Sunday 1 April 2018

April Fool 2018 yang tidak Fool

as-salam.

1 April 2018, Ahad.  Fuhh dah habis 3 bulan tahun 2018.  Ke hulu ke hilir selesaikan apa yang patut, tau2 Mac sudah pergi tinggalkan kita.  Waktu yang berlalu pergi bersama dengan usia kita yang makin pendek.  Pelbagai ujian mendatang, kecil mau pun besar kita cuba sedaya upaya hadapi dengan tabah.  Walau terkadang berderai air mata tidak terbendung.  Hati bersabarnya, percayalah, yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.  Dan hari ini 1 April kita terus meneruskan perjalanan hidup kita dengan izin Allah.

Alhamdulillah.  Terima Kasih ALLAH atas semua kurniaanMu.  Atas redhaMu.


Sesungguhnya hidup ini sangat singkat, jauhilah hasad dengki, marah, benci dan memutuskan silatulrahim / hubungan sesama rakan dan saudara mara apatah lagi adik beradik.  BESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Jadi joms senyum, berlapang dada, maafkanlah sesiapa yang menyakiti kita sebab kita tidak tahu bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yg fana ini.

Bila lihat kanak-kanak yang riuh bermain, itulah masa silam kita.

Bila lihat orang tua yang bertongkat, seluruh kudrat dikerah kerana tidak larat. Itulah masa depan kita.

Tatkala lihat jenazah, itulah kita, pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Joms kita manfaatkan masa yg mulia ini, sebelum kesempatan berlalu pergi.

~insan kerdil~


No comments:

Post a Comment