Wednesday 20 March 2013

SISTEM PROFIL KOMPETENSI

salam.

SISTEM PROFIL KOMPETENSI atau SPK dari MAMPU

Sistem Profil Kompetensi (SPK) ini dibangunkan untuk Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) mengemukakan profil kompetensi dan pengalaman kerja sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara lain, maklumat ini juga akan digunakan oleh Urusetia Jawatankuasa Teknikal ICT (JTKICT) untuk urusan pencalonan PTM Cemerlang. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem ini adalah Maklumat Peribadi, Perkhidmatan, Pendidikan dan Maklumat Kompetensi Pegawai yang terdiri daripada Bidang Kepakaran Pilihan, Penglibatan Projek, Khidmat Perundingan/Konsultansi, Khidmat Nasihat yang berkaitan dengan bidang ICT, Penghasilan Produk Ilmiah/Pembentangan kertas, Pensijilan Profesional /Pengiktirafan Profesional dan Pembangunan Kompetensi.

JPA dengan kerjasama MAMPU sedang mengemaskini maklumat profil kompetensi Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F54 Sektor Awam bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan Perunding Gred Khas C . Sehubungan ini, semua PTM Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred F54 (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) adalah dipelawa untuk mengemaskini maklumat ke dalam Sistem Profil Kompetensi ini sebelum atau pada 8 Januari 2013.

Maklumat projek yang perlu didaftarkan di dalam SPK adalah maklumat projek yang telah siap dibangunkan sepenuhnya ATAU yang siap sepenuhnya secara berfasa pada tahun semasa . Sekiranya ia siap secara berfasa, maklumat yang didaftarkan ke dalam sistem perlulah berkisar kepada fasa yang berkenaan sahaja. 

bagi yang dah terlepas dan baru tau pasal SPK, bersedia untuk sertai pada tahun depan. GUD LUCK.

maklumat dari : http://spk.mampu.gov.my/index.html



No comments:

Post a Comment