Thursday 12 February 2015

Pizza Dough

As-salam.

Copy resepi KakJee, TQ KakJee


Pizza Crust Dough (breadmaker Noxxa - Amway)

Untuk 1 pizza tebal 12 inci atau 2 pizza nipis 12 inci atau 2 pizza tebal 9 inci atau 4 pizza nipis 9 inci.

¾ cawan air (air masak diletakkan dalam suhu bilik)
1 susu besar minyak (Nadia guna Olive Oil)
1 sudu besar gula putih
½ sudu garam
1 sudu besar susu tepung
2¼ cawan bread flour
1 sudu kecil ragi kering

Cara guna BM:

1. semua bahan basah diletak dahulu dengan diikuti bahan2 kering.
2. Last sekali bubuh yeast. 
3. Tekan pada pizza dough dan tunggu proses menguli selama 53 minit. 
*****(ehsan dari blog noxxa breadmaker)
Lunsurkan bekas roti di atas landasan dan tutup oven
Tekan : bread-cari no 11 – start (skrin tunjuk masa 55 min)
Selepas 15 min keluarkan sekejap untk kemaskan tepi doh,
kemudian masukkan semula.
tunggu bunyi beep, keluarkan doh.

*****
4. Apabila selesai proses itu, keluarkan doh dan letakkan diatas meja yang telah ditabur sedikit tepung. Bulatkan. Kemudian diletak kan di tengah2 pan pizza dan ditekan sambil menolak doh hingga menutup keseluruhan pan. 
5. Kemudian sapu dengan sos tomato (ikut resipi sos KakJee). 
6. Selepas itu, bubuhlah apa saja topping yang disukai, tambur cheese dan 
7. Bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit.

***** (noxxa breadmaker)
Panaskan oven: tekan
Oven-> preheat bake
Temp 200
Time 18
Start
Bunyi beep 3x – masukkn pizza
Tutup bawah
Tekan start – biarkan sampai beep berbunyi
*****

No comments:

Post a Comment