Thursday 8 February 2018

Syurga ❝Lelaki❞ Syurga ❝Perempuan❞



as-salam.


Syurga ❝Lelaki❞ pada  perempuan iaitu IBU

Syurga ❝Perempuan❞ pada lelaki iaitu SUAMI

Sehebat-hebat ❝ Suami❞ kena patuh pada IBU.
Sehebat-hebat ❝ Ibu❞ kena patuh pada SUAMI.

Masa Hidup anak perlukan Doa Ibu & Bapa.     

Masa Mati ibubapa perlukan Doa Anak-anak

❝Sehebat-hebat manusia❞
bila mati dia tetap perlu orang lain untuk Kebumi Jenazahnya.

❝Setinggi-tinggi ilmu❞
yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang Guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah Keluarga.

Walau ❝ sekaya❞ manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan Orang lain...

Seorang ❝ Majikan❞
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa Pekerja Bawahannya.

Seorang ❝ Raja❞ tidak berkuasa tanpa ada Rakyat Jelata.



Inilah manusia... LEMAH.
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang ❝Hamba❞

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina

Ingatlah wahai diriku  dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.  Sombong dan Merasa dia lebih baik.

Kesimpulannya, kte sama2 m'merlukan antara satu sama lain..sama ada baik atau buruk..😊😊

🌱Renungan Bersama🌱

No comments:

Post a Comment