Tuesday 30 April 2019

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

as-salam.

Perkongsian dari rakan. moga memberi pengetahuan dan manfaat untuk semua.  Terima kasih kepada penulis asal.


1. Lapisan Langit 1: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan Untuk Keuntungan Dunia Semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak Berbelas Kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang.


Monday 29 April 2019

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

πŸ©πŸ‡30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHANπŸ°πŸ›

Jom Prepare!

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..
❤πŸ’™πŸ’›πŸ§‘πŸ’œπŸ’šπŸ–€

SILA SHARE DAN SEBARKAN


Coming Together is a Beginning...Keeping Together is Progress.. Working Together is Success

            ..........wise man said

Sunday 28 April 2019

Harta Batil

as-salam

perkongsian yang memberi peringatan dan pengetahuan kepada diri sendiri.

-----------------------------------------------
Ramai yg call & Wsp......Harta Batil tu apa ya??

Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar



Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Fuit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian...puhak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari Client2.
Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil....bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya...
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...mungkin berat rezeki....mungkin mendapat sakit....mungkin berat jodoh...semua tu rahsia Allah....

Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.


kredit:

Zie
Perancang Harta Pusaka

Saturday 27 April 2019

AIR SUNQUICK ALA VITAGEN

as-salam

Terjumpa resepi AIR SUNQUICK  ALA VITAGEN kat fb πŸ˜‚. jom kita cuba.

Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais

Cara buat yang mudah.

1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.

2. Masukkan susu ke dalam air suam. Kacau bagi sekata elok.

3. Selepas tu masukkan ais (pastikan masukkan ais terlebih dahulu),  kemudian baru letak pati sunquick.

4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.

Siappp. Sedap minum time panas ni tau.

Air strawberry pun boleh ikut cara ni. kita try jela dulu k. Tak salah cuba.
terima kasih kepada yang sharing resepi.


Friday 26 April 2019

Bakawali

as-salam.

Pokok Bakawali telah ditanam lebih 2 tahun tetapi tak pernah berbunga. Kami telah letak baja bunga dan baja kopi. Daunnya memang hijau merimbun, nampak subur tetapi tetap tidak mengeluarkan bunga. Kami ada mencari maklumat di group tanam-tanaman, ada yang memberi tips supaya pokok ini diletak mengadap cahaya matahari pagi yang penuh dan juga kurangkan air siraman.  Nampaknya kami perlu pindahkan pokok bakawali ke tempat yang menghadap matahari.  Insya Allah selepas selesai renovation di belakang rumah.


Walaubagaimanapun dua (2) minggu lepas tetiba pokok bakawali telah mengeluarkan kudup atau putik bunga.  Dan pada malam 23 April 2019 akhirnya kudup bunga telah berkembang.  Semalam (24 April) masa kelam kabut nak ke pejabat terpandang bunga bakawali yang sedikit layu.   Dalam hati - Mana la nak tau kau nak kembang malam tadi.  Walau hanya sekuntum, akhirnya engkau berbunga juga.Bakawali kami warna putih.  Bunga bakawali ada 2 warna iaitu putih dan merah.

Tak sempat nak snap gambar. pinjam kat alam maya je lah, tq kepada ipgmktar yang share gambar bakawali.  Banyak info boleh baca kat ipgmktar berkenaan bunga bakawali.


Pokok Bakawali ni merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]

Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico. Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata. Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja).

Sejak dibangku sekolah saya teruja denga pokok bunga bakawali.  Kisah bunga bakawali yang diceritakan oleh seorang guru semasa di sekolah rendah membuatkan saya selalu tertanya-tanya bagaimana sebenarnya rupa pokok dan bunga bakawali, seharum manakah baunya dan macam-macam persoalan lagi.  Pernah juga terlintas di fikiran betulkah bunga bakawali ni wujud.  Kedengaran macam cerita dongeng sahaja.   Sehinggalah terbaca dan ada melihat gambarnya di dunia maya.  Bila dah kenal bagaimana rupa pokok dan bunganya, barulah perasan apabila ternampak pokok dan bunganya dalam perjalanan. Dan akhirnya kami dapat tanam pokok bakawali pemberian jiran kami.


Thursday 25 April 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

as-salam.

Hari ni 25 April 2019, sambutan hari guru peringkat sekolah.  Selamat Hari Guru, TERIMA KASIH CIKGU.  Besar jasa seorang guru, dan guru bukan semestinya yang mengajar di sekolah dan bergaji, ada ramai lagi guru yang tidak berada di sekolah dan tidak bergaji yang sentiasa bersedia meminjamkan telinga untuk mendengar apa jua isi hati kita dan menhulurkan kata-kata nasihat dan perangsang kepada kita.



Be Kind or Be Quiet ...Kindness is a Language which the Deaf Can Hear and the Blind Can See
            .........wise man said

Wednesday 24 April 2019

PotLuck

assalamualaikum

Hari ni kimi masak kat rumah dan bawa ke opis untuk makan2, dah lama tak buat potluck.  Kami masak sayur lemak campur-campur :

1. Santan RM2.00
2. Seekos ikan rebus/bakar (ikan sardin/selayang).
3. 3 ulas bawang merah. (tumbuk halus bawang bersama isi ikan rebus/bakar)
4. Sayur campur (bayam putih, sawi, 2 biji terung dan 3 biji cili hijau - potong dan bersihkan). Sayur-sayur ni boleh je tambah jenis-jenis lain yang korang suka. Ikut selera masing-masing dan ikut apa yang ada kat dapur sebenarnya. :-)

Cara masak :
a. bahan 1,2,3 dimasukkan ke dalam periuk dan ditambah secawan air (kepakatan ikut citarasa masing-masing).
b. Masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
c. Bila mendidih masukkan batang bayam dan batang sawi, selepas itu masukkan daun bayam dan daun sawi serta cili hijau).
d. tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
e. tadaaaa siap sayur campur.

Kami juga bawa ikan bakar, ikan masin, ulam belalai gajah, sambal pauh (mangga telor) dan juga acar pisang.  Tambahan ada pula yang beli ikan gelama goreng, daging goreng, timun dan telor masin.  Budu bersama potongan mangga telor pastinya menambah selera.  Sedap makan berjemaah, masing-masing bertambah-tambah nasi.

Selamat menjamu selera kawan-kawan.


AGE is a price of WISDOM ....COUNT your age by friends, not years and count your life by smiles not tears  ...........wise man said


Tuesday 23 April 2019

Jom Membaca 10 Minit Bersama

Assalamualaikum wmbt.

Jom Membaca 10 Minit Bersama hari ini 23 April 2019 jam 11.00 - 11.10 minit pagi.

Kami membaca beramai-ramai, ada pelbagai bahan bacaan.  Suasana senyap seketika.

Apa yang korang baca, ulas sikit...... tak kisah la baca apa pun, buku cerita, masalah, buku ilmiah, novel cinta yang penting kita membaca.  Bahan bacaan tidak semestinya dalam bahasa Melayu, boleh juga bahasa Inggeris, Arab atau apa sahaja.

Selamat  Membaca.

Monday 22 April 2019

KALA FEST 2019

πŸŽ‰ JOMMM kita ke KALA FEST 2019 🎊
"Kelantan Authentic Lifestyle & Arts"
MASUK PERCUMA‼

πŸŽͺ TEMPAT: Pusat Transformasi Bandar UTC Kelantan, sebelah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
πŸ“† TARIKH: 24 - 28 April 2019
⏳ MASA: 10:00 pagi – 10:00 malam

πŸ“’ Semua dijemput hadir‼
Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Disertai:
• πŸ‘©πŸΌ‍🎨 Bersama Selebriti
• πŸŽ“ Seminar Keusahawanan Percuma
• πŸ› Pameran & Jualan Usahawan
• πŸ›’ Jualan Murah Daging Lembu Tempatan RM 25/kg, Ayam Kampung RM 10/ekor Dan Ikan Segar
• πŸ† Sukan Traditional : Gelek Paro, Batu Selambut Dan Congkak
• 🎑 Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda

Pengunjung yang bertuah akan menerima HADIAH MENARIK! Jom ramai-ramai memeriahkan KALA FEST 2019
Untuk keterangan lanjut dan jualan booth, sila hubungi Puan Siti Esah Idris (09-741-4194) / En Zaidin Mustafa (09-741-4028).

Sunday 21 April 2019

Menjelang Ramadhan

As-salam


Health, Wealth and Wisdom come to those who embrace the morning and make full use of it.
          ...........wise man said

Saturday 20 April 2019

Guru Adiwira Kita Semua

as-salam.

Jika ditanya kepada saya, siapakah adiwira yang paling agung di seluruh galaksi; jawapan saya ialah guru.

Siapakah pahlawan yang paling hebat dari seluruh peradaban; jawabnya ialah guru.

Merekalah nakhoda yang sedang melahirkan angkatan pemimpin masa hadapan.

Dari sebuah kelas yang kecil, suara mereka terus bergempita menerobos sempadan dunia.

Semalam, hari ini, esok dan lusa; mereka tetap sejarah yang tidak pernah terpadam.

Jatuh bangun negara, bertukar-tukar generasi; seorang guru tetap insan yang tak bisa diganti.

#guruadiwirakitasemua


Dr. Maszlee Malik

https://www.facebook.com/151709604900321/posts/2702676703136919?sfns=mo

Friday 19 April 2019

DOA UNTUK SAHABATKU

      
Ψ¨ِΨ³ۡΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ω±Ω„Ω„Ω‡ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ۡΩ€Ω…َΩ€ٰΩ†ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ِΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ…ِ 

Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu.

Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.

Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.

Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.

Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya

Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan

Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*

Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu* ‎ Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ‎ Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ­Ω…Ω† ‎ Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ­ΩŠΩ… ‎ Ψ£َΩ…ِيْΩ† يَΨ§ Ψ±َΨ¨َّ Ψ§Ω„ΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِΩŠΩ†ْ.

# Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt

----------------------------------------------------------------------

Meetings are symptom of Bad Organization ..
The fewer meetings the better

          ....... ...wise man said

Thursday 18 April 2019

Be Humble


Assalamulaikum....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Orang Sombong Diakhirat

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang yang sombong, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.

Be Humble in your Confidence Yet Courageous in your Character because Respect is Earned not Given

         ............wise man said

Be humble atau merendah diri adalah amalan terbaik.  Walau di mana kita berada, tak ada apa yang rugi bila kita merendah diri.  Hormatkan orang walau dengan sesiapa pun samada terhadap yang lebih tua atau yang lebih muda.   Yang berpangkat atau yang miskin.

Buang jauh-jauh rasa besar diri, bangga diri, sombong sebab kekadang bila kita susah yang datang menolong mungkin orang yang pernah kita pandang rendah.

have nice day kawan-kawan.

Pantun klate

as-salam.

Buat cekmek daripada ubi
Air gulo sebagai inti
Pakat ingat pese nabi
Buat amal sebelum mati

Nasik lemok nasik dagey
Nasi kerabu banyok uley
Quran hadis jadi rujukey
Moga selamat maso depey

Pulut dakap pulut lepo
Pulut kuning bubuh telo
Tok lamo nok sambut poso
Moga sihat panjey omo

Tepong apey pulut nyo
Sekut tawa cicoh kopi
Semoga sihat  shbt2 semuo
Moga hidup diberkati Ilahi

Wednesday 17 April 2019

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Assalamualaikum warihmatullah wabarakatuh....




PERKONGSIAN dari rakan-rakan. Terima kasih.

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Dari Ibnu Abbas ia berkata; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah". 

(Sunan Tirmidzi No:1563)
Status: Hadis Sahih

-----------------------------------------------------------------------

Be an Admirer but not a Sycophant unless you are a cat
            ...........wise man said

Tuesday 16 April 2019

Be Good People

as-salam.

People say : Find Good People and Leave the Bad Ones...but I say FIND The Good in People and Ignore The Bad in them because No One is PERFECT
            ..........wise man said

Carilah kebaikan dalam diri kita dan juga orang-orang disekeliling kita, pandanglah pada kebaikan itu.

Jadikan kekurangan diri sendiri dan kekurangan orang lain sebagai pendorong untuk kita berubah kepada yang lebih baik.

Semalam kita gagal, esok lusa pasti ada peluang untuk kita, jadi teruskan usaha tanpa kenal erti putus asa.  Gud Luck Everyone.

Monday 15 April 2019

Working Hard ..and Smile

As-salam

Working Hard for something we don’t care about is called STRESS but Working Hard for something we Love is called PASSION

           ............wise man said


Life is Short ..Smile while you still have Teeth

             ..........wise man said

But if you don't have any tooth, put on a BIG SMILE.

Have a nice everybody. Love U.

Sunday 14 April 2019

Pendaftaran calon persendirian bagi SPM

as-salam.

Pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2019 dibuka semula mulai 15 April hingga 30 April.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat https://t.co/zquMlKsxdl

http://sppat.moe.gov.my/

Saturday 13 April 2019

Apologizing vs Leaders

as-salam

Apologizing doesn’t always mean that you’re wrong and the other person is right BUT it just means that you value your relationship more than your EGO
             ..........wise man said


Leaders who don’t listen will eventually be surrounded by people who have nothing to say

           ............wise man said


Friday 12 April 2019

Solat Subuh

A-salam.

Ya Allah! pilihlah kami utk solat subuh berjemaah.

Kata Hamka

□  Jika Subuhnya senantiasa dipelihara....
     Itu tanda akan Selamat dari neraka.

□  Jika Subuhnya tiada dia tinggal.....
     Allah melindunginya dari segala arah.

□  Jika Subuhnya didahului dengan Sunat....
     Pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat.

□  Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla
     Di kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya.

□  Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula
     Mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna.

Namun . . .

□  Jika Subuhnya tiada dijaga.
     Maka pada wajahnya tiada cahaya.

□  Jika Subuhnya sengaja terlupa.....
     Tanda Imannya tiada bernyawa....

□  Jika Subuhnya terasa berat.....
     Tanda munafiq sudah mendekat....

□  Jika Subuh tiada peduli....
     Tanda Iman menghampiri mati....

□  Jika Subuhnya tiada berjama’ah....
     Tanda hidupnya akan hilang barokah.

□  Jika Subuhnya tiada ke Masjid.....
     Tanda imannya ada penyakit.

□  Jika Subuhnya selalu terlewat....
     Tanda imannya semakin cacat....

□  Jika Subuhnya diakhir waktu.....
     Tanda iman semakin kelabu....

□  Jika Subuhnya hari sudah siang.....
     Tanda rezekinya sudah hilang...

□  Jika di waktu subuh masih mendengkur.....
     Tanda syaitan memeluknya dalam tidur.

 - ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΨΉΩ„Ω… -

Thursday 11 April 2019

Siput

as-salam.

Siput ni memang spesis haiwan yang lambat.  Bak kata pepatah lembab macam siput.
Tapi hakikat sebenarnya SIPUT yang terbaik.  Biar lambat asal selamat .... kan.
Siput ni biar pun dia lambat tapi dia tetap akan menuju ke destinasinya tanpa berputus asa.
Apa yang dihayati pasti menjadi kenyataan.
Kelemahan diri yang membuatkan dia berusaha gigih untuk ke garisan penamat.
Usaha tanpa jemu pasti membuahkan hasil.
Manusia selalu memandang pada kelemahan diri.  Oleh itu, ubahlah diri.
Jadilah seperti siput yang penuh dengan kegigihan.

Dekad Membaca Kebangsaan

as-salam.

Dekad Membaca Kebangsaan pada 23 April 2019 jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi iaitu program membaca secara serentak selama 10 minit sahaja.

Tandakan tarikh dan masa tersebut untuk kita sama-sama membaca.  Insya Allah.


----------------------------

Bertabahlah..
Dunia tempat beramal bekerja dan berpenat,
Akhirat tempat berehat, dan tempat merasai segala nikmat.. 😊

Wednesday 10 April 2019

Tawaran Kemasukkan Ke Tingkatan 6 Tahun 2019


as-salam.

Tawaran Kemasukkan Ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2019, KPM.

Keputusan boleh disemak mulai 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019 melalui Laman Sesawang KPM

https://www.moe.gov.my








Air Soya

Assalamualaikum
Perkongsian dari rakan saya yang berkursus membuat air soya.
Bahan-bahan :

1. Kacang soya (Kanada) 1kg
2. gula 1 kg
3. Susu cair (jika suka 4 sudu besar)
4. Air 10 liter
5. Daun Pandan 3 Helai

Cara-cara :

1. Kacang direndam selama 6 jam.
2. Selepas 6 jam, bersihkan kacangn soya dan toskan (sejatkan) selama 5 minit.
3.  Kisar kacang soya tasi menggunakan air yang telah sisukat.
4.  masak hingga mendidih.
5.  Bila mendidih masukkan gula, susu dan daun pandan.
6.  Selepas 5 minit, angkat dan hidangkan.






Tuesday 9 April 2019

Penarik, Terengganu

Antara rumah penginapan
As-salam.

Lawatan kami ke Penarik, Terengganu pada Februari 2019, tanpa plan, just go for vocation. Horeeey. Kami hanya ambil kesempatan cuti-cuti hujung minggu.  Penarik yang terletak di Terengganu
terkenal dengan udang celup tepung.  Memang tujuan utama nak makan udang celup tepung puas-puas.  Kami sempat merasa udang celup tepung di beberapa kedai/restoran di sana.  Semua sedap.

Kolam mandi Pandan Laut Beach Resort
Kami bertolak dari rumah selepas solat Jumaat dan tiba di Pantai Penarik lebih kurang 4.30 petang.

Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort, yang beralamat Lot 390, Kampung Sekeping, 21010, Terengganu.  Nombor telefon untuk tempahan 013-681 2495.

Kami pilih bilik dengan 2 katil queen. Harga RM180. Berbaloi sangat sebab ada kolam dan pantai yang cantik.

Selesai solat asar kami basahkan sisik di kolam renang.  Hilangkan penat travel.  Kami bungkus udang celup dan air coconut shake dari kedai berdekatan resort untuk makan-makan selepas mandi.
Kami sarapan kat Bikers Cafe

Malamnya selesai solat Magrib kami keluar untuk makan malam.  Pusing-pusing sepanjang pantai Penarik mencari restoran yang sesuai.
Menu malam kami cari sotong dan ikan celup tepung.

 
Pagi esoknya, kami bersarapan di Bikers Cafe, tidak jauh dari Pandan Laut Beach Resort.  Kueh-mueh yang murah dan sedap.  Nasi berlauk daging gulai memang kena dengan selera kami.

tepian pantai di Pandan Laut Beach Resort


Selepas bersarapan kami menyusuri pantai yang memutih di sekitar Pandan Beach Resort .  Kami jalankan aktitivi mengutip kulit siput dan kerang-kerangan.  Banyak juga hasil kutipan kulit siput dan kerang-kerangan, ada pelbagai bentuk dan corak.  Yang penting kami happy dan seronok.

Selesai aktiviti di pantai, kami kembali berehat di tepi kolam, hilangkan penat sekejab sebelum meneruskan aktiviti beremdam di situ.  Sejuk dan selesa bila dapat basahkan badan selepas berjemur di pantai.

Kami check out jam 12.00 tengahari.  Sebelum balik kami singgah di Restoran Ombak Pantai pekena sotong, udang dan ikan celup tepung.  Sebagai penyejuk tekak kami pilih Air Kelapa Muda dan Coconut Shake.

Dalam perjalanan pulang kami singgah beli keropok lekor di Besut sebagai buah tangan untuk keluarga yang lain.

Harap dapat repeat lagi percutian yang simple dan santai.  Insya Allah.


 

Renovation Lagi

as-salam.

Renovation Lagi...bunyi macam GAH je. Sebenarnya hanya tambah bumbung belakang rumah.  Sebab setiap kali hujan, air hujan akan tempias masuk melalui tingkap dan juga mengalir di bawah pintu dapur.

Oleh itu, untuk menyelamatkan keadaan, kami beli batang tiang simen rm80 sebatang.  Kami juga beli simen 10 bag, batu bercampur pasir, besi, kayu dan atap.

Tukang kami hanya kerja dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang, part time sahaja.   Bermula dengan menggali lubang untuk buat tapak bagi memasang tiang,  Simen tapak, pasang tiang, curahkan campuran simen dan batu serta pasir ke dalam tiang.

Setelah tiang telah stabil dan kuat, pasang kayu untuk memasang atap.  Semalam selesai memasang kayu.  Insya Allah petang ni akan disambung untuk memasang atap.

=======================================
Life is so ironic,
it takes sadness to know what happiness, noise to appriciate silence and absence to value presence

       ...............wise man said

Sunday 7 April 2019

PETUA: Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan

As-salam.
Dapat petua ni dari FB.  Nak cuba buat untuk anak-anak, moga diberi kesembuhan.
[PETUA: Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan]
Stim Buah Oren sunkist atau Limau Dengan Garam
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah


Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak.
————————-
Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim
Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.
οΊ‡ο»₯ ﺷﺎؑﺍﻟﻠο»ͺ
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.
*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.
* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
.
*** sekadar perkongsian ***
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Sumber:
Jes Tham, Solu Heal
Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah batuk yang berpanjangan. Cuba tau!! InshaAllah. Kita ikhtiar!

Saturday 6 April 2019

DOA BUAT SAHABAT

Hadiah dari untuk semua sahabat.

DOA BUAT ANDA

BismillahiRahmanirrahim ...

1. Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu
2. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.
3.  Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fizikalnya, sembuhkan penyakitnya.
4. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah
5. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.
7. Mudahkanlah segala urusannya ,
8. Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya
9. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan
10. Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta
11. Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
12. Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu

           ‎      Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ§Ω„Ω„Ω‡
‎               Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ­Ω…Ω†
‎               Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ­ΩŠΩ…
‎           Ψ£َΩ…ِيْΩ† يَΨ§ Ψ±َΨ¨َّ Ψ§Ω„ΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِΩŠΩ†ْ.     

# Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt ...

Friday 5 April 2019

SYURGA DI HATI KITA

Assalamualaikum.

Perkongsian dari rakan, moga memberi inspirasi kepada yang membaca.


SYURGA DI HATI KITA

Ku cari di mana kau letak hatimu
kerna bersamaku ada penawarnya
hanya kepadamu tempatku mengadu
Usah kau berpaling dan terus membisu

Sememangnya lidah tiada bertulang namun
itu bukan alasan berdiam
percintaan ini kita memilihnya
kesilapan hanya suatu perbandingan

Kekasih cintaku ibarat rimba andainya di bakar tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata kata Saktimu
semoga asmara berbunga hingga ke akhir hayat nanti

Bagiku engkau permata hidupku
inilah ujian buat kita
berjanjilah dan setia
kekasih padaku
kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah di mata dan di jiwa
Hidupkanlah cahaya cinta selamanya..



Thursday 4 April 2019

Pulut Kuning

as-salam.
Gambar-gambar pulut kuning atau pulut semangat ni kawan yang share.  Kita simpan kat sini untuk rujukan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sk garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 ke dalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan ( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka, pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
  5. Selamat mencuba.
Untuk menghias yang ni, letak pulut ke dalam plastik, tolak ke bucu hingga terbentuk kun yang cantik kemudian ikat dengan gelang getah.  Buat banyak-banyak, dah siap semua boleh susun ikut citarasa masing-masing.  Sesuai untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan atau apa-apa majlis.

Pulut yang dihias dengan terung ceri, lada benggala, bunga kantan, cili merah, telor puyuh dan daun salad.  Cantik kan.

Kreatif.