Negeri Kelantan walaupun orang kelantan sendiri ramai yang tidak pernah mengenali apatah lagi merasai keenakannya.


Ubi Gadong is one of uniqueness in the State of Kelantan. Although many of the Kelantanese themselves did not know about it what more to feel its tasty.

Wednesday 9 January 2013

7 Jan : Today are My Off Day

salam.

7 Jan lepas, amik off day sehari je.  Nak bawa nak ke klinik sempena umuqnya setahun.  Lepas balik dari klinik, anak-anak tidur.  Apa lagi masuk dapur n masak.  Di sebabkan dah plan nak kluar selepas zohor, maka kami masak pulut jagung saja.

Malam tadi dah potong kecik-kecik dan rebus jagung dalam rice cooker (masuk garam sikit).  So pagi ni hanya cuci pulut, masukkan pulut dalam rice cooker, lepas tu masukkan santan dan gula melaka (nise kelate) sekeping.  Biarkan masak dalam tu.  Tengah hari tu kami makan pulut jagung dan cucuq jagung cicah sos cili.
suka suki dia je nak tayang jari-jari montoknya
masa snap pic jagung


Disebabkan kelam kelibut time masak, maka terlebih air, maka jadilah pulut jagung yang lembek !!! Maka jadinya segan lah nak tayang kat sini. HEHEHE :(  


Petang tu bawa anak ke Pangkalan Chepa menjemput adik yang balik dari KL kerana urusan peribadi beliau.  Balik kojab je, malam esoknya 8 Jan she fly back to KL (as story in previos blog - HAHAHA cerite time hantar balik dulu baru cerita pi amik .. ... sape la yang buat karangan cam ni --- ni kira cerita FLASH BACK kihkih )

Tetiba Terasa Rajin

salam.

Dah beberapa hari tak mengUPDATE blog, duk main buka tutup ...buka tutup je.  Tetiba je petang ni terasa nak menulis.  Tang idea apa nak tulis tu takat ni memang tak de.  Just tulis apa yang terpikir je.

Malam tadi ke airport Pengkalan Chepa menghantar adik balik ke Subang.  Angkut anak-anak sekali.  Sesampai je si abang dah teruja tengok troli - direnungnya tak berkelip macam kagum sangat tengok benda tu, apatah lagi bila ada plak orang lain yang naik troli.  Bila di offer "abang nak naik", sengih nye memanjang dan terus panjat troli Mak Lang yang dah kosong lepas check in.  Senyum sehingga sampai ke ruangan pelepasan masuk.

Sempat juga singgah kat kedai di sebelah ruangan pelepasan.  Melayang RM30.00 kat situ bila dah ada suara halus berkata "mainan abang" sambil tangan montel mengambil mainan dan terus melekat kat tangan, tak lepas-lepas. Dah siap shopping, baru hantar masuk ke pelepasan.

Selepas Mak Lang dah masuk dalam, on the way ke parking kereta, sekali lagi ajak si abang naik troli.  Suka sangat dia bila kami tolak sampai ke kereta.

Sepanjang on the way balik, si adik asik merengek maklumlah dah time tidur, baru suku perjalanan si abang dah lena.  Si adik kejab main, kejab menyusu, kejab merengek hingga sampai rumah.  Dah sampai rumah, masih lagi bermain sorang-sorang hampir sejam juga le baru si adik terasa ngatuk n terus lena.

Gitu le kisah anak-anak melawat airport.  dah lama tak meronda waktu malam, cantik juga pemandangan sekitar Pengkalan Chepa di malam hari.  Banyak kedai-kedai makan dan restoran yang agak besar dan femes di sepanjang jalan Kota Bharu -Pangkalan Chepa.  Antara yang femes Satay Malaysia, Satay Baung, Food Village, D'Mina, pelbagai restoran masakan panas ala Thai, Western dsb.  Pasaraya dan mini market juga banyak dan masih ligat beroperasi.  Pendek kata, kalu korang datang ke area Pangkalan Chepa pelbagai benda korang boleh dapat atau beli walau pon di waktu malam.