Monday 5 January 2015

Sepintas lalu 2015

Assalam.

Selamat menyambut maulidur rasul dan selamat tahun baru 2015.  2015 : satu permulaan yang sukar selepas menempuh pelbagai tragedi sepanjang tahun 2014.

Tragedi terakhir, penutup 2014 - kehilangan pesawat Air Asia.  Takziah dan al-fatihah.  Kami  yang telah terputus hubungan beberapa hari disebabkan banjir langsung tidak menyedari berkenaan kehilangan pesawat tersebut.  Malah tidak tahu bahawa pejabat tempat bertugas juga telah ditenggelami air !!!

Kesan banjir jelas kelihatan sepanjang perjalanan ke pejabat pada hari Selasa 30 Disember 2014, begitu menyayat hati.  Setiba di pejabat, rakan-rakan mundar-mandir di lobi dalam suasana suram kerana tiada bekalan elektrik.  Air naik hingga paras lutut di lobi pejabat, banyak juga peralatan pejabat yang rosak.  Sehingga hari ini, aras bawah masih belum disambungkan dengan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan.  Penyaman udara juga masih belum berfungsi di semua aras.

IsyraQ resT houSe :
Bekalan elektrik terputus jam 9.30 malam pada 25 Disember 2014 dan disambung semula jam 2.00 pagi pada 1 Januari 2015.
Bekalan air ke IsyraQ resT houSe telah pulih jam 7.00 pagi pada 5 Januari 2015 selepas terputus sejak awal pagi pada 25 Disember 2014.

Alhamdulillah IsyraQ resT houSe tidak ditenggelami air banjir.


No comments:

Post a Comment