Monday 31 December 2012

Bai Bai 2012 Hai Hai 2013

salam.

Entry ni dibuat khas sebagai entry penutup tahun 2012.

Pelbagai catatan sejarah pahit manis dugaan kehidupan yang telah dilalui sepanjang tahun 2012.  Setiap apa yang ditempuhi akan dijadikan panduan dalam melayari masa mendatang terutama tahun 2013.

Sebahagian kecil catatan kehidupan ada tertulis diblog ini bermula pada May 2012 hingga Dis 2012.

Blog ini pada mulanya dibuat sebagai satu media (niat untuk belajar) pembelajaran, kemudiannya bertukar menjadi blog untuk mempromosi IsyRaQRestHouse tetapi akhirnya menjadi seperti sebuah catatan peribadi (Walaupon tak terlalu peribadi hehehe).

Bagi saya secara persenalnya, blog ini adalah satu perkongsian pengetahuan sama ada yang terlahir dari saya sendiri, rakan taulan ataupun dari laman blog/portal individu lain.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di blog kerdil ini (walaupon bukan beribu yang mengikuti blog ini setiap hari tetapi setiap hari pasti ada pembaca blog ini).  So sekali lagi TERIMA KASIH mee maggi sila SINGGAH lagi (pantun ape plak ni).

Kepada yang saya terambil maklumat dan gambar, berbillion-billion terima kasih kerana maklumat berguna / gambar yang cantik yang telah dikongsikan.  Harap maaf kalu terlepas pandang (terlupo) nak letak link asal.  Mohon halalkan ya.

Banyak juga ilmu yang dapat dari membuat blog, sekurang-kurangnya dari hanya pembaca blog, saya dah boleh menulis blog, mengejust supaya blog makin cantik dan sebagainya.  Sedikit sebanyak mengasah skit skill menulis atau mengarang.  Sehingga sekarang saya masih lagi belajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh blogger.  Bila dah belajar baru tau banyak yang tak tau dan banyak nak kena belajar.  Betul kata orang, kalu kita tak belajar kita tak tau apa yang kita tak tau, kita rasa cam kita tau semua tapi sebenarnya kita tak tau apa-apa.  (emmm dah le tu menaip bukan-bukan, kalu panjang lebar dah mula la melalut tah apa-apa, yang pastinya banyak buat silap)

Last sekali ... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013.  Moga Success semua.  Yeeehaaaaa Happy New Year  ... Welcome 2013 ........
(erkssss sebenarnya aku masih blur dengan perancangan kerja tahun 2013 )

Salam 31 Dis 2012

salam.

Selamat tengah hari 31 Dis 2012.  Pagi tadi asik duk ke hulu ke hilir (macam busy keje tapi habuk pon tadak) tak sempat nak menulis.  Cuba adjust masa lunch menaip sepatah dua kata (ni pon sebab hujan lebat kat luar, tak boleh nak kuar makan, kalu tak ujan sure dah lama lesap).

Bekfas pagi tadi dengan nasi belauk (lauk ayam goreng), alhamdulillah, moga dengan rezeki tersebut memberi kekuatan, tenaga dan juga semangat untuk melalui hari akhir tahun 2012.
Tengah hari ni buat penahan lapar makan je lah kueh yang dibeli pagi tadi.  Kueh lepat manis ubi kayu dan kuaci berintikan kacang hijau.  Kueh-kueh ni area kampung kami 5 biji RM1.00 je ... emmm murahkan.  Kueh-kuehnya pon sedap. 

Mengimbau sedikit ke penghujung tahun 2011, time ni duk rehat kat rumah sambil berdoa agar tidak bersalin di hujung tahun 2011.  Alhamdulillah doaku dimakbulkan Allah, akhirnya selamat bersalin pada 7 Jan 2012.  Maknanya baby kami sekarang dah nak cecah setahun tapi masih belum boleh berjalan lagi.  Aktiviti dia sekarang ni asik bertatih menyusur kerusi dan dinding.  Kekadang tu leka dengan mainannya tak kiralah sama ada sambil duduk atau meniarap.  hehehe kalu tengok dia meniarap sambil membelek buku cam la dia tau membaca !!!!  Itu lah ragam anak-anak zaman sekarang, cepat belajar.  Kecik-kecik gitu pon dah pandai swape skrin handphone or tablet.

Teringat masa memula belajar komputer, tengok MOUSE pon takut, payah batol nak seret ke sana sini.  Jauhnya berbeza dengan anak-anak sekakrang yang celik-celik mata je dah ada pelbagai gadget ICT.  Semua gadget-gadget ni bukan lagi benda yang pelik tapi telah menjadi satu budaya dan permainan harian.  Alhamdulillah kami bersyukur dengan limpahan kurniaan dari MU ya Allah yang telah memberi kami merasai segala kemudahan dan kenikmatan di dunia ciptaan MU yang indah ini.




Sunday 30 December 2012

Makan-makan D'Opis

salam.

Hari ni saje buat makan-makan kat opis, sesambil meraikan adik-adik praktikal yang bergraduat dari praktikal hehehe tahniah ya adik-adik.  Lepas ni jangan segan-segan datang melawat kami di sini, lagi suka kalu korang datang bawa buah tangan. Menunya Nasi Ayam, Roti Jala, Puding Roti, Apam Pisang, Karipap, Cheese Cake dan Pau.



Set Roti jala dengan kari ayam.  Emmm tempah je dalam 2 Kg, 1 kg RM13.00.  Kari Ayam sekor RM30.00.  Yang pastinya sedap dan kekenyangan.

Set nasi ayam pula, member yang masak.   Memang bertambah-tambah makan.  Satu periuk penuh nasi dan empat ekor ayam.  Bila buka je penutup semerbak bau memenuhi opis.
Kepada yang kebetulan datang ke opis kami, dijemput makan bersama.

Sebagai tambahan kepada makanan utama, ada plak opismate yang bawa cheese cake, puding roti dan kueh mueh lain.  Sodap.  Terima kasih semua.

Dalam busy makan, sempat juga melawat opismate di HPRZII (demam denggi), moga cepat sembuh n cepat masuk keje.  Bawakan juga makanan jamuan sebagai buah tangan tuk member yang sakit.

Ubi Badak

salam.

Semalam sempat merebus ubi badak.  Set kan pula dengan Kopi O Panas-panas yang KawKaw.

Sedang mengopek kulit ubi badak teringat satu kisah sorang kawan belajar mengopek ubi kayu .. tersenyum sorang-sorang - lucu pon ada, kesian pon ada.

Member ni tak pernah membuang kulit ubi kayu dan merebus.  Bila balik kampung, mak bekalkan ubi kayu, so bolehlah si anak merebus ubi tersebut.  Setelah dibuang kulit dan direbus ... ubi tu tak masak-masak, masih keras lagi.  Disebabkan dah terlalu lama, maka ada yang datang menolong - menjenguk ke dapur.  Hairan plak kenapa ubi tak empuk-empuk lagi.  Setelah diperiksa rupa-rupanya kulit dibuang tak abis, kulit keras yang bewarna pink tu tidak dibuang, yang dibuang hanya lapisan kulit yang nipis bewarna coklat.  Lahai patut la tak masak-masak.

Kisah ni sebagai iktibar sahaja.  So petua kat sini, kalu nak membuang kulit ubi samada ubi kayu atau ubi badak atau lain-lain le, pastikan dibuang sekali kulit yang keras sehingga nampak isi / ubi yang putih melepak tu.  Lepas tu cuci bersih.  Masukkan dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam ubinya.  Bila dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa.  Bila dah betul-betul empuk, tutup api dan buangkan airnya.  Jangan biarkan ubi terendam dalam air.  Lepas tu boleh la hidang dan makan ...nyum nyum. 

Tinjauan Banjir

salam.

Petang Khamis 27 Dis 2012, bawa anak-anak pusing kampung, ke kawasan tebing Sungai Kelantan.   Dah lama tak berkunjung ke situ, bila dah melalui jalan-jalan tersebut baru perasan sejak anak-anak dah pandai mengenal tempat tak pernah bawa diorang pusing-pusing kawasan sungai.

Sepanjang tepi Sungai Kelantan kebanyakan yang menetap disitu adalah kaum cina dan peranakan siam.  So banyak lah anjing-anjing berkeliaran.  Si abang yang biasa becok mulut tu terkunci terus --- penakut betol.

Paras air dah surut memandangkan hujan dah berkurangan sejak 2 hari lepas, matahari pon dah menyinar walaupon sedikit malap dek awan mendung.

Gambar di tepi sungai Kelantan, nun sayup-sayup kelihatan Jambatan Sultan Ismail atau Jambatan Tendong.
Ada yang mengambil peluang mencari rezeki, boleh tahan tangkapannya - ada ikan dan udang yang agak besar.

Penduduk di sekitar tebing sungai kebanyakkannya mempunyai perahu untuk kegunaan sendiri di musim banjir.

Awan di sebelah kawasan pantai nampak cerah tapi di sebelah kawasan hulu masih gelap memberi amaran bahawa hujan akan turun pada bila-bila masa.




Air yang makin surut kat dalam saliran air di satu kawasan di Jalan Kota Bharu - Pasir Pekan berhampiran Perodua Cawangan Pasir Pekan.  Gambar dirakam semasa singgah membeli putu halba.



Thursday 27 December 2012

Entry Hujung Minggu

salam.

Hari ni tak sempat nak menulis panjang lebar, just nak say HAI dan selamat bercuti di hujung minggu .... yup minggu terakhir bulan Dis 2012.

Banyak review nak ditulis tapi tak tertulis.  Hari ni plak cuaca tak panas dan tak sejuk.  Mentari dah muncul tapi sesekali hujan mencurah juga.  Kekadang plak hujan panas.  Hati-hati ya .... nanti takut kena demam plak.

Apa nak buat cuti 2 hari ni ??? Masih tak de apa-apa plan lagi.  Niat dalam hati nak cari susu buat DLL, stok DLL dah abis, Mr Hubby suka sangat minum milo dengan DLL.

It's time to say GOOD BYE .... SEE U SOON ... hopefully on Sunday

Wednesday 26 December 2012

Gi Meronda Kawasan

salam.

Sempena cuti hari krismas 25 Dis 2012, cuaca pon agak terang, so bawa anak-anak meronda tengok kawasan .... banyak juga kawsan yang dah ditenggelami air.  Bagi yang mengalami banjir kilat, bila hujan berenti je air mula surut perlahan-lahan.

Singgah sebentar rumah ayahanda, laporan nya heheheeh durian dah abis, buah-buahan lain masih ada berbaki tapi semua dah tak terliur nak makan sebab sejuk.  Buah-buah yang ada semua jenis yang menyejukkan .... buah duku, buah manggis, buah rambutan dan buah salak.  Memasing menggilingkan kepala bila disebut buah-buah tu   ..... SURENDDERRRRRRRR !!
Pastu pusing-pusing pekan Kota Bharu, line clear (jalan agak lancar, sesak sikit je kat area TESCO dan KB Mall) so kami terus ke pusat bandar, then singgah di Karnival Sains & Teknologi.  Park kereta kat basement Bazar Tok Guru RM 1.00 je per entry.  Sesampai je dalam Dewan Jubli Perak, wah kedengaran  gendang dikir barat.  Apa lagi si abang terus terpacak kat situ.  Nampaknya sambutan kurang memberansangkan samada dari segi peserta booth dan juga pengunjung.  Hanya ada beberapa booth sahaja, pengunjung plak memang asyik dengan persembahan dikir barat.  Hanya 5 pasukan dikir barat yang bertanding dari 6 pasukan selepas satu daripadanya menarik diri di saat akhir.  Pada malam tadi diadakan pertandingan peringkat akhir.
On the way balik ke IsyRaQRestHouse melalui jalan Kota Bharu - Pasir Pekan.  Kali ni baru sempat snap gambar SalamKu Cawangan Pasir Pekan yang ranap dibaham api pada pagi Isnin 24 Dis 2012.  Tentu banyak kerugian yang dialami oleh tuan punya syarikat dan pastinya ramai yang kehilangan punca pendapatan terutama pekerja tetap pasaraya tersebut.


Monday 24 December 2012

Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012

salam.

Hari ni 24 Dis 2012 bermulanya Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.  Dewan Jubli Perak terletak bersebelahan dengan Bazar Tok Guru.  So lepas ronda-ronda tengok pameran bulih le membeli belah di Bazar Tok Guru.

Jom pakat gi ramai-ramai memeriahkan Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012 yang berlangsung selama tiga hari (24-26 Dis 2012) bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.  Dah pasang niat nak menjengah ke sana, harap ada lah peluang dan rezeki tahun ni.

Ada bermacam aktiviti menarik kat sana,  MASUK pula PERCUMA je!

Link ke FACEBOOK : http://www.facebook.com/KelantanGov

Malam ni (24 Dis 2012) pula ada program cinta rasul :

Malam Cinta Rasul Sempena Karnival Sains dan Teknologi Maklumat 1434H/2012M | 24 Disember 2012 jam 9.00 malam di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu




Bagi peminat dikir barat pula, ada Pertandingan Dikir Barat 25 Disember 2012 di Dewan Juabli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu.

 



Istimewa buat adik pula Pertandingan Mewarna pada 25 Disember 2012 (selasa) bertempat di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI :

Kategori A : Jam 3.00 petang - Peserta berumur 5-8 tahun
Kategori B : Jam 3.00 petang - Peserta berumur 9-12 tahun.


Seminar Perniagaan Online bersama Dr. Irfan Khairi pula telah bermula pagi tadi (24 Disember 2012 jam 8.30 pagi) di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Kelantan, Kota Bharu... masuk adalah PERCUMA.

Semua maklumat dan gambar diperolehi dari FACEBOOK sebagaimana alamat di atas.




Bah Mula Membanjiri

salam.

Hujan yang turun mencurah sejak dua minggu lepas di seluruh Kelantan akhirnya telah membuahkab hasil ... BAH.  Banyak kawasan telah dinaiki air termasuk lah kawasan sekitar IsyraQRestHouse.  Kena buat kawalan ketat bagi memastikan anak-anak tak kluar rumah dan bermain air.  IsyRaQRestHouse dah jadi PULAU !!!

Petang semalam Kota Bharu jem.  Semua jalan penuh sesak dengan kereta.  Ini mungkin disebabkan oleh hujan dan juga kedatangan pengunjung / pelawat yang menghabiskan sisa cuti akhir tahun di Kota Bharu.  Sure ramai yang mengambil peluag cuti sempena krismas pada hari esok iaitu Selasa 25 Dis 2012.  Poket plak penuh maklumlah dah dapat gaji dan juga bonus.  Masing-masing membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Sunday 23 December 2012

Kembar Siam Minum Petang

salam.

Apa yang korang suka bagi minum petang hari ni?  Keropok lekor dengan penyincah cili atau goreng pisang panas dengan sambal kicap?

emmm kalu dapat keropok lekor panas-panas ni tentu melekap terus kat kerusi, layan plak drama korea kat TV ....

Pisang goreng dicicah sambal kicap memang terbaik !!!  Takat lima enam ketul tu tak perasan ilang lesap dalam mulut.  Kalu ada yang nak merasa, sure ku tepis-tepis tangan tu heheheh.





Apa-apa pon, goreng ubi keledek panas tak kurang sedapnya, makan bersama kopi o panas  heheheh pasti sodap sangat kan !!

Jom la kite pakat gi cari wat minum petang ni.

Chowww dulu.





Ulang Kaji Photoshop

salam.

pagi ni rase nak mengulang kaji photoshop.  Buat sekerat jalan pastu dah datang moooood tak berapa nak rajin tuh ... lahai hasilnya tak berapa nak cumillllll.

Dua layer disatukan dengan menggunakan Linear Light dan Difference.  Perbezaan antara dua gambar yang terhasil dari kesan berlainan.

2 layer yang berbeza disatukan dengan menggunakan Hard Light dan Vivid Light menghasilkan kesan yang tersendiri.








Yang ni pula, 1 layer gambar awan dan 1 lagi layer gambar bangunan, disatukan dengan HARD LIGHT.  So terhasillah satu gambar bangunan dengan awan yang terbentuk cantik.



Bila Terselak maka MenyerLAH

salam.

hahaha korang jangan igat entry ni pasal seksi meksi terdedah sana sini.  Ni hanya entry pasal buah-buahan yang seksi dan mengiurkan bila dah terselak kulitnya.

Rambutan ni orang kata tak elok makan kalu sedang mengalami sakit tekak atau batuk.
Dokong ni memang sedap dan manis rasenya.  Buah ni isinya bila dah tak de kulit masih melekat cantik membulat dan berkilat.  Kalu makan time hujan macam sekarang sangat tidak sesuai sebab isinya sejuk (kadang-kadang jadi kurang manis).  Bila dah sejuk faham-faham je lah, pasti sakit-sakit badan dan asik berulang-alik ke toilet.  So jauhi lah godaan buah dokong di musim hujan.
Pisang ni tak nampak seksi sebab dah lebu, hanya sesuai dibuat cekodok pisang atau lempeng pisang atau kalu nak glamer sikit buat lah kek pisang ;)

Atau pon yang paling femes sekarang CUP CAKE PISANG !!!!






Hujan Itu Rahmat Allah

salam.

Sabtu 22 12 2012 ..... pagi sabtu panas, nampak mentari menyinar tapi tak sampai ke mana .... jam 10.30 hujan mencurah dengan lebat.  Si abang dah berulang kali menyebut TESCO.   emmm apa lagi, ke TESCO le kami. Tak de shopping apa pon, just bawa diorang bermain.  Kesian asik terperap dalam rumah je sejak hujan, bagi berpeluh sikit.

Dah penat main, jam 3.00 petang baru balik rumah.  On the way balik anak-anak dah selamat  zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Awal pagi tu, dah masak nasi putih dan sayur air petola + soon + ikan bilis.  Feveret si abang, hirup kuah sampai abis sambil mulutnya tak berenti menyebut SEDAP.   hehehehe tengok badan la.  Makin montel, pipi tu melabuh jerk.  Kuah dah settle, goreng plak telur dadar.

Cukup lah takat nak alas perut di pagi hari alhamdulillah, kenyang.

eh ... tak de pon entry pasal hujan.  apa kena mengena tajuk dengan cerita blog nih ... tah le.  dan sememang nye Hujan tu Rahmat dari Allah, Alhamdulillah.  Kalu banjir sekali pon, Allah nak bersihkan sampah sarap yang menimbum,  nak subur kan tanah tanih dsb.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Last Friday Simple Cooking

Salam.

Jumaat lepas, 21 12 2012 - satu tarik yang cantik kan !!  Di Pasir Mas, hujan masih mencurah-curah sepanjang hari,  hujan turun sejak seminggu yang lalu, dah ada kawasan-kawasan yang dinaiki air.  Anak-anak tak boleh bagi main kat luar, sure nak main airnya, dah la demam.

Pepagi hari bangun jam baru 6 pagi, anak-anak masih tidur (memasing lena sungguh may be sebab cuaca sejuk).  Geledah peti ais tengok apa yang ada.  Keluarkan apa yang patut : eeemm dalam hati boleh le masak nasi lemak.

Masak Nasi Lemak :
Basuh beras 3 cawan kecil, masukkan air dan santan pekat (masih beku lagi), masuk sesudu kecil (teh) garam.  Buat ringkas je, daun pandan pon takde, tak kuasa nak cari daun pandan tengah-tengah hujan nih.  On kan rice cooker, settle.

Goreng Ikan Bilis :
Panaskan minyak, goreng garing ikan bilis. Dah siap, sejuk dan masuk kan dalam bekas kedap udara. Settle.

Goreng Daging :
Potong kecil-kecil 3 ulas bawang merah dan seulas bawang besar, tumis dengan minyak sekejab.  Masukkan daging kisar 1 paket (400gm).  Goreng hingga kerimg air.  Nak bagi perasa, masukkan 1 senduk sup sos tomato dan 1/2 senduk sup sos cili.  Tambah garam (1 1/2 sudu teh) dan gula (1 sudu besar) secukup rasa.  Settle.

Timun --- tak de dalam stok.  So nasi lemak tanpa timun dan tanpa sambal.   Heheheh masak ringkas je.

Anak-anak bangun dah siap nasi lemak dan daging goreng sos (actually goreng ala-ala daging inti bagi telur bungkus tapi buat tanpa kicap dan tanpa telur).  HAHAHAH gamba pon tak snap.  Kalu snap sure korang teliuq nak makan nasi lemak panas-panas time hujan ni kan.



Thursday 20 December 2012

Terima Kasih Sifu

salam.

Semalam dah GRADUATE as Photoshop CS5 student ... huhuhu KONVO dah le kite.  Dalam entry sebelum ni tak sempat nak maklumkan nama SIFU yang mengajar Photoshop.  So buat entry khas untuk ucap TERIMA KASIH CIKGU a.k.a MASTER SIFU.  Walaupun bukan hari guru, tak slaah nak uap terima kasih CIKGU !!!!!

Nama cikgu kite special skit, lain dari yang lain .... SINAN BIN ISMAIL dari DIGITAL DURIAN.  Nama syarikatnya pon special kan?  Bagi yang berminat nak kursus / buat iklan / montage /3D animation / e-Learning dsb boleh lah contact SIFU Sinan.   Maklumat lanjut boleh tengok kat portalnya www.digitaldurian.com.  



Print Screen portal Digital Durian and paste kat Photoshop, pastu crop ---- hehehe apply apa yang cikgu ajar ;)  sebagai rujukan bagi yang nak merujuk.

Kalendar Abadi MemoFacebook dan YouTube plak :

facebook.com/didiandfriends
youtube.com/didiandfriends

Terjupe juga Syarikat Durian Kahwin, khusus bagi tempahan doorgift dan yang berkaitan, maklumat lanjut kat portalnya : http://duriankahwin.com

Kursus ni merupakan kursus Photoshop ke dua,  sebelum ni pernah berkursus dulu-dulu, dalam 7/8 tahun lepas semasa di opis lama.  Dah menggunakan photoshop sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah mendalami dan menjiwai HEHHEEH.  Buat time bos suruh je (bagi portal, buku program, banner, banting dsb) dan sesekali je mengedit imej-imej personal.  Pastu sekarang guna tuk blog ni ... tu pon asik tak berapa nak rajin, lately ni main boh je

Maaf ya cikgu tak maklum kat cikgu nak siarkan nama dan contact nama serta copy paste portal cikgu.  TERIMA KASIH SEKALI LAGI SEBAB MENGAJAR, HALALKAN ILMU YANG DIAJAR.

Wednesday 19 December 2012

Putu Halba

salam.

Dalam cuaca sejuk dan hujan tak berenti ni yang paling sedap kopi o dan putu halba.  Meh kite layan putu halba petang ni. Putu halba ni lain skit, putu halba bewarna kuning.

Putu halba ni beli kat gerai area kampung kami on the way balik umah lepas koje.
Di buat dari ubi kayu yang di parut halus dan dikukus, sedap dimakan panas-panas.
Yang putih tu kelapa yang diparut, kalu tak de kelapa makan gitu je pon sedap.
Yang nampak kaler cam itam bertompok-tompok tu inti putu halba.  Nise atau gula melaka yang dijadikan inti tu di potong nipis-nipis, ditaburkan ditengah-tengah serbuk ibu kayu sebelum di kukus.




Final Day : My Photoshop Projek

salam.

tak de idea dan tak berapa nak rajin, so main belasah je.  sori ya CIKGU !!!  Gini le hasil bila kurang kerajinan :

My Project
Untuk my projek ni guna satu background imej, 2 gambar (gambar orang dan tablet with tools - tepi-tepi imej guna blur tools dan smugde tool); yang lelain tu just text pelbagai jenis font dan font effect.
Tengok gambar or banner ni jangan plak korang call nak training Photoshop ngan kami, ni just imej bagi projek photoshop saje HEHEHEH


1. Combain 2 layer, then guna tukar kat layar dari Normal ke HUE.
2. Combain 2 layer (masih guna layer 1 dan 2), tukar ke SCREEN.

Cuba pelbagai effect pada bahagian layer untuk dapatkan effect yang sesuai dengan imej yang kita pilih.  Setiap gambar yang berlainan akan mendatangkan kesan atau effect yang berbeza.




Bagi nak hilangkan kesan chiken pox dan jerawat serta parut, guna HEELING tool.

Heeling Tools
Selepas ditouch up, muka baby dah bersih dari kesan chiken pox.  heheheeh lepas ni sure tak de lagi kesan parut kat muka ku ;)

patch tool
Bagi nak hilangkan benda-benda yang kite tak nak kat dalam sesatu gambar contoh seperti nak buangkan batang yang berwarna hitam supaya nampak satu laman yang bersih dan lapang, kite guna PATCH tools.  Klik dan select tempat yang hendak dibuang, then bawa ke tempat lain gambar tu di tampal ke tempat yg dibuang (bulih paham ke ayat aku ni).  So hasilnya seperti disebelah.

red eye tool
Untuk membuang mata merah, guna red eye tool.

















Tuesday 18 December 2012

PhotoShop Day 2

salam.

pagi ni belajar mengenai layer --- hehehe tak masuk kelas pon ada program lain.  Buat time rehat, cuba kejar setakat yang termampu.  Nah ini dia hasil nyerrrrrrrrr :


Edit, Crop, Magic Tools, Selection tools, Text, Delete dsb.


Gitu le skit sebanyak yang dapat dan terhasil (REVIEW balik yang belajar dulu-dulu)


End off the day .... sori tak sempat nak menaip panjang lebar.  esok ada projek yang kena buat sebagai penamat kursus?!?!?  Kepala masih kosong tak dapat nak pikir nak buat projek apa. 





Monday 17 December 2012

Blajar PhotoShop

salam.

Kursus Photoshop CS5 Basic selama 3 hari (17-19 Dis 2012) di Makmal Komputer Sekolah.  Pagi ni blajar basic je ... kenal icon-icon dan menu-menu.

salah satu guna menu/icon CURVE.



Motion Blur
Buat Image Blur Belakang :
Select Imej contoh bunga - then select inverse
Pilih Filter, Blur, Motion Blur.
So Adjust takat mana nak blurkan background agar imej bunga teserlah.
Lens Flare
1.  Klik Filter
2.  Render
3.  Lens flare

Lighting effects
1.  Filter
2.  Render
3.  Lighting effects
4.  Five Light Down
1. Filter
2. Render
3. Lighting effects
4.  Flood Light
  
1. Filter
2. Render
3. Lighting effects
4.  Triple Sportlight

Liquify
Satu gambar (lighting effects) yang sama tapi menggunakan 3 effect yang berlainan seperti menghasilkan situasi yang berbeza. 


1. Filter
2.  Liquify


Sunday 16 December 2012

Macaroni Sup Kicap

salam.

Minggu lepas, dalam proses menghabiskan stok-stok dalam peti ais dan gerobok makanan.  So terhasillah sup daging kicap + macoroni.

Bahan-bahan :
2 ketul daging (lebih kurang 200gm)
1 mangkuk Macoroni (lebih kurang 250gm)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 Senduk Kicap (secukup rasa)
1/2 Senduk Sos Tomato (secukup rasa)
1/2 Sudu Teh Garam
2 1/5 liter air
1 sudu teh minyak masak/zaitun
Cara-cara memasak :
1.  Potong Daging bersaiz besar, bersihkan dan toskan airnya.
2.  Potong kecil-kecil daging yang telah dibersihkan (selepas dah potong kecil tak perlu dicuci sekali lagi, ini bagi memastikan rasa manis daging, Petua ni diturunkan oleh arwah mak bagi apa-apa masakan menggunakan daging).
3.  2 Ulas bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus. (Kalu nak pedas, boleh tambah lada hitam)
4.  Gaulkan daging yang telah dipotong kecil dengan bawang dan lada hitam yang telah ditumbuk, perapkan sekejab.
5.  Bersihkan Macaroni dan toskan.
6.  Masukkan 1 1/2 liter air dalam periuk, biarkan mendidih.
7.  Masukkan minyak masak/zaitun.
8.  Masukkan macaroni, biarkan hingga kembang/masak.
9.  Angkat dan toskan macaroni.
10.  Masukkan daging dalam periuk yang sama, tambahkan air kalu kurang.
11.  Masukkan kicap dan sos tomato ke dalam periuk.  Biarkan hingga daging empuk.
12.  Bila daging dah lembut / empuk, masukkan garam.
13.  Rasa ikut rasa sedap selera sendiri.  Kalu terkurang sila lah tambah apa-apa yang patut, kalu terlebih masin tambah air, terlebih masam tambah gula.

14. Masukkan macoroni sekejab.
15.  Hidangkan panas-panas.
16.  Bolehlah tambah perahan limau nipis kalu suka.
17.  Kalu dpat cili jeruk pon sedap juga.
18.  Sori le, bila dah masak lupo plop nok snap gambar, tau-tau abis seperiuk. HHEHEHE.