Friday 31 May 2019

Salam Ramadhan Salam Jumaat


as-salam.

Hari ni Jumaat 31 Mei 2019, kurang sehari lagi Ramadhan akan pergi.  Ramai saudara mara telah pulang ke kampung untuk beraya.

Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM ...
Baca malam ni, amalkan paling kurang bacaan..
1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.




Strength isn’t about much you can handle before you break...it’s about how much you can handle after you break........wise man said

Thursday 30 May 2019

Mencari Lailatul Qadar

as-salam

Hari ni Khamis 30 Mei 2019. 7 hari lagi Ramadhan akan pergi.  Selamat meneruskan puasa dan ibadat-ibadat lain.  Semoga kita semua berada dalam redha Allah dunia dan akhirat.


Seminggu lagi nak sambut Aidilfitri.  Persiapan raya kena siapkan juga. Anak-anak sekolah dah seminggu bercuti.  Panjang cuti sekolah tahun ni, di Kelantan bermula dari Nuzul Quran pada 22 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Selamat membuat persiapan raya dan selamat bercuti.
 

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir bulan Ramadhan, Baginda SAW akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024]


I Learned to give NOT BECAUSE I have many BUT because I know exactly how it feels to have nothing
                ....wise man said

Wednesday 29 May 2019

Learn from mistakes

Always forgive BUT never forget ...
Learn from mistakes BUT never regret

             .........wise man said

Tuesday 28 May 2019

Amalan yang jadi sahabat



Pengasas Dnars, Faziani Rohnan Ahmad meninggal dunia dalam kepenatan beliau berulang alik memberi sedekah di Thailand.

Pemandu kepada pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Abd Ghani Ngah, meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Aishah Bahar, gadis Indonesia meninggal tahun lalu sebaik selesai membaca Al-Quran seusai solat Subuh.

Ahmad Ammar, meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan menghadiri kuliahnya, beberapa tahun dulu.

Ada beberapa lagi kisah ajaib dan indahnya pengakhiran sebuah hayat. Banyak sangat.

Mereka semua ni sihat. Langsung takda apa-apa penyakit. Sungguh sihat walafiat. Lebih hebat lagi adalah.....Meninggal ketika sedang buat amalan yang mereka suka buat.

Saya ingat beberapa tahun lepas, di tempat saya bekerja, ada seorang Medical Assisstance (MA).

Arwah ni orang yang disenangi sebab tak sombong dan mudah berurusan dengan beliau.


Satu hari, kami dikejutkan dengan berita kematian arwah. Di surau tempat kerja. Sebaik habis menunaikan solat sunat Dhuha.

Sahabat-sahabat kata, arwah memang tak pernah tinggal solat tu. Ajaibnya dalam sibuk-sibuk bekerja, arwah terlihat sentiasa diberi kelapangan rezeki untuk menunaikan Dhuha.

Sentiasa Allah beri kemudahan itu.

Saya teringat Ustaz Don pernah nasihat dalam satu ceramahnya....

Kita ni manusia biasa. Biasa sangat-sangat. Bukan Rasul. Bukan Nabi. Bukan sahabat. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.

Jadi, fahamlah kalau kita punya tahap ibadah tak setaraf dengan golongan di atas.

Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!

Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah. Buat sampai jadi sebati dalam diri. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita dekat mana-mana pun. Yang bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.

Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.

Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu buat. Yang mereka suka buat. Amalan yang dah jadi sahabat.

Husnul khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.

InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat.

Monday 27 May 2019

BAHAYA AIR KELAPA


as-salam


Banyak dari kita percaya bahwa air kelapa memiliki banyak khasiat terutama pada orang yg sedang mengalami keracunan. Dan memang sudah banyak yg membuktikan.

Tapi taukah kamu, bahwa di balik segudang manfaat air kelapa ada juga bahaya yg mengintai bagi yg blm faham akan reaksi elektrolit pada air kelapa.  (Pelajar sains patut tau ni.)Jangan sesekali meminum air kelapa dengan campuran sirup dan ais pada waktu siang  di bulan Ramadhan karena itu akan membatalkan puasa.
Sekian, semoga bermanfaat 🙏

Sunday 26 May 2019

Ayam Phat Phet

as-salam.

Hari ni kita masak ayam phat phet ikut  resepi Azie Kitchen.  Sedap.  TQ Azie Kitchen kongsikan resepi.

Ayam Phat Phet Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam

Bahan kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
Cili padi (ikut suka kepedasan)

Lain lain
1 batang serai (titik)
4 daun limau purut
Asam keping
Garam dan gula


Cara cara
Tumis bahan kisar hingga wangi dan kering. Masukkan sedikit air, masukkan ayam, serai titik dan lain lain bahan. Dimasak hingga ayam masak. Masukkan garam dan gula. Kepekatan ikut suka sendiri, jika ingin berkuah, masukkan air.

Kitaran hidup manusia

as-salam.

Kitaran hidup manusia adalah:

1. Janin
2. Bayi
3. Anak-anak
4. Remaja
5. Dewasa
6. Menikah
7. Menjadi Orang tua
8. Tua
9. Meninggal

Kita sekarang di posisi No. 7, jadi tinggal 2 tahap lagi dan harus disiapkan bekal yang baik.

Namun agar tidak cepat-cepat pindah ke posisi No. 8 dan No. 9

MAKA:
Solusinya  mengulangi kembali ke posisi No. 6
Selamat mencuba...
Semoga berhasil...!!!

 *Penting: Kalau ada yang nak ke No. 6 jangan sampai bini tau takut-takut x sempat ke No. 8 dan terus ke No. 9. Peringatan utk rakan group

Saturday 25 May 2019

Nok Prangat Sikit a.k.a. Reminder Tawaran Khas Ramadhan



Ore kelate kato nok prangat sikit atau nok prangat smula, kalu mat salleh gak REMINDER.

Tawaran dan peluang berwakaf Telaga Air/ Water Tube Pump di kem pelarian Rohingya di Coxs Bazar Bangladesh dan di kem Pelarian Rohingya di Arakan Sitwe.

Sebuah telaga tiub pump berharga RM1500 sebuah yang akan dimanfaatkan oleh umat islam di Masjid2 di dalam khemah pelariaan.





Sumbangan. Oleh terus ke :
international Relief and Humanitarian Outreach (iReach)
Maybank Islamic 553038585368

Atau hubungi:
013-9197771
Johan Ariff Ismail
Pengarah iReach
Koordinator MAPIM Kelantan

Atau layari :
www.ireach.org.my

Friday 24 May 2019

Malaysia Airlines Buka 200+ Jawatan Kosong Minima SPM Permohonan Mei - Jun 2019

Assalamualaikum.

Malaysia Airlines Buka 200+ Jawatan Kosong Minima SPM Permohonan Mei - Jun 2019

Mohon jasa baik tag rakan-rakan, share / forward kepada yang lain, bantu rakan-rakan lain cari kerja.

📂 Cabin Crew
📂 Pekerja Kargo
📂 Kerani, Human Capital
📂 Technical Instructor.E&M - Training
📂 Engineer.E&M - NDT
📂 Technician, NDT
📂 MH PROTÉGÉ

📂 Kelayakan Minima SPM / STPM
📂 Tutup : 16 JUN 2019

Apply Sini : https://www.mingguankerja.com/2019/05/malaysia-airlines-may-june-2019.html

Sila Join Group Telegram : http://t.me/myjawatan

Thursday 23 May 2019

Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu

as-salam.

Petikan ucapan Allahyarham TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buat semua

Sedap kata2nya :
"Apabila kita tua, rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama, kwn sekolah & rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dgn kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kdg2 menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dpt dilupakan kerana sahabat yg baik sentiasa ada dlm hati & dlm kenangan.”

W/pun byk kali baca tapi kata2 ini amat memberi kesan... 😊😊

Wednesday 22 May 2019

Selamat bercuti sempena Nuzul Quran


Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada  17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran  dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi s.a.w.
Assalamualaikum.

Firman Allah S.W.T:
"  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar". 
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :

 "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:
" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"

petikan dari : Syariah Perak

Tuesday 21 May 2019

Ikan Bawal Emas Bakar dan Percik

as-salam.

Sempena bulan ramadhan kami masak Ikan Bawal Emas.  Kami bakar dan kemudian sediakan kuah percik.  Kami masak simple sahaja. Ikan bawal emas kami beli di Giant Super Market RM6.90 seekor.

Ikan Bakar - perap sekejab ikan dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan garam secukup rasa.  Bakar dalam ketuhar 20 minit.


Kuah Percik - 1 labu bawang besar, 5 biji cili kering, 1 batang serai, potong kecil2 dan kisar bersama santan RM2.00.  Masak dengan api perlahan.  Pastikan sentiasa kacau agar tidak berketul.  Bila mendidih tutup api dan masukkan garam secukup rasa dan juga sedikit gula.

Dah siap ... tunggu buka puasa ya baru makan.

Monday 20 May 2019

Peringatan Buat Isteri ... TerSelit Bunga

as-salam.


Tok Imam Din : "kenapa mata kau biru lebam tu Mat?"
Mat : " Kena tampar dgn bini saya la Tok Imam.."
Tok Imam Din : " Aiikk ... Betul ke ... Tapi sebab apa..?"
Mat : " sy selit bunga kt celah telinga dia.."
Tok Imam Din : " huh....romantik macam tu sekali kena tampar juga ke Mat?"
Mat : " tu lah saya pun heran sampai sekarang ni..! "
Tok Imam Din  : " Bunga apa kau selit di telinga bini kau Mat? "
Mat  : " Bunga api..!
😂😂😂😂🤣🤣🤣🤣🤣🤣😆😆😆



PERINGATAN PADA ISTERI....
Apabila suami balik dari kerja...sambutlah kepulangan suami dengan senyuman dan cium tangan suami.
Takut2 tangan suami ada bau kari mamak atau bau rokok...
🤭🤭

Sunday 19 May 2019

Buah Tal Atau Kelapa Laut

isi ni boleh di makan terus
as-salam.

Sabtu lepas, kami ke pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan untuk membeli keperluan dapur.  Biasalah macam-macam ada jual kat pasar, kelabu mata nengok, rasa nak beli semua.  Tau apa yang menarik perhatian kami ---- tada ---- buah tal atau kelapa laut.  Lama betul tak makan ... kecur liur ... Allah puasa ni.

Harganya sekarang RM7.00 satu bungkus, dalam tu ada dalam 10-12 biji.  Petua beli buah ni ialah pilih yang kecil dan nampak muda.  Jangan duk ngairah beli yang besar, sebab biasanya buah yang tua dan keras.

Malam tu apa lagi, kita buang kulit dia, basuh bersih-bersih dan ngap laaaa .... sedap.  Buah ni sedap di makan dengan cendol dan air kelapa.  Semalam kami makan terus je.  Buah yang unik tapi sedap.  Rugi kalau tak pernah cuba.

Saturday 18 May 2019

Solat dan Puasa

as-salam.

Mendalam sangat pesanan Arwah Ust. Abu Hasan Din al-Hafiz.  Anak kami, 7 tahun mula belajar puasa tahun ni.  Kami cuba sebaik mungkin melatih solat dan puasa.

Tang puasa setiap hari pesan dekat anak " Pagi ni pegi sekolah puasa, kalau tak larat buka puasa ".  Bab solat pula setiap waktu kena peringat untuk solat, kalau kami leka, maka tertinggallah solat anak-anak tetapi kami tetap cuba.

Kami pernah bertanya pada anak kenapa tak solat tadi??
Jawapan anak "Ibu tak suruh pon" membuat kami berfikir panjang .... Ya Allah inilah juga jawapan yang bakal kami dengar suatu hari nanti apabila anak kami telah dewasa dan tidak solat.  Ya Allah....salah itu kembali kepada kami.  Jadi kami peringat dekat diri kami sendiri rajin-rajinlah suruh anak solat biarlah kena ulang 10, 20 kali setiap waktu.  Sabar. Memang kena sabar, kuat, gigih dan tekun.  Jangan putus asa.  Selebihnya kita serah kepada Allah Taala.  Masih banyak ruang untuk mendidik tetapi anak cepat sahaja membesar dan masa yang kita ada hanya sebelum anak menjadi remaja.  Mungkin hanya sampai umur anak 12, 13 tahun atau mungkin sampai 15 tahun sahaja.

-----------------------------------

Dari Wsp Grp :
dengan sedihnya dimaklumkan Dato Sri Abu Hasan Din Alhafiz telah kembali kerahmatullah jam 6pagi 1/5/2019 di HKL.Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah pagi ini untuk urusan mandi dan kafan. Info terkini akan dimaklumkan.

Perkongsian dari Fb :

baru mlm tadi (30hb April.) kami mendengar ceramah arwah di surau kami di Seremban Selatan. Ceramah betmula lps magrib habis pukul 10 mlm.
Allahu .. siapa sangka. Pesanan akhir... solat tuan2 dan puan2 .. solat tu umpama buka bank akaun .. tanpa bank akaun tiada satu sen pun dpt menyimpan...banyak mana pun .. ramai mana pun orang cuba sedekah dan nak menabung utk tuan2.. jika tuan2 tiada akaun... maka sesia saja lah.

MasyaaAllah .. patutlah dia seperti tak mahu berhenti berckp memberi nasihat...itu pun dia kata .. lepas ni tuan2 jgn bertanya lagi .. jgn ganggu lagi...

Siapa sangka .. kata2nya .. ADA APA2 LAGI SOALAN? tanya sekarang .. lepas ni takde lagi dah...

Itulah ceramah terakhir arwah mlm tadi diSurau An-Nur Seremban Selatan..
Innalillawainnahirojiun..

Friday 17 May 2019

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah Anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan    segala makanan, minuman    segala minuman, ubat    segala ubat.
    Mengubati cirit-birit jika     dibancuh dengan air panas,     membuka selera,    menguatkan perut,
    membuang kahak.
  
    Elok diminum waktu pagi    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –    Nabi berkata wanita    mengandung tidak akan    gagal melahirkan anak       yang baik dari segi     perwatakkan dan     wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu    baik untuk membuang    panas badan.     Menguatkan belakang,     memperbaiki otak,     memperbaharui    pandangan mata,    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk     mata, perancang       keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan    kulit dan rambut.      Melambatkan penuaan dan    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan      tubuh dari syaitan &       bisikan syaitan selama 40        hari.

11. Air – Minuman terbaik.         Jika dahaga hendaklah       disedut perlahan-lahan,        jangan diteguk, mudah        mendapat sakit pada       hati.

RASULULLAH SAW BERSABDA :

"Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

Semoga Bermanfa'at...

Thursday 16 May 2019

SELAMAT HARI GURU

As-salam.

Hari ini sambutan hari guru peringkat kebangsaan di Pulau Pinang bersama Perdana Menteri Tun M dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Selamat Hari Guru.    Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan usaha mendidik anak bangsa dengan ganjaran kebaikan di akhirat dan keberkatan kehidupan di dunia, InsyaAllah.

Selamat hari guru kpd rkn2 yg bergelar cikgu termasuk yg dh bersara.. Guru bagaikan NTV7 kerana 'ceria selalu'
Kekadang guru seakan TV3 kerana 'menjadi inspirasi hidupku'
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana 'dekat di hati'
guru umpama pakej ASTRO kerana ' macam-macam ada'
dan paling penting guru umpama L'OREAL kerana dirimu begitu berharga!
Guru laksana DEXANDRA kerana ia wangian kehidupan...

Sekali cikgu selamanya cikgu

Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher.,

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN BERGELAR GURU...🌹🌹🌹


PANTUN TAZKIROH VERSI KELANTAN 😉

as-salam.
 
Akok kkedut tepong pelitoKepe' idung butir nako
Allah kabul doa kito
Buwi hidup buley poso

Koleh ubi bubur jagung
Taik itik tteri mandi
Sapo beramal dio brutung
Kalu tidok sangatlah rugi

Lopattikey sigho pisey
Pisey nako buat pengat
Buat amal siye maley
Moga selamat dunia akhirat

Ubi sigho tepong tukey
Jjeput bawe kuih nekbat
Syukur kito kepada Tuhey
Buwi peluwe utk betobat

Ondey ondey tepong boko
Warno hija warno putihSiye hari kito poso
Maley pulok smaye terawih

Lepat pisey lepat ubi
Roti telo roti jalo
Bacolah Quran setiap hari
Dapat pahalo berlipat gando.



Wednesday 15 May 2019

Rain Lily

Rain Lily pada petang 12 Mei
as-salam

Pada 12 Mei - Rain Lily mula menampakkan kudup2 kecil dan hanya 2 kuntum yang kembang.  Pelbagai usaha telah dilakukan agar pokok ini berbunga antaranya letak baja bunga, potong botak dedaun dan bubuh baca kopi tetapi tidak berjaya. Buntu juga, asik duk fikir kenapanya, nak buat macam mana lagi nak bagi Cik Lily berbunga.  Teringin sangat nak tengok Cik Lily berjuntai2 ditiup angin.

Bila balik kerja terpandang kudup2 kecil, ya Allah sukanya tengok.  Betullah sebagaimana namanya Rain Lily, bunga yang hanya akan berbunga bila hujan.  Sememangnya beberapa hari lepas hujan telah turun membasahi laman yang kekeringan.  Dan dia pun menguntum.


Rain Lily pada pagi 13 Mei
Siramlah banyak mana air, hatta tanam ditepian kolam atau tasik sekali pun, Rain Lily tidak akan berbunga jika tiada hujan.

Bila hujan turun walaupun hanya renyai-renyai, Cik Lily akan mula mengeluarkan putik-putik bunga tak kira warna merah atau putih,  sama sahaja sifatnya.

Rain Lily pada petang 13 Mei












Balik dari opis, kami melawat Cik Lily sekali lagi.  Semua dah menguntum kecuali 3 kudup, kita tunggu esok hari.  Semasa snap gambar dah lewat petang, bunga-bunga Cik Lily sudah sedikit mengucup, lagipun cuaca panas terik.

Tuesday 14 May 2019

DIAM - TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

as-salam.


Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata "Ternyata diam boleh membatalkan puasa"..

Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam sarapan pagi

Diam-diam minum cendol

Diam-diam makan maggi

Diam-diam merokok

Diam-diam makan dalam kereta.             😂😁

Monday 13 May 2019

Selamat Pagi

Alhamdulillah hari ini kita semua masih berpeluang menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan yang mulia ini.


Never Stop Being a Good Person because of bad people around you

            .........Wise man said

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Oleh itu, jom kita sama bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
Sesungguhnya janji Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat.

Sunday 12 May 2019

Selamat Hari Ibu

as-salam.

SELAMAT HARI IBU utk semua yg bergelar ibu
💝💝💝💝💝💝💝💝💝
Smoga cerdikmu secerdik AISHAH.....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH.....
👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH.....
☑☑❤❤☑☑❤❤☑
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH.....
🌷🌷🌷🔑🔑🔑🌷🌷🌷
Dan moga tmpatmu d syurga
AL-JANNAH.....
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
SELAMAT HARI IBU.....
❤❤❤♥❤❤❤
Tapi bagi kita setiap hari Hari Ibu...

---------------------------------------------------------------------------

💖💚💚💙💙💜💜💖💖
Lembut wanita kerana senyumannya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
Selamat Hari Ibu..
,•’``’•,•’``’•,
’•, HAPPY
 ’•,,•’
   ,•’``’•,•’``’•,
   ’•,   mommies
    ’•,,•’
       ,•’``’•,•’``’•,
       ’•, DAY.   . •
        ’•,,•’buat semua yg bergelar ibu❤
💞💞🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💞💞

Saturday 11 May 2019

5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


as-salam.

1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat SOLAT SUNAT

2. Meninggalkan hari-hari Ramadhan TANPA BERSEDEKAH

3. Menunggu waktu berbuka TANPA MEMOHON DOA

4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR atas alasan letih berpuasa

5. Langsung tidak membuka/membaca ALQURAN





P/s: Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja kerana mungkin ini menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Hargai & manfaatkan peluang yang dipinjamkan sebaiknya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi di bulan Ramadhan. InsyaAllah.

Pleasure in a Job puts Perfection in a Work...When Work is a Pleasure Life is a Joy

             .........wise man said

terima kasih kepada penulis asal.  moga perkongsian ilmu berterusan.

Friday 10 May 2019

Berbuka di HQ Bank Islam

 As-salam.

Sapa2 area KL x sempat balik buka posa di rumah, boleh singgah ke HQ Bank Islam utk berbuka. Setiap hari sepanjang ramadhan. Makan buffet, standard hotel. FREE AJER


Fasting of the body is Food for the Soul...Fasting is only 1% of Not Eating and Drinking but the rest of the 99% is bringing your Heart and Soul Closer to Allah S.W.T

              .........wise man said

Wednesday 8 May 2019

Buat wanita bergelar ibu

as-salam.

sempena hari ibu pada ahad minggu ke 2 bulan Mei  (2nd sunday of may)

Buat wanitaYg bergelar😘😘
. Emak 💕 Ibu 💕Umie 💕 Bonda 💕 Mama 💕Mummy 💕

Yg sejati Ibu Kandung,
Yg famous Ibu Tiri,
Yg Ringan Ibu Angkat,
Yg Miang Ibu Keladi,
Yg Tembam Ibu Roti,
Yg Ramai Ibu Tunggal,
Yg Penting Ibu Jari,
Macam2 Ibu Ada.....
Yg Penting Anda Tetap Ibu Yg Dicintai Dan Dikasihi........

❤ SELAMAT HARI IBU ❤
Walau Macamana Sekalipun Setiap hari ada lah HARI IBU Yang Kerjanya Tak  Pernah Habis2 Untuk Kebahagiaan Keluarga Dan Rumahtangga . . . . . . . ..😘😘😘❤❤❤🌹🌹🌹

"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DIDLM GROUP INI  SEMOGA SENTIASA DIDLM keadaan sihat selalu"

 ❤"

Tuesday 7 May 2019

23 biasiswa di dalam negara

as-salam

Minta jasa baik semua pihak untuk disebarkan info penting agar ianya diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

Berikut ialah 23 biasiswa di dalam negara yang sedang dibuka permohonannya (klik pautan untuk memohon).

1) Sabah State Govt. Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/sabah-state-government-scholarship-2016
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)

2) MREPC Scholarship Award
https://afterschool.my/scholarship/mrepc-scholarship-award-2018-undergraduate-studies
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)

3) Genting Malaysia Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/genting-malaysia-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)

4) Gamuda Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/gamuda-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 28.04.2019)

5) Tunku Abd Rahman Scholarship (BTAR)
https://afterschool.my/scholarship/tunku-abdul-rahman-2018-btar
(Tarikh Tutup: 30.04.2019)

6) Fair & Lovely Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/fair-lovely-scholarship-2016
(Tarikh Tutup: 30.04.2019)

7) Yayasan Wah Seong Scholarship Award
https://afterschool.my/scholarship/the-yayasan-wah-seong-scholarship-awards-2016
(Tarikh Tutup: 17.05.2019)

8) Hong Leong Foundation Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/hong-leong-foundaiong-hlf-undergraduate-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)

9) Seng Heng Edu. Assistant Programme
https://afterschool.my/scholarship/senheng-education-assistance-sea-programme
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)

10) Great Scholarship British Council
https://afterschool.my/scholarship/great-scholarships---british-council
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)

11) Jeffrey Cheah Foundation-Monash Foundation
https://afterschool.my/scholarship/jeffrey-cheah-foundation---monash-equity-foundation
(Tarikh Tutup: 07.06.2019)

12) Penang Future Foundation Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/pff-2018-scholarship-penang-scholar
(Tarikh Tutup: 20.06.2019)

13) Cagamas Scholarship Award
https://afterschool.my/scholarship/cagamas-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 28.06.2019)

14) JPA Scholarship (Program Penajaan 9A+)
https://afterschool.my/scholarship/jpa-scholarship-2018-program-penajaan-9a-2018
(Tarikh Tutup: 30.06.2019)

15) OCBC Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/ocbc-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 30.06.2019)

16) Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/yayasan-tan-sri-lee-shin-cheng-2018
(Tarikh Tutup: 31.07.19)

17) AIMST Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/aimst-pre-university-scholarship
https://afterschool.my/scholarship/aimst-scholarship-for-diploma-in-nursing
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

18) IUKL Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/iukl-scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

19) Top Glove Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/top-glove-scholarship-2018
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

20) Karangkraf Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/karangkraf-scholarship-2
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

21) Amcorp Study Grant
https://afterschool.my/scholarship/amcorp-study-grant
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

22) Sunway Medical Centre Nursing Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/sunway-medical-nursing-scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

23) Yayasan Universiti Malaysia Scholarship
https://afterschool.my/scholarship/yayasan-universiti-malaysia-scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang biasiswa yang sedang dibuka permohonannya, boleh layari:

https://www.moe.gov.my/index.php/391-biasiswa-pembiayaan/5016-biasiswa-pembiayaan

Sunday 5 May 2019

HOK SENGOTI

as-salam.

" HOK SENGOTI " - Lim Swee Tin -

Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.

Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.

Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.

Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!



Saturday 4 May 2019

My ROOM gave me all the answers

السلام عليكم
سلام شعبان دان سلم جمعة
Mohon maaf blako atas silap salah selama berkenalan. Terima Kasih jua kerana menerima kami seadanya.
Mari kita bersama-sama meneruskan sisa hidup yang masih berbaki and let sharing how to handle life?

My ROOM gave me all the answers:
Roof said: Aim  high.
Fan said: Be cool.
Clock said:  Value time. Calendar said:  Be up to date.
Wallet said:  Save now for the future.
Mirror said:  Always observe yourself.
Lamps said:   Light up other's life.
Wall said: Share others' load.
Window said: Expand the vision.
Floor said:  Always be down to earth.
Stairs said:  Watch each step you take.
The most inspiring one:
Toilet bowl said: When it's time to let go, just let it go...
TerimaKasih.



Selamat menyambut ramadhan.

Friday 3 May 2019

Salam JUmaat

Assalaamualaikum....
  
        Apabila rasa hasad wujud dalam hati, jangan dilahirkan dalam bentuk ucapan dan tindakan. Jaga lidah jangan sampai menuturkan tentang orang yang kita hasadkan kepada orang lain. Atau jangan menulis ( dengan tujuan menyebarkan ) sesuatu yang negetif berkenaan dirinya. Jangan sekali kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh memudaratkan lagi keadaan seperti mengintip, mencari rahsia ( tajassus ), mengumpat, mengejek atau memfitnah.



Maksudnya selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati maka ia belum jatuh ke tahap berbahaya. Cepat cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Ini juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut ( kerana sesuatu ), buruk sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut ( kerana ) maka jangan mundur ( hadapilah ), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan ( jangan mencari buktinya )."
Hadis riwayat al Baihaqi.

 🍓 Waallahu'aklam 🍓

Thursday 2 May 2019

Cara2 Mengesan Jin Pada Badan

as-salam.

Cara2 Mengesan Jin Pada Badan Mengikut Pandangan Pengamal Perubatan Tradisional Dari Indonesia :
1. Kalau berada di dalam rumah, muka arah kiblat, dongak ke atas beberapa saat.

2. Pejam mata rapat2, baca Bismillah, dan niat nak tengok jin apa di badan kita. Tarik nafas dengan pelahan.

3. Tundukkan kepala dan dengan perlahan buka kedua2 mata.

4. Lihat bahagian pinggang kebawah.

5. Sekiranya ada jin pada tubuh kita boleh mengetahuinya semasa membuka mata tadi dengan cara mengesan jenama jin tersebut samada Lee, Levi's, Edwin, Lee Cooper, GA Blue, Wrangler dan seumpamanya.

6. Teruskan membaca istighfar, jangan marah.. kalau marah2 dah bukan jin, setan dah tu.
🙈


Wednesday 1 May 2019

Selamat Hari Pekerja

as-salam.

1 Mei 2019 - Hari Pekerja ..... selamat menyambut hari pekerja.

-----------------------

Kelmarin adalah sejarah, esok adalah sebuah misteri dan hari ini adalah sebuah hadiah.

Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya.

Seorang sahabat yang mendampingi kita pada saat kesulitan lebih baik dari pada seribu kawan yang mendampingi kita pada saat kebahagiaan.

--------------------------------------

Ever Notice Those Who Whine The Loudest usually the Ones who contribute The Least
    
            .........wise man said