Showing posts with label Penjagaan Gigi. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Gigi. Show all posts

Sunday, 26 March 2017

Dental Bus

As-salam.

Dental Bus biasa digunakan untuk membuat rawatan gigi di tempat-tempat awam.

Salah satu tempat yang akan kita  jumpa Dental Bus ialah di RTC, Kota Bharu, Kelantan.

Silalah buat rawatan gigi jika jumpa Dental Bus.

Bagi kakitangan kerajaan, sila bawa GL bersama untuk mendapatkan rawatan dalam Dental Bus.

Terima kasih kepada pihak yang menguruskan Lawatan Dental Bus ke pejabat.

Terdapat 2 unit kerusi rawatan dan ruang menunggu di dalam Dental Bus, sangat selesa.

Jangan segan silu ya.


Terima kasih kepada semua petugas-petugas dalam Dental Bus.

Moga usaha kalian mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah taala.
Amin.

Wednesday, 7 November 2012

Entry Tercicir Petang 6 Nov 2012

Salam.

Lahai nak maklum skit, petang semalam berangan nak buat DLL tapi tak jadi sbb p klinik gigi.  Akhirnya gigi geraham dicabut, terase lompong plak.  Elok gak cabut gigi malam2, lepas cabut gigi apalagi dah kena ubat bius, tidur lena betol, bangun pagi rase segar n sakit gigi xde lagi. Pi klinik gigi malam2 orang pun tak ramai (tak de orang pon, aku sorang je pegi cabut gigi).

Insya Allah, ptg ni cuba buat DLL ... laporan DLL lepas cuti Marathon le ya (hai dah pandai buat janji plak dia), arap2 jadi le.  Pagi ni sebenarnya tengah bersiap2 nak pegi ke SMK Padang Enggang, Kota Bharu ... latihan penuh rehearsal Program Guru Muda 1Malaysia, so update seBLOG dua ;)

emmm kena la bersabor lagi nak makan DLL ngan roti. Dalam kalut nak pi cabut gigi, sempat jugak tengok Julia ... makin berdebar tunggu ending citer JULIA.... cam aku la plak si JULIA tu kehkehekekhh.

entry tambahan jam 4.25 petang : masih penat balik dari siapkan booth di SMK Padang Enggang.  Ada lagi satu dua benda nak kena prepare tuk esok .... pagi esok kul 7.00 pagi dah kena terpacak kat sana.  Entahkan sempat ke idak sampai on time, bukan senag nak manage anak2 pepagi ari .... anak2 jangan le buat perangai masa ibu kelam kelibut nih.(tengah kelibut prepare barang tuk esok pon dan lagi update blog). Lupa plak nak snap sekeping dua gambo time mengemas booth tadi.

Ok la....chow dulu. insya allah jupe lagi di lain entry.



Sunday, 4 November 2012

GIGI

Salam.

Penjagaan gigi ni rasenya semua tau penting tapi bila dah sakit rasenya waktu tu juga le nak cabut buang.  Masa kanak2 gigi tersusun comel je, bila dah besau sikit mula lah rongak sana-sini akibat banyak makan benda-benda manis.  Susah betul nak jaga anak2 supaya tak makan gula2, anak2 suka sangat benda2 macam tu.  Pantang nampak musti nak, tak bagi menangis2 menjerit2, kalu tengah orang ramai kan segan plak anak duk melalak.


Bagaimana agaknya nak tangani masalah sebegini ???  Sekarang ni takat boleh ajar anak2 gosok gigi, walau pon dalam bermain, anak2 gosok la jugak.  Nak jadikan aktiviti gosok gigi ni seronok, kami gosok gigi bersama-sama dan saling tunjukkan gigi selepas dah gosok.  Takat ni alhamdulillah anak2 enjoy cuma lately ni cuaca agak sejuk membuatkan anak2 takot nak dekat dengan air terutama waktu pagi.  Liat sungguh nak tukarkan lampin apatah lagi nak mandi sambil gosok gigi.  Sapa tahan kena air di pagi yg sejuk hehehehe ibu pon sejuk !!!!

Sebenarnya bukan anak2 yang sakit gigi tapi ibunya heheheh dah 3/4 hari duk plan nak gi cabut sbb dah mula rasa ngilu tapi tak jadi2 lagi.  Agak2 petang ni sempat kot singgah jab di klinik gigi.  Lepas bersalin ni gigi cam mudah mereput je maybe sbb menyusu dan kurang minum susu untuk tambah balik mineral yang hilang akibat menyusu anak.

Gigi jadi kuat kalu kite amik makanan yang ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, kite kena makan banyak makanan berkalsium emmm susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin.

Keju !!! emmm leh la gi rembat PizzaHut yg banyak keju tuh tuk jaga gigi hehehehe.
Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

Ada banyak cara lagi nak putihkan gigi tapi rasenya cara ni paling senang kot, cuba lah ya :
Guna Kulit Limau Untuk Putihkan Gigi sebab kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

Kalu korang duk tempat2 sejuk, sekurang-kurangnya di Mesia ni Cameron Highland, boleh le amalkan makan stoberi.  Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi.
(petikan dari Try Masak)

Akhir kata pesanan penaja dan ingatan untuk diri sendiri, berus gigi sekurang-kurangnya 3 KALI SEHARI untuk elakkan masalah-masalah kerosakan gigi.