Tuesday 1 May 2018

Kalau isteri menyakiti hati suami

as-salam.

Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?

Jawapan Ustaz :

Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.

Kerana isteri, rezeki kau bertambah.

Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.

Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.

Kerana isteri, tenang hati kau.

Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil dimata kau tapi besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.

Mengapa Wanita sering menangis?

Jawab Allah :

Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.

Aku kuatkan bahunya untuk  menjaga anak-anaknya.

Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.

Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Wanita itu tersangatlah istimewa.

Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi.

Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita.

Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.

#CahayaMata
#SuamiMithali

No comments:

Post a Comment