Monday 22 June 2015

Agar-agar Santan Gula Melaka

As-salam.
kipnap gambar dari blog Kamsiah Yusuff

Jumaat lepas kami buat agar-agar santan yang menggunakan gula melaka.

Bahan-bahan :

2 paket agar-agar tali 18g

1800 ml Air

Santan Kelapa RM2.00

3 Keping Nise sederhana besar (Gula Melaka)

1/2 sudu teh/kecil garam

1 Biji telor ayam (pecahkan dan kacau sikit)


Cara-cara :

1.  Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2.  Masukkan nise (gula melaka).
3.  Masukkan santan.
4.  Bila santan telah mendidih masukkan telor yang telah dikacau.
5.  Masukkan garam secukup rasa.
6.  Bila telah mendidih, masukkan dalam acuan yang telah dibasahkan.
7.  Biarkan sejuk dan membeku.
8.  Boleh juga masukkan dalam peti ais untuk dilebih sedap
9.  Bila azan, Nyum-nyum, tau-tau habis lupa nak snap gambar!!

Terima kasih tuan punya blog kamsiah-yusoff



No comments:

Post a Comment