Monday 20 October 2014

RESEPI SOS YONG TAU FOO

salam.

sharing dari blog chefgunawanmalaysia

(resepi dari jintanmanis juga menarik dan boleh dicuba kerana cara membuatnya berlainan, bila dah cuba baru tau mana satu yang paling sedap)

RESEPI SOS MANIS YONG TAU FOO (WARNA HITAM)

BAHAN:

400gm taucu - ( diblender )
2 cawan air
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepungg jagung atau tepung gandum pun boleh guna pakai
1/2 cawan gula

Cara Membuat

1- Panaskan minyak masak, masukkan taucu dan tumis dengan api sederhana
lebih kurang 2 minit.

2- Kemudian masukkan air, kacau menggunakan whisk dan biarkan ia mendidih.

3- Apabila telah mendidih kecilkan api, masukkan pula kicap dan gula.
Kalau korang tak nak terlalu manis boleh kurangkan kuantiti gulanya

4- Dan akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga memekat ( tepung jagung dicampur dengan sedikit air )


RESEPI SOS PEDAS YONG TAU FOO ( MERAH BERCILI )

BAHAN:

40 biji cili merah - ( diblender )
2 cawan air
4 sudu besar bijan putih ( optional )
4 sudu besar kacang tanah ( ditumbuk - optional )
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar Cuka Putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuat

1- Didihkan air dalam periuk atau pot

2- Kemudian masukkan cili dan biarkan sehingga cili masak.

3- Masukkan pula cuka, garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar dan masukkan bancuhan
tepung jagung untuk memekatkan kuah sos pedas yong tau foo ni.

4- Akhir sekali-semase menhidang, taburkan bijan dan kaccng tanah yang
telah ditumbuk.




No comments:

Post a Comment