Sunday 18 November 2012

Gubahan Hantaran Yang Cun Melecun

Salam.

pulut kuning buah gelugur dengan tema hijau pink
Hantaran perkahwinan dah jadi agenda penting dalam majlis kawen.  Bagi majlis kami, kami bawa 7 dulang barang hantaran.  Antaranya pulut kuning yang digubah menjadi buah gelugur.  Tempah dengan mak sepupu kami. Mmg cantik n teliti sangat hasil kerja tangannya.

Tiap kali ada majlis sebegini, kami memang tempah dengan beliau.  Bagi majlis kami sebelum ni, beliau pernah gubah jadi buah strawberi, buah kecupu emmm apa lagi tah heheeheh dah lupa.

Bagi entry ni kami letak gambo2 hantaran yang agak special je, kalu nak letak kesemua tu cam banyak sangat plak kan.  Bagu gubahan buah-buahan kami guna epal merah, buah salak (dipetik fresh dari kebun sendiri) dan hiasannya cili padi (juga petik fresh dari tepi rumah).  Simple je kami buat hehehe buah epal merah diletak mengelilingi setangkai buah salak, nak bagi ceriakan lagi buah salak, kami selit-selitkan cili merah kat celah-celah buah salak. So warna buah salak yg agak malap tampak lebih menyerlah.  Nak bagi berkilat buah2 tu semua disapu dengan minyak masak.

agar-agar kering bunga ros
Gubahan hantaran dari belah pengantin perempuan plak pulut kuning dengan telur dijadikan burung, ditabur dengan telur dadar yang di buat kaler pink, kuning dan hijau serta dipotong halus2.  Gubahan yang paling special dan jarang ditemui ialah sejambak bunga ros dari agar-agar kering, ditempah khas dari KL.  Bunga ros warna pink dan oren diselitkan dedaun warna hijau juga dari agar2 kering, cantik n sedap sangat.  Apa-apa pon temanya tak lari iaitu pink, oren/kuning dan hijau. Dah kena ngap dah ros-ros comel tu walaupun rase sayang sangat nak makan.



No comments:

Post a Comment