As-salam.
Zulkifli Alias to Laman Herba Dapur, Perubatan, Lanskap & Alam Sekitar
Khasiat buah Mulberry ialah :
1.  Pokok Mulberry adalah 
makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika 
di Malaysia, daun pokok Mulberry
 dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun 
Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan 
kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar 
atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, 
buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat 
kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat 
masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. 
Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan 
mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang 
penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan 
cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga 
mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah 
mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara 
mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi 
unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan 
memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada 
saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan 
kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan 
membuang kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami 
simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan 
jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi,
 bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan 
simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun 
mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci 
mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh
 dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh 
diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat 
batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula 
dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada 
luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan 
atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan 
sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil 
getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada 
bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan 
sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan 
pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula 
dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, 
bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah 
tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi 
pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi 
merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
Cara penanamannya, 
potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 
inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak 
pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh 
juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada
 peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi 
mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 
hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram 
lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2
 .